Hati itukan milik kita yang bergelar manusia. Lalu dari hati juga akan terbitnya pelbagai rasa dan interpretasi serta konsepsi. Dalam soal cintan, kata orang dari mata turun ke hati. Sebab itu, bahaya jika kita bermain mata .. silap-silap terpaut pula .. eh ke situ pulak :D
Ok berbalik kepada tajuk saya petang ini. Sebagai seorang penyelidik yang akan menggubah hasil karya penyelidikannya dalam bentuk penulisan (tesis atau disertasi) tentulah anda perlu bijak bukan sahaja dalam mengenalpasti penyataan masalah yang jitu, persoalan kajian dan hipotesis yang munasabah serta 'measurable', corak pengendalian dapatan serta susunan data juga memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi interpretasi pembaca terhadap keseluruhan kualiti penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan, aspek paling penting yang saya biasanya akan nilai sewaktu membaca tesis penyelidikan tentulah bab 5 atau dapatan saudara-saudari. Bab 5 ini merupakan bab anda ye. Di sinilah peluang anda menonjolkan keabsahan serta relevannya penyelidikan yang anda telah jalankan. Namun kebanyakan penyelidik kurang memberi penekanan terhadap bab 5 sehingga ada yang hanya menulis sekadar 'mengulang' semula dapatan dalam bab 4. Itu adalah satu kelemahan yang ketara. Apa yang harus anda tonjolkan di dalam bab perbincangan ini? Ini adalah soalan yang agak tricky namun jika anda faham konsep 'keselarian idea' dalam keseluruhan bab, atau dengan erti kata lain, jika anda bijak menggabungjalinkan perbincangan dapatan anda dengan aspek yang anda tonjolkan dalam penyataan masalah, maka anda mungkin dapat memancing hati pembaca. Apakah isu sebenar yang anda tulis di dalam penyataan masalah? Bagaimanakah anda hendak 'adress' kepada masalah tersebut dan bagaimanakah dapatan kajian anda akhirnya dapat dikaitkan semula dengan isu dalam penyataan masalah akan menunjukkan keselarian idea. Jangan lupa, berikan penekanan terhadap kenapa anda menggunakan teori atau model tertentu dalam kajian dan bagaimana penggunaan teori atau model itu telah membantu anda mendapatkan jawapan atau dapatan? Ini juga penting untuk anda fikir dan jelmakan dalam penulisan di bab perbincangan. Hati pembaca ini berpancawarna dan emosi naik turun akan cepat mempengaruhi keputusan penilaian. Penulisan yang bersistematik, konsisten serta sifar ralat (ejaan, formating dll) tentu akan menyejukkan hati pembaca. Pemilihan gaya bahasa juga memainkan peranan penting dalam memberi mood pembacaan yang 'mengenyangkan'. Jadi, hal-hal kecil dan teknikal seharusnya diberesi terlebih awal sebelum anda ready untuk menghantar tesis untuk pembacaan ye. Semoga coretan ringkas ini bisa mendendangkan sedikit halwa buat semua penyelidik di luar sana khususnya yang sedang berkira-kira untuk menghantar tesis yang lengkap .. yeay .. it is just one more step to go! Nota: Gambar di atas baru dirakam petang ini kala saya sedang melengkapkan laporan untuk sebuah tesis yang saya baca. Tesisnya bagus dan memberi mood yang positif buat pembacanya sehinggakan saya merasakan hati saya bagai telah dicuri.. bravo!
4 Comments
Pekasam jika dijeruk lama, rasanya lebih sedap. Begitu juga dengan budu atau kimchi. Jadi, jangan marahkan saya kerana menjeruk coretan ini sekian lama :P Duh, masa sememangnya kejam. Atau itu salah saya yang tidak tahu mencari ruang? Apapun, niat untuk mencoret perlu diteruskan! Tahun ini, acara konvokesyen dilangsungkan lebih lewat dari biasa. Jika tahun-tahun sebelum ini musim konvo jatuh pada bulan Oktober, tahun 2018 menyaksikan perubahan di mana agenda diganjakkan ke bulan November. Namun demikian, kemeriahan acara konvo tetap meriah dan memutikkan adrenaline gembira! Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan tahniah buat semua pelajar khususnya pelajar-pelajar sarjana di bawah penyeliaan saya: Shahfiezul, Lee, Nadhirah dan Farhana serta pelajar prasiswazah - Hazeem dan Ezyan. Tidak dilupakan semua pelajar yang pernah berada di kelas kendalian saya baik di peringkat pra sis mahupun sarjana! Berakhirnya sebuah perjuangan tidak bermakna ternoktahnya perjalanan, sebaliknya itulah permulaan sebenar.
Selang beberapa hari selepas acara konvokesyen, saya bertembung dengan satu pasangan - kedua-duanya bekas pelajar fakulti yang kini telah memiliki seorang cahaya mata yang comel. Lewat perbualan yang agak panjang itu, saya mendapat tahu yang si suami menjual buah-buahan di pasar manakala si isteri menjaga bayi sebagai sumber pendapatan. Inilah semangat perjuangan dalam sebuah kehidupan. Saya kagum melihat betapa gigih pasangan ini membina kehidupan tambahan pula dengan kehadiran seorang putera, pasti keperluan perbelanjaan lebih dirasakan. Namun riak muka mereka begitu tenang, malah meyakinkan bahawa rezeki itu di mana-mana pasti ada - yang penting adalah usaha dan doa pastinya. Saya juga pasti masih ramai yang senasib dengan pasangan ini - masih mencari ruang untuk membina kehidupan yang lebih selesa. Sementelah, tiada lagi jaminan untuk dihantar bertugas tetap di sekolah, kehidupan pasca konvokesyen boleh menjadi satu mimpi ngeri jika sekiranya anda, anda, anda dan anda menjumudkan diri di satu titik. Ayuh, anak2 didikku - di tangan andalah keajaiban akan bermula. Jangan terlalu taksub dengan impian bergelar guru, meski itulah cita-cita utamamu. Dalam keadaan yang penuh ketidakpastian seperti sekarang, kalian harus berani mencari 'lubuk' tesendiri. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja buat semua. Doakan juga kami di fakulti terus dalam limpah dan rahmat Ilahi, dapat terus berbakti dan memberi makna dalam kehidupan pelajar-pelajar kami. Selamat menyelak halaman kehidupan yang sebenar. Di kiri kanan, pasti kan kau temui makna terluka dan tercalar. Namun di hujung-hujungnya kelak pasti kau temui ramuan mujarab untuk menampal luka dan hiba. Salam sayang, Dr. F Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya pernah menulis tentang permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM tahun yang lalu dan melalui entri tersebut saya menerima pelbagai persoalan daripada para penyelidik di seluruh Malaysia. Untuk makluman bersama, terdapat perubahan baharu berkaitan perkara ini yang saya terima melalui emel dan ingin saya kongsikan: 1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah KPM. 2. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui http://eras.moe.gov.my. Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018. 3. Untuk makluman, mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi selepas tarikh tersebut. 4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi En. Selvarajah Manikam melalui tailan 03-88846457 ([email protected]). Semoga maklumat in bermanfaat ^__^ |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |