Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Online  supervision

6/6/2020

0 Comments

 
Picture

Ini adalah para pelajar sarjana eksekutif di bawah penyeliaan saya. Mereka tidak ramai, hanya bertiga sahaja - Shahila, Nithiya dan Hafizah. Hari ini kami bertemu lagi secara maya, dibatasi jarak: Kedah-Johor-Terenggau-Putrajaya. Namun perbincangan berlaku dengan baik dan lancar, Masing-masing kelihatan bersemangat untuk menyiapkan Kertas Projek 1 serta Kajian Bebas masing-masing. 

Saya juga telah mengulangi lagi sekali tentang format penulisan artikel serta anatominya yang standard. Penggunaan NVivo perlu dimanipulasi sebaiknya kerana mereka akan menghasilkan penulisan berbentuk kertas konsep melibatkan Systematic Literature Review. Mudah-mudahan hasilnya dapat diterbitkan inshaAllah. All the best semua! :) 

#zoom #supervision #sustematicliteraturereview 
0 Comments

Menulis artikel dalam sehari?

11/1/2017

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Lagi siaran tertunda. 

Cerita Ogos nan lalu tetapi masih kejap di hati. Sudah agak lama tidak diajak berbengkel jauh dari kampus Bangi. Yang bagus apabila berbengkel di luar adalah kerana masa yang lebih panjang untuk menelaah segala dokumen dan merapikan penulisan. Sehingga lewat malam pun jemari masih mengetuk aksara, otak masih ligat menjana idea. 

Alhamdulillah, terima kasih buat ketua projek TRGS Prof Dr Ruhizan yang menjemput kami. Namun jemputan ini bukan untuk bersuka-suka. Sekurang-kurangnya tiga manuskrip untuk jurnal terindeks dihasilkan dengan jaya. 

Peluang yang ada ini juga kami isi dengan perkongsian idea secara santai. Mazzlida - pelajar PhD di bawah seliaan saya nyata mendapat banyak input untuk memantapkan bab beliau. Tidak kurang juga Mariam dan Nani yang sama-sama duduk semeja. 

Tiada yang mustahil. Benar, jika fokus sepenuhnya diberi untuk penulisan (dan putuskan hubungan dengan social media/whatspp/telegram/emel) inshaAllah kita sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat produktif. 

Berapa ramai daripada kita yang tidak dapat berpisah dari telefon bimbit ketika menulis? Cubalah tips ini - off kan handphone - lupakan FB, Twitter, WhatsApp atau Telegram. Fokus untuk sejam dahulu dan anda akan dapat lhiat hasilnya! 

Jom perangi PROCRASTINATION!! 

​:) 
0 Comments

Writing Made Easy for  Postgraduate Students

8/3/2017

0 Comments

 
Picture
I am not the best person to talk about this matter as I consider myself as still a beginner in this 'academic liga'. But God knows how much I'd love to share. Insha-Allah I will talking about this in one of the sessions below:
Picture

0 Comments

Bengkel Penulisan Artikel Jurnal

12/4/2016

2 Comments

 
Picture

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana bengkel penulisan yang dirancang berjaya dilaksanakan. Paling manis kerana bengkel kali ini mengumpulkan majoriti pelajar masters dan PhD di bawah penyeliaan saya. Terima kasih semua atas kehadiran sehingga ke petang. 

Tidak banyak perkara yang dikongsikan sebenarnya. Sekadar mengingat semula ciri-ciri artikel yang baik serta tips penulisan yang efektif. Selebihnya saya lebih banyak bersama pelajar secara one-to-one dan melihat perkembangan penulisan serta tajuk pilihan masing-masing. InshaAllah satu bengkel lain akan dijalankan untuk proses pemilihan jurnal pula. 

Di pertengahan bengkel, kala saya sedang ralit memberi maklumbalas kepada penulisan Intan, Afiqah datang memanggil saya dengan nada cemas .. "Syaida!" katanya ..lalu meluru ke luar. Saya mula membayangkan sesuatu yang buruk lalu bergegas mengekori Fiqah. 

Tiba di luar bilik mesyuarat, kejutan berlaku. Memang benar-benar mengejutkan! Sebiji kek dan sejambak bunga segar menanti saya di sana, serentak dengan itu lagu Happy Birthday berkumandang ... Allahu .. air mata saya bagai tidak dapat ditahan-tahan. Perasaan berbaur ketika itu. 

Alahai ... bukan ini yang saya pinta .. namun ingatan ikhlas daripada barisan pelajar saya cukup menyentuh rasa sesunggahnya! Terima kasih semua - Shah, Ila, Syaida, Nad, Fiqah, Lee, Huda, Intan Fairus dan Firdaus atas kejutan yang tidak diduga ini ^___^ 

Apa yang berlaku membuat saya merefleksi diri. Sesungguhnya, hubungan supervisor dan supervisee bagi saya bukan sekadar hubungan formal yang terbatas dengan penyelidikan dan penulisan semata-mata. Sebaliknya ianya sebuah silaturahim yang luhur, kerana melalui proses penyeliaan saya mengenali hati budi para pelajar dan saya sebenarnya enjoy our togetherness! Semoga silaturahim ini kekal bertaut meski masa memisahkan kita kelak ameen.. 

Masa begitu pantas berlalu, hanya hari ini sempat saya luangkan masa untuk mencoret. Doa saya sentiasa mengiringi semua agar segala hajat dan impian berjaya dicapai dengan cemerlang dan warna-warna kegemilangan! 

​Jumpa lagi! 
2 Comments

Bengkel Penulisan Artikel Jurnal 

11/23/2016

1 Comment

 
InsyaAllah sebagai sokongan berterusan kepada para pelajar pascasiswazah di bawah penyeliaan saya, satu bengkel penulisan akan diadakan minggu hadapan. Objektif bengkel pada kali ini adalah untuk membantu setiap pelajar untuk menyiapkan satu artikel secara sistematik serta menepati ciri-ciri artikel yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks. Kemahiran penulisan akademik akan ditekankan di samping format umum  yang perlu ada pada sesebuah artikel. 

Semoga usaha kecil ini memberi makna dan pengalaman yang berkesan kepada semua pelajar di bawah seliaan saya. Mudah2an kita dikurniakan ilham mencurah-curah kelak ..ameen.. 

Picture
1 Comment

Writing up an article 

4/15/2016

0 Comments

 
Writing up an article is actually associated with the skills that come through experience. I had faced two different situations within this month. The first one was when I received an email from a journal saying that the paper that my post graduate student and I wrote had been accepted as is. Not only my student was jumping but I found myself flattered too! A week later, another email reached my mailbox - a rejection from a journal and the reason was that the article we (my another post graduate student) sent was not in line with the scope of the journal. I sent her a message about the rejection, without knowing that it was her birthday that day! Not a good time to share that kind of news I guess! I calmed her down and convinced her that rejection is normal! Even a professor had once told me that his paper had been rejected many times - even after he got his professorship! So do not worry much of the rejection when you write. However, there is certain accepted format that should be followed when you want to send your article to journals out there. Check this out:
0 Comments

ERA indexed journals 

3/22/2016

0 Comments

 
Salam

I am sure many of you are in the midst of publishing your own articles. Articles can be in a conceptual paper form, or can be an empirical research paper. Here is the list of journals indexed under Excellence in research for Australia (ERA) for your references: 
0 Comments
    Picture

    Archives

    January 2023
    December 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    August 2021
    April 2021
    March 2021
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    November 2019
    May 2019
    January 2019
    December 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    August 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016

    Do your search here:

    Categories

    All
    Action Research
    Activity Theory
    Alumni
    Basic Of Research
    BItara Pengajaran
    Campus Life
    Case Study
    Checklist
    Community Of Practice
    Conceptual Framework
    Conference
    Convocation
    DDR
    Discourse
    Epistemology
    EPRD
    Innovation
    Journal Titles
    Jurnal Titles
    Keynote
    Meeting
    Notes
    Nvivo
    ODL
    PhD
    Pitching
    Progress
    Publication
    Qualitative
    Quantitative
    Questionnaire
    Reminder
    Research Process
    Robing
    Self-branding
    SoTL
    SPSS
    Statistics
    Student Testimonials
    Success Recipe
    Supervisee
    Supervision
    Tahniah
    Tesis
    Ucaptama
    Visibility
    Viva
    Workshop
    Writing Articles

    RSS Feed

    Website Stats

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks