Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GE1155 Komputer dalam Pendidikan
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Permohonan Menggunakan Sistem e RAS

1/24/2019

0 Comments

 
Picture

​Pada tahun 2016 saya pernah menulis tatacara permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM serta pada tahun 2017 pula saya menulis tentang perkara sama (Bahagian 2) rentetan daripada berlaku perubahan prosedur permohonan kepada sistem dalam talian. Saya menerima pelbagai komen serta persoalan daripada para penyelidik tentang hal berkaitan. 

Untuk entri kali ini, izinkan saya berkongsi tentang cara bagaimana pengisian borang dalam talian eRAS dilakukan. 


Langkah pertama - sila log in ke sistem eRAS atau klik DI SINI 
Picture
Klik PERMOHONAN BARU 
Picture
Baca dahulu syarat-syarat permohonan kemudian klik pada PANDUAN PERMOHONAN 
Picture
4. Baharulah dapat klik pada butang MOHON :)
​- it's worth to be patient :)
Langkah seterusnya, masukkan semua maklumat yang diminta dan jangan lupa untuk tekan SIMPAN  ye! 

Secara keseluruhan borang dalam talian ini merangkumi empat bahagian utama - A,B,C dan D. 

Sebagai contoh, saya kongsikan maklumat telah saya isi dalam setiap bahagian. Untuk anda semua, masukkanlah semua maklumat yang diminta dengan lengkap ye. Jangan tiru maklumat saya!
Maklumat Bahagian A: 
Picture
Maklumat Bahagian B: 
Picture

Maklumat Bahagian C: 
Picture
Maklumat Bahagian D:
Picture
Picture
Picture
NOTA:
1. Pastikan anda menerangkan dengan terperinci maklumat seperti objektif dan kepentingan kajian. 

2. Tick negeri yang terlibat dengan kajian. (Anda jangan terburu-buru mengisi borang ini jika belum ada proposal yang lengkap serta timbal balik tentang negeri yang terlibat dalam kajian - pastikan anda telah muktamad tentang hal ini) 

3. Untuk bahagian 'lokasi kajian' - pastikan anda menyenaraikan nama insitusi/sekolah di mana kajian akan dijalankan. Sekali lagi, hal ini memerlukan perancangan yang rapi. Perlu diingat bahawa kebiasaannya pihak JPN akan mengeluarkan surat kelulusan menjalankan kajian dan satu salinan akan dihantar ke sekolah berkaitan. Jadi, agak sukar jika anda mengubah nama sekolah setelah kelulusan diberi. 

4. Pemilihan sampel kajian hendaklah dijelaskan dengan terperinci melibatkan teknik persampelan serta bilangan responden yang akan terlibat dengan kajian yang akan dijalankan. 

5. Satu salinan soal selidik atau soalan temubual (bergantung kepada instrumen yang digunakan) hendaklah dimuatnaik ke sistem ini (Bahagian D). 


Sepatutnya tidak memakan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan kelulusan ini - namun bagi kes saya pegawai yang menguruskan permohonan pada ketika itu sedang bekerja di luar kawasan (sumber diterima daripada pegawai lain yang menjawab panggilan telefon) dan perkara itu menyebabkan saya menunggu lebih 2 minggu. 

Untuk para penyelidik sekalian, semoga perkongsian ini memberi manfaat. 

All the best !! ^___^
0 Comments

Malaysia Educational Statistics - Quick Facts 2018-2017

9/30/2018

0 Comments

 
Picture
Assalamualaikum para penyelidik sekalian! Semoga masih dalam momentum dan semangat untuk meneruskan kajian meski pelbagai ujian melanda. Tiada yang mudah untuk berjaya bukan! 

Ramai juga yang menghubungi saya melalui blog ini atau emel khususnya yang bertanyakan prosedur mendapatkan statistik yang dikehendaki daripada pihak EPRD KPM. 

Untuk makluman semua, pihak EPRD sebenarnya juga telah berkongsi banyak statistik asas yang amat berguna untuk penyelidik khususnya yang melibatkan bidang pendidikan di Malaysia. 

Kadangkala statistik asas ini amat diperlukan untuk pemilihan saiz sampel bagi yang menjalankan kajian secara survey malah diperlukan juga sebagai asas dalam penyataan masalah atau penulisan latar belakang kajian. 

Nah, di sini saya kongsikan Quick Facts daripada EPRD KPM sebagai ole-ole. Boleh muatturun di bawah ye. 

quick-facts-2018_malaysia_educational_statistics.pdf
File Size: 711 kb
File Type: pdf
Download File

20170809_quick-facts_2017_final5_interactive.pdf
File Size: 2655 kb
File Type: pdf
Download File

Merit kepada EPRD KPM yang telah bermurah hati menghasilkan risalah yang amat berguna ini. Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya. 


Regards,

​Dr. F 
0 Comments

Permohonan Menjalankan Kajian di Institusi di bawah KPM  (Bahagian 2)

12/5/2017

19 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Saya pernah menulis tentang permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM tahun yang lalu dan melalui entri tersebut saya menerima pelbagai persoalan daripada para penyelidik di seluruh Malaysia. 

Untuk makluman bersama, terdapat perubahan baharu berkaitan perkara ini yang saya terima melalui emel dan ingin saya kongsikan: 

1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah KPM. 

2. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui http://eras.moe.gov.my. Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

3. Untuk makluman, mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi selepas tarikh tersebut. 

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi En. Selvarajah Manikam melalui tailan 03-88846457 (Selvarajah@moe.gov.my). 

Semoga maklumat in bermanfaat ^__^

19 Comments

Permohonan Menjalankan Kajian di Institusi di bawah KPM

12/5/2016

65 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera 

BAGI YANG BARU MENEMUI ENTRI INI, BOLEH RUJUK MAKLUMAT TERKINI TENTANG PROSEDUR TERSEBUT DI SINI

Ramai antara penyelidik khususnya dalam bidng pendidikan yang menjalankan penyelidikan melibatkan para guru serta pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di IPG dan Kolej Matrikulasi. Satu prosedur penting yang harus dilalui sebelum seseorang penyelidik menjalankan proses pengumpulan data adalah mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu. 

Untuk tujuan ini, anda harus berhubung dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM dan memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap. 

Antara perkara yang harus diselesaikan sebelum menghantar borang permohonan tersebut termasuklah mengemukakan: 

1. Satu salinan Borang Penyelidikan BPPDP 1.2 yang lengkap.

2. Satu salinan cadangan penyelidikan yang lengkap mengandungi Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metodologi.

3. Satu salinan instrumen kajian.

4. Satu salinan senarai sampel yang terlibat dalam kajian.

5. Kertas cadangan dan instrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia.

6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti. 

7. Dua keping sampul surat (21.5 cm x 10.5 cm dan bersetem RM 0.80 setiap satu); satu daripadanya beralamat pemohon (option - jika anda ingin mengambil sendiri surat kelulusan maka perkara 7 boleh diabaikan)

Tambahan:
Pastikan sampel kajian anda tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, SPM dan STPM). 

Borang yang telah lengkap dengan lampiran boleh dihantar ke:

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
ARAS 1-4, BLOK E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA
Telefon :03-8884 6591 62604 /  Faks :03-8884 6579 
​
Kebiasaannya proses untuk mendapatkan surat kelulusan tidak memakan masa yang terlalu lama, mungkin sekitar seminggu sahaja. Jika ada yang memerlukan borang tersebut, bolehlah muatturun di sini: 
borang_eprd.pdf
File Size: 425 kb
File Type: pdf
Download File


​Prosedur seterusnya - setelah mendapat kelulusan daripada pihak EPRD KPM, anda perlu berurusan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri - bergantung kepada lokasi insitutsi yang terlibat dengan penyelidikan anda, misalnya Selangor dan Perak. Dalam contoh ini, anda perlu mendapatkan permohonan daripada JPN kedua-dua negeri dengan mengemukakan surat yang telah diperolehi daripada EPRD. Surat daripada JPN perlu dibawa ke institusi terlibat sebelum pengumpulan data dilakukan. 

Mungkin ada yang merasakan proses ini sebagai sesuatu yang sukar namun hakikatnya, inilah prosedur yang harus dilalui oleh setiap penyelidik yang beretika. Tiada yang mudah dalam perjalanan penyelidikan, namun proses ini hanya umpama secebis daripada proses keseluruhan yang lebih panjang pastinya! Always keep your aim high! :)
Picture
Selamat maju jaya Firdaus dan Aimi :)
65 Comments
    Picture

    Archives

    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Alumni
    Basic Of Research
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Self-branding
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Visibility
    Viva
    Writing Articles

    RSS Feed

Connect with me:

Picture
Picture

​
Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Komputer dalam Pendidikan
GE2153 Teknologi Pendidikan 
GE3404 Fotografi
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
My Activities
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GE1155 Komputer dalam Pendidikan
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks