Setinggi-tinggi syukur jua dirafa'kan kepada Ilahi kerana setelah sekian lama baharulah sempat perjumpaan berkumpulan antara pelajar-pelajar di bawah seliaan saya berjaya dilakukan. Sesungguhnya masa sering mengheret banyak perkara sehingga tertangguh-tangguh.
Perjumpaan pada kali ini melihat beberapa pembentangan dilakukan oleh para pelajar saya yang berkongsi hasil penyelidikan yang telah lengkap mahupun yang masih dalam proses dan pengembangan. Tahniah buat semua - Farhana, Syamimi dan Maryam yang telah memberikan penerangan yang menarik lagi komprehensif tentang penyelidikan masing-masing. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini membuka minda dan idea kepada yang lain-lain untuk terus fokus terhadap penyelidikan masing-masing. Ayuh semua, tetapkan azam dan kuatkan semangat serta lipatgandakan usaha untuk terus menyiapkan penyelidikan. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kejayaan tidak datang bergolek, tanpa usaha tentulah kita tidak akan ke mana-mana! XOXO
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |