Memenuhi undangan Dr Hadi untuk membantu pelajar PhDnya Rafeef yang sedang melaksanakan kajian tentang facial expression recognition. Satu kajian yang menarik namun proses untuk pengesahan ekpresi wajah di pelakon di layar ada yang mencuit hati sehingga tidak sedar ketawa kami berhamburan di udara hahaha!
Selamat maju jaya Rafeef!
0 Comments
Alhamdulillah, sejujurnya saya telah lama ingin meminang beliau. Sahabat saya yang saya kenali semasa pengajian PhD di Nottingham - PM Dr Zaleha Abdullah atau lebih mesra kami sapa sebagai Dr. Zac. Sesi perkongsian tentnag Activity Theory merupakan salah satu agenda di bawah aktiviti geran penyelidikan saya sekaligus dimanfaatkan juga untuk semua pelajar di bawah seliaan saya serta beberapa pelajar lain. Bagi yang belum pernah mendengar tentang Activity Theory, silakan menonton rakaman sesi perkongsian yang saya benamkan di bawah. Sangat-sangat menarik sebenarnya penggunaan AT ini khususnya sebagai satu alat untuk membantu penyelidik membuat analisis yang lebih berfokus. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Dr Zac kerana sanggup mengorbankan masa di hujung minggu demi menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak pelajar :) Semoga Allah membalas segala kebaikanmu sahabat! Ameen ... Kepada yang telah hadir, semoga mendapat manfaatnya ye. Jumpa lagi di lain sesi. Beliau merupakan anak didik di bawah seliaan saya semenjak di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda (FYP). Dan hari ini beliau mengunjungi saya di pejabat untuk menyerahkan tesis Sarjananya pula yang membincangkan aspek Computational Thinking dalam Pengajaran & Pembelajaran.
Setinggi-tinggi tahniah Fira! Terima kasih juga kerana menjadi pelajar yang hebat dan berketrampilan. Teruskan kecemerlangan. Mudah-mudahan ada rezeki kembalilah ke kampus ini untuk PhD pula :) Mendoakan yang baik-baik buatmu serta your other half! |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |