*Tiada dalam gambar: Farhana & Fadhli Cuti Awal Muharam.
Masa yang ada saya manfaatkan untuk perjumpaan ringkas bersama pelajar-pelajar PhD di bawah penyeliaan saya. Alhamdulillah melalui perjumpaan singkat ini saya mendengar kisah kemajuan mereka dalam pelaksanaan penyelidikan. Malah ada yang mengambil ruang ini untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersarang di kepala masing-masing. Tugas-tugas penyeliaan kini terpaksa saya bawa ke hari cuti dan hujung minggu lantaran jadual harian sentiasa penuh dengan pelbagai agenda besar kecil. Namun, ini satu kepuasan kerana tanpa pertemuan dan perbincangan mata ke mata sukar untuk memberikan maklum balas yang sepenuhnya. Kepada semua pelajar yang dikasihi, teruskan usaha anda walau di peringkat masa anda berada. Kepada mereka yang telah hampir selesai ke penghujung, jangan hilang momentum, teruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal berbaki itu. Sedikit sahaja lagi! Kepada yang baru mengayuh, tetapkan destinasi anda .. perbanyakkan membaca, membaca dan membaca. Kenalpasti hala tuju kajian dan jangan terlalu cepat membuat andaian itu ini. Saya yakin dengan usaha tekal dan semangat jitu, perjalanan ini akan dipermudahkan insha-Allah. Salam Maal Hijrah. #supervision #phd
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |