Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Supervision di hujung minggu

8/24/2022

1 Comment

 
Picture
Picture
Ruang itu perlu dicipta dan dicari. Jika tidak sampai bila-bila sukar untuk kita berjumpa. Kebetulan pula di minggu-minggu kebelakangan ini pengutipan data kajian sedang rancak dilaksanakan, lalu berkesempatan mencipta ruang untuk supervision bersama Irfan dan Haliq - dua pelajar Sarjana saya yang merupakan pelajar tajaan HLP. 

Tidak ada laluan yang mudah untuk berjaya. Apatah lagi dengan status sebagai pelajar sarjana, maka dalam kebanyakan masa, penyelia tentulah menjangkakan pelajar-pelajarnya untuk mempamerkan kapasiti sebagai self-regulated learners. Pembacaan demi pembacaan adalah modal paling penting dalam memperdalami setiap topik kajian. Kemahiran untuk meneroka kajian lepas serta kepentingan kajian yang sedang dilaksanakan juga tidak kurang penting dalam memandu seseorang penyelidik dalam melaksanakan kajian mereka. 

Seronok apabila keduanya terlibat secara langsung dengan kajian saya berkaitan ODL. Banyak perkara yang kami pelajari bersama. 

Selamat maju jaya Irfan & Haliq! 
1 Comment

Online meeting

8/10/2021

0 Comments

 
Picture
Picture
Razali
Picture
Izzat
Picture
Suzana
Picture
Syaida
Picture
Khuraisah
Picture
Azlin
Picture
Syazana
*Tiada dalam gambar: Farhana & Fadhli 
Cuti Awal Muharam. 
Masa yang ada saya manfaatkan untuk perjumpaan ringkas bersama pelajar-pelajar PhD di bawah penyeliaan saya. Alhamdulillah melalui perjumpaan singkat ini saya mendengar kisah kemajuan mereka dalam pelaksanaan penyelidikan. Malah ada yang mengambil ruang ini untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersarang di kepala masing-masing. 

Tugas-tugas penyeliaan kini terpaksa saya bawa ke hari cuti dan hujung minggu lantaran jadual harian sentiasa penuh dengan pelbagai agenda besar kecil. Namun, ini satu kepuasan kerana tanpa pertemuan dan perbincangan mata ke mata sukar untuk memberikan maklum balas yang sepenuhnya. 

Kepada semua pelajar yang dikasihi, teruskan usaha anda walau di peringkat masa anda berada. Kepada mereka yang telah hampir selesai ke penghujung, jangan hilang momentum, teruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal berbaki itu. Sedikit sahaja lagi! 

Kepada yang baru mengayuh, tetapkan destinasi anda .. perbanyakkan membaca, membaca dan membaca. Kenalpasti hala tuju kajian dan jangan terlalu cepat membuat andaian itu ini. Saya yakin dengan usaha tekal dan semangat jitu, perjalanan ini akan dipermudahkan insha-Allah. 

Salam Maal Hijrah. 
#supervision #phd 

0 Comments

Online Catch Up

6/19/2020

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture

Had a quick online catch up with these two students - Syaida and Rafik. It's good to see you again after months of absence! Syaida, we pray for your next data analysis to work smoothly and our heartfelt thanks to Rafik for your assistance in this matter. I am so proud of the teamwork shown. May Allah grant us with His full blessings and our next projects will turn out a success :) 
0 Comments

Online  supervision

6/6/2020

0 Comments

 
Picture

Ini adalah para pelajar sarjana eksekutif di bawah penyeliaan saya. Mereka tidak ramai, hanya bertiga sahaja - Shahila, Nithiya dan Hafizah. Hari ini kami bertemu lagi secara maya, dibatasi jarak: Kedah-Johor-Terenggau-Putrajaya. Namun perbincangan berlaku dengan baik dan lancar, Masing-masing kelihatan bersemangat untuk menyiapkan Kertas Projek 1 serta Kajian Bebas masing-masing. 

Saya juga telah mengulangi lagi sekali tentang format penulisan artikel serta anatominya yang standard. Penggunaan NVivo perlu dimanipulasi sebaiknya kerana mereka akan menghasilkan penulisan berbentuk kertas konsep melibatkan Systematic Literature Review. Mudah-mudahan hasilnya dapat diterbitkan inshaAllah. All the best semua! :) 

#zoom #supervision #sustematicliteraturereview 
0 Comments

Tanpa usaha manakan ada jaya

7/17/2017

0 Comments

 
Picture
Setinggi-tinggi syukur jua dirafa'kan kepada Ilahi kerana setelah sekian lama baharulah sempat perjumpaan berkumpulan antara pelajar-pelajar di bawah seliaan saya berjaya dilakukan. Sesungguhnya masa sering mengheret banyak perkara sehingga tertangguh-tangguh. 

Perjumpaan pada kali ini melihat beberapa pembentangan dilakukan oleh para pelajar saya yang berkongsi hasil penyelidikan yang telah lengkap mahupun yang masih dalam proses dan pengembangan. 

Tahniah buat semua - Farhana, Syamimi dan Maryam yang telah memberikan penerangan yang menarik lagi komprehensif tentang penyelidikan masing-masing. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini membuka minda dan idea kepada yang lain-lain untuk terus fokus terhadap penyelidikan masing-masing. 

Ayuh semua, tetapkan azam dan kuatkan semangat serta lipatgandakan usaha untuk terus menyiapkan penyelidikan. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kejayaan tidak datang bergolek, tanpa usaha tentulah kita tidak akan ke mana-mana! 

​XOXO 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Progress Meeting

7/11/2017

0 Comments

 
It's been a while since our last meeting was held. Time flies soo fast that I couldn't get hold to many things. InshaAllah the next progress meeting will be held as follows: 
Picture

I will also be sharing some tips on publications. See you there guys! 


​XOXO
0 Comments

Congratulations Ila & Syaida! 

1/3/2017

0 Comments

 
Alhamdulillah it always feel good to see how well your student had shown their progress. To me, the most satisfying moment is to witness my students' ability to talk about their research confidently and convinced others of the desisions made. Congratulation Ila and Syaida who had successfully presened their Project 2 findings. I do hope that this sharing session will benefit others too. 

Keep up everyone! Your destination is just a few step ahead! 

0 Comments

Progress Meeting 

12/24/2016

0 Comments

 
Picture

InshaAllah we will follow the routine .. another progress meeting with all my postgraduate students will be held on 28th December 2016. Three of my students - Ila, Syaida and Lee will be presenting their Porject Paper 2, while Shah will be sharing his overall research findings as his mock viva. 

I am looking forward to seeing everybody in this meeting. InshaAllah I will also be talking on tips to write a problem statement and how to do a comprehensive LR. 

​
0 Comments

Its a wrap: Research Method 1 Class 

12/16/2016

0 Comments

 
Picture
Teaching Research Method class has always been my passion! Why do I say that? What is so fun about teaching Research Method? Well, my point of view might not be the same with others but I strongly beleive that being in this class had actually spurred my own critical thinking, stimulated my spontaneity as well as problem solving skills. Say, in the middle of the session some of my students raised few complicated questions that need to be quickly attended and explained. This situation really made your adrenaline rushed and your neuron suddenly busy finding the right information .. you have to stand on your own feet and do the brain activity to actually arrange the information to be delivered in understandable manner. I consider the activity as a trivia that activated my thoughts and memory. In giving the explanation, I have to make sure that the examples given are applicable to their life and situation. Frankly speaking, teaching this class had also strengthened my understanding on those theoretical parts of research. My fellow students - whom I appreciate their attendance and resilience - are my own strength. Look at their faces .. they are future researchers! I wish to see their success in conducting their research in a very near future. 

To all my students - please remeber the date - our exam will be on the 31st December - 10am - DTAMS! 
See you there! 
​
0 Comments

Bengkel Penulisan Artikel Jurnal

12/4/2016

2 Comments

 
Picture

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana bengkel penulisan yang dirancang berjaya dilaksanakan. Paling manis kerana bengkel kali ini mengumpulkan majoriti pelajar masters dan PhD di bawah penyeliaan saya. Terima kasih semua atas kehadiran sehingga ke petang. 

Tidak banyak perkara yang dikongsikan sebenarnya. Sekadar mengingat semula ciri-ciri artikel yang baik serta tips penulisan yang efektif. Selebihnya saya lebih banyak bersama pelajar secara one-to-one dan melihat perkembangan penulisan serta tajuk pilihan masing-masing. InshaAllah satu bengkel lain akan dijalankan untuk proses pemilihan jurnal pula. 

Di pertengahan bengkel, kala saya sedang ralit memberi maklumbalas kepada penulisan Intan, Afiqah datang memanggil saya dengan nada cemas .. "Syaida!" katanya ..lalu meluru ke luar. Saya mula membayangkan sesuatu yang buruk lalu bergegas mengekori Fiqah. 

Tiba di luar bilik mesyuarat, kejutan berlaku. Memang benar-benar mengejutkan! Sebiji kek dan sejambak bunga segar menanti saya di sana, serentak dengan itu lagu Happy Birthday berkumandang ... Allahu .. air mata saya bagai tidak dapat ditahan-tahan. Perasaan berbaur ketika itu. 

Alahai ... bukan ini yang saya pinta .. namun ingatan ikhlas daripada barisan pelajar saya cukup menyentuh rasa sesunggahnya! Terima kasih semua - Shah, Ila, Syaida, Nad, Fiqah, Lee, Huda, Intan Fairus dan Firdaus atas kejutan yang tidak diduga ini ^___^ 

Apa yang berlaku membuat saya merefleksi diri. Sesungguhnya, hubungan supervisor dan supervisee bagi saya bukan sekadar hubungan formal yang terbatas dengan penyelidikan dan penulisan semata-mata. Sebaliknya ianya sebuah silaturahim yang luhur, kerana melalui proses penyeliaan saya mengenali hati budi para pelajar dan saya sebenarnya enjoy our togetherness! Semoga silaturahim ini kekal bertaut meski masa memisahkan kita kelak ameen.. 

Masa begitu pantas berlalu, hanya hari ini sempat saya luangkan masa untuk mencoret. Doa saya sentiasa mengiringi semua agar segala hajat dan impian berjaya dicapai dengan cemerlang dan warna-warna kegemilangan! 

​Jumpa lagi! 
2 Comments
<<Previous
    Picture

    Archives

    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks