Alhamdulillah, sejujurnya saya telah lama ingin meminang beliau. Sahabat saya yang saya kenali semasa pengajian PhD di Nottingham - PM Dr Zaleha Abdullah atau lebih mesra kami sapa sebagai Dr. Zac. Sesi perkongsian tentnag Activity Theory merupakan salah satu agenda di bawah aktiviti geran penyelidikan saya sekaligus dimanfaatkan juga untuk semua pelajar di bawah seliaan saya serta beberapa pelajar lain. Bagi yang belum pernah mendengar tentang Activity Theory, silakan menonton rakaman sesi perkongsian yang saya benamkan di bawah. Sangat-sangat menarik sebenarnya penggunaan AT ini khususnya sebagai satu alat untuk membantu penyelidik membuat analisis yang lebih berfokus. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Dr Zac kerana sanggup mengorbankan masa di hujung minggu demi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar :) Semoga Allah membalas segala kebaikanmu sahabat! Ameen ... Kepada yang telah hadir, semoga mendapat manfaatnya ye. Jumpa lagi di lain sesi.
0 Comments
Alhamdulillah thummalahmdulillah. Pinangan diterima sudah agak sekian lama, malahan tarikh seminar turut tertunda beberapa kali di atas faktor di luar kawalan. Namun dengan rahmat-Nya, petang ini dapatlah juga bersama-sama menyantuni para penyelidik / pelajar-pelajar Sarjana dan PhD untuk membicarakan satu tajuk paling asas berkaitan penyelidikan iaitu Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan. Seminar dianjurkan Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan - terlalu dekat dengan diri saya pastinya. Lalu jemputan daripada anak-anak sebumbung tentulah sukar ditolak sementelah semenjak tidak lagi bertugas sebagai Ketua Program Phd, saya agak jarang berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar siswazah di fakulti sendiri :) Kehadiran turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar siswazah dari institusi lain yang barangkali dalam proses menyiapkan proposal kajian masing-masing. Terima kasih di atas komitmen yang diberi selama sekitar 3 jam bersiaran. Saya paling gemar apabila seminar begini diselang seli dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan diutarakan .. mudah-mudahan sedikit penerangan sederhana yang diberikan mampu memberi pencerahan kepada yang bertanya serta audiens yang lain. Terima kasih semua yang tidak menjadi 'pendengar bisu' sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mengutarakan persoalan. Syabas. Kenapa penyediaan kertas cadangan penyelidikan penting untuk dititikberatkan? Mungkin ada sebahagian penyelidik yang berfikir bahawa "Ah .. namapun proposal takkan nak tulis beriya.." atau ".. nanti bukan semua yang ditulis nak diikut ..". Pemikiran sebegini seharusnya dielakkan ye anak-anak. Anda harus percaya bahawa proposal yang lengkap, terancang dan jelas hala tujunya akan banyak memberi kebaikan kepada penyelidik sendiri. Paling penting, dengan adanya proposal yang baik, anda juga akan mampu menonjolkan jangkaan dapatan kajian dan seterusnya bagaimana dapatan ini akan menjadi sumbangan utama anda terhadap bidang kajian anda. Penghasilan proposal kajian yang baik turut menuntut setiap penyelidik untuk mempersiapsiaga diri masing-masing dengan beberapa aspek - pengetahuan dan bidang kajian, selok-belok dalam metodologi penyelidikan, malah tidak ketinggalan kemahiran berfikir secara kritikal serta kemmahiran berkomunikasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan di bawah satu tajuk yang umum sebegini namun masa tentu sekali tidak mengizinkan. Mudah-mudahan sesi ringkas petang tadi memberi sedikit bekal berguna buat semua. Adios!
Alhamdulillah ini kali ke dua dalam minggu ini saya berkunjung secara maya ke Fakulti Pengajian Islam di atas jemputan. Sebelumnya saya diminta berkongsi tentang program ODL manakala pada hari ini satu tajuk ringkas diberikan kepada iaitu tentang tips bagaimana untuk memenangi pertandingan inovasi P&P. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang paling layak untuk bercakap tentang hal ini justeru pencapaian diri sendiripun ala kadar seadanya :D namun saya anggap ini satu amanah yang diberi, lalu saya cuba berkongsi sesuatu yang harapnya memberi manfaat kepada semua rakan yang mendengar :) Terima kasih FPI, khususnya buat sahabat saya Dr Hasanah , Penolong Dekan Pengajaran FPI, serta tidak lupa juga TD Prasiswazah, Dr Haziyah yang hanya saya kenali semenjak program ODL Usuludin dibangunkan. Inilah antara wajah-wajah yang muncul di tingkap seusai acara selama 2 jam itu. Masih yang ramai malu untuk menjelmakan diri atau oh, mungkin masing-masing berada di rumah lalu penampilan semasa tidak mengizinkan untuk tatapan umum hehe. Ada beberapa mesej penting yang saya cuba sampaikan apabila bercakap tentang inovasi - khususnya dari perspektif konsepnya itu sendiri. Sesuatu inovasi tidak semestinya dalam bentuk tengible produk semata-mata, tetapi sebarang idea, cara atau proses juga adalah sebahagian daripada inovasi. Apakah langkah utama dalam menghasilkan sesuatu inovasi dalam P&P? Dalam slaid di bawah saya telah ringkaskan proses asas yang diperlukan bagi seseorang penyelidik menghasilkan inovasi sebelum bersedia untuk memasuki pertandingan: Antara fasa penting sebelum sesuatu inovasi diperkenalkan dalan P&P, secara asasnya penyelidik perlu mengambilkira beberapa elemen di bawah: Jadi apakah tips penting untuk anda merangkul pingat emas dalam pertandingan inovasi? Berikut adalah sedikit soalan / senarai semak yang perlu anda jawab .. Ada sebarang komen atau pertanyaan? Sila tinggalkan soalan anda di ruang komentar ^__^
#innovation #process #tips #bethebest Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!
Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. So peeps, get ready with this one. See you there! Too many things, yet too little time! I feel so guilty for not spending more time with my supervisees .. so this mini online gathering was hoped to provide them with joy and spirit to get going with their research activities. Three PhD students presented their proposals - Khuraisah, Azlin, and Syaida. We discussed a lot of things regarding the proposals, methodology, and the 'plot' for thesis writing. It is just like writing a novel. You need to plan the plot of your thesis chapters. In other words, you need to be able to foresee what would be your main findings, and thus, your main contribution to the body of knowledge, specifically related to your field.
Remember the word 'alignment'. Make sure you sail your research journey based on your 'oath' . What oath? I know some of you will be asking such a question. Yes. I mean it. The research problem statement is your oath. Why do I say so? Because whenever you highlight the problem, researchers will then explain what will be done through their study to solve the problem. You then propose the anticipated outcome from your study as well, don't you? So that is basically your 'oath'. You have to commit to whatever promise you make in your research problem/statement. All the best and keep the momentum up! Alhamdulillah setelah beberapa kali tarikh ditunda kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan, bengkel ini berjaya juga dilaksanakan bersama Dr Effendi @ Ewan. Ini sebahagian daripada perancangan semasa saya masih sebagai Ketua Program PhD. Bengkel ini sememangnya dikhaskan kepada pelajar-pelajar PhD Eksekutif Fakulti Pendidikan. Namun saya menyediakan rakaman bengkel ini untuk manfaat bersama: Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Effendi di atsa kesudian beliau berkongsi ilmu, semoga Allah juga yang membalasnya :) bengkel ini diharap dapat memberi manfaat kepada juga buat semua pelajar .. san saya mendoakan agar semua akan dapat menyelesaikan penyelidikan mengikut apa yang dirancang :)
xoxo Dr. F My visit to Sarawak was actually to collect research data from two secondary schools in Kuching. [My heartfelt thanks to Dr Salmah, a friend of mine who is currently working in UNIMAS for helping me out with the overall process. Without her, it will be almost impossible for me to get an access to the schools. It was a great opportunity since the two schools that we visited gave a full cooperation to make my intention fulfilled]. I also took this opportunity to share my little knowledge on systematic data analysis in Case Study through which the emphasise was given on meta-matrix and causal network. I thank all the attendees for coming to the sharing session! We were having a good time together .. and the questions asked were challenging too! I am grateful when I looked at their enthusiasm. Faces with a full concentration and eagerness to listen to every sentence I uttered. Wishing you all the best in your research journey! InshaAllah sekali lagi saya akan berkongsi maklumat berkaitan kajian kes bersama para pelajar siswazah. Jemput datang bagi yang berkeperluan dan berkelapangan :) Slaid berkaitan boleh dimuat turun pada link di bawah: ![]()
Publication Made Easy for Postgraduate Students - a session that was designed to help postgraduate students in producing a 'publishable' work. Alhamdulillah the session went smoothly well. I tried as much as I could to convince the audience that if there is a will there is a way! That is my clear message to all. The most popular publication is empirical article but if you haven't collected your data, you can always write a conceptual paper. That is for sure!
Although having your article written and published is no an easy process, it is not impossible to achieve. I wish everybody a happy writing and all the best in your learning endeavour! Setinggi-tinggi syukur jua dirafa'kan kepada Ilahi kerana setelah sekian lama baharulah sempat perjumpaan berkumpulan antara pelajar-pelajar di bawah seliaan saya berjaya dilakukan. Sesungguhnya masa sering mengheret banyak perkara sehingga tertangguh-tangguh.
Perjumpaan pada kali ini melihat beberapa pembentangan dilakukan oleh para pelajar saya yang berkongsi hasil penyelidikan yang telah lengkap mahupun yang masih dalam proses dan pengembangan. Tahniah buat semua - Farhana, Syamimi dan Maryam yang telah memberikan penerangan yang menarik lagi komprehensif tentang penyelidikan masing-masing. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini membuka minda dan idea kepada yang lain-lain untuk terus fokus terhadap penyelidikan masing-masing. Ayuh semua, tetapkan azam dan kuatkan semangat serta lipatgandakan usaha untuk terus menyiapkan penyelidikan. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kejayaan tidak datang bergolek, tanpa usaha tentulah kita tidak akan ke mana-mana! XOXO |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |