Memenuhi undangan Dr Hadi untuk membantu pelajar PhDnya Rafeef yang sedang melaksanakan kajian tentang facial expression recognition. Satu kajian yang menarik namun proses untuk pengesahan ekpresi wajah di pelakon di layar ada yang mencuit hati sehingga tidak sedar ketawa kami berhamburan di udara hahaha!
Selamat maju jaya Rafeef!
0 Comments
Saya dikunjungi beliau minggu nak lepas. Kebetulan pula saya bekerja di bilik asal saya di fakulti lalu beliau terus mengunjungi saya di situ. Dr. Izzat, seorang pelajar PhD yang begitu tekun dalam segenap usaha yang dicurahkan. Kajian beliau adalah tentang penggunaan aplikasi mudahalih dalam pengajaran Matematik. Sebagai seorang guru Matematik yang bertugas di sekolah rendah, kajiannya dijalankan dalam konteks pekerjaan seharian. Beliau banyak sekali menerbitkan artikel di jurnal-jurnal SCOPUS. Malah bukan hanya penerbitan dalam jurnal, beliau turut menyertai pelbagai pertandingan inovasi penyelidikan sehingga menggondol Diamond Award. Semangat dan kesungguhan ini saya kira perlu dijadikan contoh oleh pelaajr-pelajar lain khususnya yang berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Meskipun berstatus pelajar separuh masa, Dr Izzat mampu menyiapkan penulisan tesis pada semester ke-6. Ini satu cabaran untuk pelajar-pelajar lain juga. Sekalung tahniah sekali lagi Izzat, di atas kejayaan yang cemerlang ini! Saya doakan Izzat akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan serta mampu menghidupkan roh penyelidikan dalam praktis seharian. InshaAllah panjang umur kita ketemu lagi :) Terima kasih juga di atas ingatan dan ole-ole yang dibawa .. Alhamdulillah thummalahmdulillah. Pinangan diterima sudah agak sekian lama, malahan tarikh seminar turut tertunda beberapa kali di atas faktor di luar kawalan. Namun dengan rahmat-Nya, petang ini dapatlah juga bersama-sama menyantuni para penyelidik / pelajar-pelajar Sarjana dan PhD untuk membicarakan satu tajuk paling asas berkaitan penyelidikan iaitu Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan. Seminar dianjurkan Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan - terlalu dekat dengan diri saya pastinya. Lalu jemputan daripada anak-anak sebumbung tentulah sukar ditolak sementelah semenjak tidak lagi bertugas sebagai Ketua Program Phd, saya agak jarang berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar siswazah di fakulti sendiri :) Kehadiran turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar siswazah dari institusi lain yang barangkali dalam proses menyiapkan proposal kajian masing-masing. Terima kasih di atas komitmen yang diberi selama sekitar 3 jam bersiaran. Saya paling gemar apabila seminar begini diselang seli dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan diutarakan .. mudah-mudahan sedikit penerangan sederhana yang diberikan mampu memberi pencerahan kepada yang bertanya serta audiens yang lain. Terima kasih semua yang tidak menjadi 'pendengar bisu' sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mengutarakan persoalan. Syabas. Kenapa penyediaan kertas cadangan penyelidikan penting untuk dititikberatkan? Mungkin ada sebahagian penyelidik yang berfikir bahawa "Ah .. namapun proposal takkan nak tulis beriya.." atau ".. nanti bukan semua yang ditulis nak diikut ..". Pemikiran sebegini seharusnya dielakkan ye anak-anak. Anda harus percaya bahawa proposal yang lengkap, terancang dan jelas hala tujunya akan banyak memberi kebaikan kepada penyelidik sendiri. Paling penting, dengan adanya proposal yang baik, anda juga akan mampu menonjolkan jangkaan dapatan kajian dan seterusnya bagaimana dapatan ini akan menjadi sumbangan utama anda terhadap bidang kajian anda. Penghasilan proposal kajian yang baik turut menuntut setiap penyelidik untuk mempersiapsiaga diri masing-masing dengan beberapa aspek - pengetahuan dan bidang kajian, selok-belok dalam metodologi penyelidikan, malah tidak ketinggalan kemahiran berfikir secara kritikal serta kemmahiran berkomunikasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan di bawah satu tajuk yang umum sebegini namun masa tentu sekali tidak mengizinkan. Mudah-mudahan sesi ringkas petang tadi memberi sedikit bekal berguna buat semua. Adios!
Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!! Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :) Thanks Dr Hairul! Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah Gambateh semua!!! xoxo Dr. F Alhamdulillah setelah sekian musim sidang viva terpaksa dijalankan secara dalam talian, akhirnya berkesempatan juga untuk menyaksikan seorang lagi anak PhD saya melalui sesi viva secara bersemuka.
Agak janggal setelah sekian lama berlakunya penyesuaian diri dengan viva dalam talian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Izzat melalui sesi ini meskipun memerlukan pembetulan dilakukan. Pembetulan itu satu adat dalam dunia akademia, sepak terajang dalam pengajian PhD lalu apa yang hendak dihairankan dengan adanya pembetulan? Sekalung ucapan terima kasih buat kedua-dua pemeriksa tesis - pemeriksa luar dan dalam yang begitu berdedikasi serta cermat dalam memperihalkan isu serta perkara yang perlu ditambahbaik. Tentulah setiap yang dicadangkan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan anggap ia satu proses pembelajaran. For those who are still waiting for your viva, what can you do before the date comes? When I was in your position, I studied all possible questions and listed all the answers and justification (together with the page in my thesis that is related to my answers). Believe it or not - during my viva, I wasn't looking at my thesis at all. All I had was the sheets of paper in my hand with all the questions and answers and went through the process with a smooth sailing, alhamdulillah. I was given 3 months to do the correction but all I need was only five days to complete all the amendments. Thanks to my beloved supervisors - Gordon Joyes & Linda Ellison who had given me endless support and strength! Back to the entry - congratulations Dr Izzat for coming thus far! Your svs - Dr Mistima and I are super proud of you! Note: Izzat antara yang paling banyak publications dan memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi! Bravo! Anak-anak PhD lain yang belum sampai ke tahap viva jangan risau ye. Seringkali saya ingatkan bahawa PhD ini bukanlah satu competition dengan orang lain sebaliknya kita perlu bersaing dengan diri sendiri yang merupakan musuh senyap yang boleh menghancurkan jika tidak dilawan. Procrastination akan menjadi temanmu yang paling rapat jika dibiarkan. Saya juga pernah menulis tentang isu ini and how to combat procrastination. Selamat maju jaya semua! xoxo Dr. F Mereka semua adalah anak2 di bawah penyeliaan saya - Hairul (Dr), Ikram (Dr), Izzat dan Fadhli (inshaAllah kedua-duanya juga bakal Dr). Saya mengumpulkan mereka untuk mendapatkan maklum balas tentang perancangan saya untuk membangunkan reka bentuk program ODL untuk program PhD dan Sarjana Penyelidikan.
Alhamdulillah, sememangnya pengalaman yang mereka lalui sebagai pelajar PhD yang telah mengharungi banyak isu serta penyelesaian yang bersifat individual banyak memberikan input berguna kepada saya. Terima kasih semua di atas sumbangan idea yang begitu konstruktif. Sudah tentu, perspektif emik (emic perspective) merupakan pendekatan paling ideal dalam usaha memahami keperluan sebenar calon-caon PhD. Hal ini kerana, kacamata penyelia mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan dengan keperluan hakiki calon itu sendiri. Doakan usaha kecil ini dapat dibangunkan sedikit masa lagi. * Menunggu masa untuk meraikan beberapa anak PhD yang bakal menaiki pentas konvokesyen pada November ini .. tazzabarr! :D #odlukm #phd #supervisee *Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: ENTRI 1 Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM) ENTRI 2 Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye. ENTRI 3 Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM) 2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi. 3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. 4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. 5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid. 6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah. 7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik). 8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu. 9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis. 11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan. 12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: PENTADBIR eRAS UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, ARAS 1-4, BLOK E8, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Tel : 03-8884 6591 Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :). Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!
Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. So peeps, get ready with this one. See you there! Alhamdulillah, another viva voce done for my PhD student. Congratulations, Ikram for passing your viva! My highest gratitude to all examiners - external and internal who had done thorough reading and engaged us in a fruitful and insightful discussion just now. So Ikram, it is time for you to focus on the corrections. Time is really a constraint. Till then, all the best! Sebagai kenangan, gambar semasa mock viva beberapa hari sebelum viva sebenar: Bersama pelajar PhD saya Farhana selama hampir 2 jam di talian Zoom. Beliau sebenarnya pelajar berpotensi besar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya. Namun kerana komitmen terhadap kerja agak menyekat aktiviti penyelidikan. Namun alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut saya banyak berkongsi tentang strategi bagaimana untuk move on dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan procrastination! Turut dibincang secara panjang lebar juga adalah bagaiamana pentingnya untuk memetakan dapatan akhir dengna penyataan masalah yang dikemukakan di bab 1. Semoga Farhana terus dalam momentum dan akhirnya dapat mencapai timeline yang digagaskan dengan jaya. Chayukkk Fana!! |
Archives
June 2022
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |