Assalamualaikum warahmatullah .. semoga Jumaat penghulu segala hari memberi seribu keberkatan buat kita semua insyaAllah .. Baiklah, hari ni kita dalam mood Bahasa Malaya ye! Izinkan saya berkongsi sedikit tentang perkara yang perlu dititikberatkan sebelum kita membina soal selidik. Perkara paling penting yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk soal selidik kita adalah dengan meneliti semula objektif kajian. Maksudnya di sini, soalan-soalan dalam soal selidik hendaklah mengambil kira objektif kajian agar jawapan daripada soal selidik akan akhirnya menjawab persoalan kajian kita – dan secara tidak langsung memnuhi kehendak objektif kajian. Beberapa langkah yang perlu kita renungkan sebelum membangunkan soal selidik termasuklah:
Di bawah ini pula merupakan senarai semak yang mengandungi perkara-perkara yang perlu disemak ketika soal selidik dibangunkan. Sumbernya ada tertera di bawah rajah. Saudari Rohaila ada bertanya tentang sama ada perlu atau tidak beliau merujuk kepada teori/model yang digunakan sebagai dasar penyelidikan dalam pembangunan soal selidik ini. Kebiasaannya sebelum pembangunan soal selidik dijalankan, proses penting yang harus dilakukan oleh penyelidik tentulah dengan membuat sorotan literatur, kerana melalui proses ini kita akan dapat mengenalpasti bukan sahaja objektif, metodologi, sampel serta dapatan kajian terdahulu, tetapi kita juga dapat mengenalpasti teori-teori yang sesuai dengan bidang kajian kita.
Apabila kita telah mengenalpasti teori yang hendak digunakan sebagai dasar dalam kajian, serta elemen dalam teori tersebut termasuk dalam aspek pengukuran (persoalan kajian/ hipotesis kajian) maka perlulah kita memasukkan elemen-elemen daripada teori tersebut dalam soal selidik kita. Misalnya, Ely's Conditions yang menggariskan lapan kondisi yang diperlukan dalam merangsang penggunaan inovasi. Kelapan-lapan perkara tersebut boleh diterjemahkan ke dalam bentuk soalan soal selidik. Begitu juga dengan model RIPPLES misalnya yang menggariskan lapan aspek penggunaan teknologi yang boleh dijadiakn sandaran dalam pembangunan item-item soal selidik. Wallahua'lam :) xoxo
3 Comments
|
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|