Alhamdulillah, sejujurnya saya telah lama ingin meminang beliau. Sahabat saya yang saya kenali semasa pengajian PhD di Nottingham - PM Dr Zaleha Abdullah atau lebih mesra kami sapa sebagai Dr. Zac. Sesi perkongsian tentnag Activity Theory merupakan salah satu agenda di bawah aktiviti geran penyelidikan saya sekaligus dimanfaatkan juga untuk semua pelajar di bawah seliaan saya serta beberapa pelajar lain. Bagi yang belum pernah mendengar tentang Activity Theory, silakan menonton rakaman sesi perkongsian yang saya benamkan di bawah. Sangat-sangat menarik sebenarnya penggunaan AT ini khususnya sebagai satu alat untuk membantu penyelidik membuat analisis yang lebih berfokus. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Dr Zac kerana sanggup mengorbankan masa di hujung minggu demi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar :) Semoga Allah membalas segala kebaikanmu sahabat! Ameen ... Kepada yang telah hadir, semoga mendapat manfaatnya ye. Jumpa lagi di lain sesi.
0 Comments
Just a few days before Ramadhan starts, I had a supervision lunch with Irfan & Aishah - my masters students who are also the scholarship recipients from the ministry. Few little notes: 1. Stay focused 2. Breakdown the targets 3. Follow the timeline(s) 4. Talk over the difficulties and find solution 5. Combat procrastination 6. Duaa and duaa .. Undangan diterima daripada Dr Hairul daripada IPG Ilmu Khas Kuala Lumpur untuk berbicara tentang Kajian Tindakan sempena Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan 2021 (TINDAK2021). Oleh kerana KT sangat berkait rapat dengan praktis serta proses penambahbaikan berterusan, lalu falsafahnya tidak lari jauh daripada konsep Scholarship of Teaching & Learning atau lebih dikenali dengan nama SoTL. Saya kira ramai pendidik yang juga merupakan penyelidik yang telah faham konsep SoTL dan kepentingannya dalam profession pendidikan. Namun tidak kurang juga yang belum benar-benar sebati kefahamannya tentang SoTL serta perkaitannya dengan aktiviti dalam Kajian Tindakan. Lalu kesempatan untuk menyampaikan ucaptama di Seminar TINDAK2021 ini saya ambil untuk mengupas aktiviti Kajian indakan daripada lensa SoTL. Terima kasih penganjur di atas jemputan ini. Semoga perkongsian sederhana ini memberi sedikit insights serta renungan tentang 'what's next' yang boleh kita fikirkan untuk kebaikan bersama :) Rakaman ucaptama ini boleh ditonton di bawah. Jemputlah :) *Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: ENTRI 1 Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM) ENTRI 2 Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye. ENTRI 3 Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM) 2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi. 3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. 4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. 5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid. 6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah. 7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik). 8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu. 9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis. 11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan. 12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: PENTADBIR eRAS UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, ARAS 1-4, BLOK E8, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Tel : 03-8884 6591 Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :). Hati itukan milik kita yang bergelar manusia. Lalu dari hati juga akan terbitnya pelbagai rasa dan interpretasi serta konsepsi. Dalam soal cintan, kata orang dari mata turun ke hati. Sebab itu, bahaya jika kita bermain mata .. silap-silap terpaut pula .. eh ke situ pulak :D
Ok berbalik kepada tajuk saya petang ini. Sebagai seorang penyelidik yang akan menggubah hasil karya penyelidikannya dalam bentuk penulisan (tesis atau disertasi) tentulah anda perlu bijak bukan sahaja dalam mengenalpasti penyataan masalah yang jitu, persoalan kajian dan hipotesis yang munasabah serta 'measurable', corak pengendalian dapatan serta susunan data juga memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi interpretasi pembaca terhadap keseluruhan kualiti penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan, aspek paling penting yang saya biasanya akan nilai sewaktu membaca tesis penyelidikan tentulah bab 5 atau dapatan saudara-saudari. Bab 5 ini merupakan bab anda ye. Di sinilah peluang anda menonjolkan keabsahan serta relevannya penyelidikan yang anda telah jalankan. Namun kebanyakan penyelidik kurang memberi penekanan terhadap bab 5 sehingga ada yang hanya menulis sekadar 'mengulang' semula dapatan dalam bab 4. Itu adalah satu kelemahan yang ketara. Apa yang harus anda tonjolkan di dalam bab perbincangan ini? Ini adalah soalan yang agak tricky namun jika anda faham konsep 'keselarian idea' dalam keseluruhan bab, atau dengan erti kata lain, jika anda bijak menggabungjalinkan perbincangan dapatan anda dengan aspek yang anda tonjolkan dalam penyataan masalah, maka anda mungkin dapat memancing hati pembaca. Apakah isu sebenar yang anda tulis di dalam penyataan masalah? Bagaimanakah anda hendak 'adress' kepada masalah tersebut dan bagaimanakah dapatan kajian anda akhirnya dapat dikaitkan semula dengan isu dalam penyataan masalah akan menunjukkan keselarian idea. Jangan lupa, berikan penekanan terhadap kenapa anda menggunakan teori atau model tertentu dalam kajian dan bagaimana penggunaan teori atau model itu telah membantu anda mendapatkan jawapan atau dapatan? Ini juga penting untuk anda fikir dan jelmakan dalam penulisan di bab perbincangan. Hati pembaca ini berpancawarna dan emosi naik turun akan cepat mempengaruhi keputusan penilaian. Penulisan yang bersistematik, konsisten serta sifar ralat (ejaan, formating dll) tentu akan menyejukkan hati pembaca. Pemilihan gaya bahasa juga memainkan peranan penting dalam memberi mood pembacaan yang 'mengenyangkan'. Jadi, hal-hal kecil dan teknikal seharusnya diberesi terlebih awal sebelum anda ready untuk menghantar tesis untuk pembacaan ye. Semoga coretan ringkas ini bisa mendendangkan sedikit halwa buat semua penyelidik di luar sana khususnya yang sedang berkira-kira untuk menghantar tesis yang lengkap .. yeay .. it is just one more step to go! Nota: Gambar di atas baru dirakam petang ini kala saya sedang melengkapkan laporan untuk sebuah tesis yang saya baca. Tesisnya bagus dan memberi mood yang positif buat pembacanya sehinggakan saya merasakan hati saya bagai telah dicuri.. bravo! Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. Sumber? Teknologi Maklumat? Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D Ok .. berbalik kepada posting ini. Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye. *Tiada dalam gambar: Farhana & Fadhli Cuti Awal Muharam.
Masa yang ada saya manfaatkan untuk perjumpaan ringkas bersama pelajar-pelajar PhD di bawah penyeliaan saya. Alhamdulillah melalui perjumpaan singkat ini saya mendengar kisah kemajuan mereka dalam pelaksanaan penyelidikan. Malah ada yang mengambil ruang ini untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersarang di kepala masing-masing. Tugas-tugas penyeliaan kini terpaksa saya bawa ke hari cuti dan hujung minggu lantaran jadual harian sentiasa penuh dengan pelbagai agenda besar kecil. Namun, ini satu kepuasan kerana tanpa pertemuan dan perbincangan mata ke mata sukar untuk memberikan maklum balas yang sepenuhnya. Kepada semua pelajar yang dikasihi, teruskan usaha anda walau di peringkat masa anda berada. Kepada mereka yang telah hampir selesai ke penghujung, jangan hilang momentum, teruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal berbaki itu. Sedikit sahaja lagi! Kepada yang baru mengayuh, tetapkan destinasi anda .. perbanyakkan membaca, membaca dan membaca. Kenalpasti hala tuju kajian dan jangan terlalu cepat membuat andaian itu ini. Saya yakin dengan usaha tekal dan semangat jitu, perjalanan ini akan dipermudahkan insha-Allah. Salam Maal Hijrah. #supervision #phd Too many things, yet too little time! I feel so guilty for not spending more time with my supervisees .. so this mini online gathering was hoped to provide them with joy and spirit to get going with their research activities. Three PhD students presented their proposals - Khuraisah, Azlin, and Syaida. We discussed a lot of things regarding the proposals, methodology, and the 'plot' for thesis writing. It is just like writing a novel. You need to plan the plot of your thesis chapters. In other words, you need to be able to foresee what would be your main findings, and thus, your main contribution to the body of knowledge, specifically related to your field.
Remember the word 'alignment'. Make sure you sail your research journey based on your 'oath' . What oath? I know some of you will be asking such a question. Yes. I mean it. The research problem statement is your oath. Why do I say so? Because whenever you highlight the problem, researchers will then explain what will be done through their study to solve the problem. You then propose the anticipated outcome from your study as well, don't you? So that is basically your 'oath'. You have to commit to whatever promise you make in your research problem/statement. All the best and keep the momentum up! Bersama pelajar PhD saya Farhana selama hampir 2 jam di talian Zoom. Beliau sebenarnya pelajar berpotensi besar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya. Namun kerana komitmen terhadap kerja agak menyekat aktiviti penyelidikan. Namun alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut saya banyak berkongsi tentang strategi bagaimana untuk move on dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan procrastination! Turut dibincang secara panjang lebar juga adalah bagaiamana pentingnya untuk memetakan dapatan akhir dengna penyataan masalah yang dikemukakan di bab 1. Semoga Farhana terus dalam momentum dan akhirnya dapat mencapai timeline yang digagaskan dengan jaya. Chayukkk Fana!! Sebenarnya perancangan untuk bengkel ini sudah agak lama dibincangkan namun kerana kekangan masa seta komitmen yang lain, agenda ini terpaksa dibawa ke hari ini. Thanks Dr Azrina, from the Faculty of Economics and Management, for this invitation :)
They are team members of a research funded by the Ministry of Women, Community and Social Development who conducted a research on women workers' involvement in STEM projects. My role today was to help out with the analysis of their qualitative data (mainly interviews), and to do this, we used NVivo. I carefully designed the workshop not to be too lengthy but instead I focused more on what should be done to analyze their current data. We had an in-depth discussion on the coding and the considerations in selecting the codes/keywords. I also shared they ways to present the data analysis including meta matrices and causal network. Together with the research group members who joined the workshop were FEP's students. I admired their persistence and commitment to learn a different perspective of looking at things and how to make it meaningful - away from numbers! I do hope that todays sharing session will be fruitful to all of you and I truly wish you the best in your research undertaking! xoxo Dr. F |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |