Lantaran kekangan masa dan jarak, talian maya digunakan untuk bertemu dengan para pelajar di bawah penyeliaan bagi tujuan pengisian laporan kemajuan calon. Saya cuma mencuri 15 minit daripada masa mereka namun agak menyeronokkan juga apabila dapat bertemu mata dengan anak-anak seliaan satu-persatu! Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menambah level of stress yang sedia ada, tetapi lebih kepada follow up terhadap perkembangan masing-masing. Meskipun tidak dinafikan ramai yang tekal berhubung dan melaporkan perkembangan penyelidikan kepada saya, namun ada juga sebilangan yang mungkin terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga banyak kali pertemuan yang sepatutnya diadakan tertangguh dari masa ke semasa. Apapun saya mendoakan semua pelajar saya sentiasa di dalam momentum dan semangat. Memang perjalanan dalam dunia pasca siswazah khususnya PhD bukanlah satu perjalanan yang enak dan menggebu-gebu, justeru ujian dan tribulasi sentiasa menanti di kiri kanan. Tugas seorang penyelia pula bukanlah untuk memberitahu atau mengarahkan pelajar melakukan ini dan itu, tetapi sebaliknya melakar jalan yang boleh diterokai. Scaffolding perlu berlaku dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencari dan mengenalpasti apa yang hendak dikaji dan lebih penting kenapa ia perlu dikaji. Namun itu tidak bermakna seorang penyelia harus lepas tangan dan membiarkan anak-anaknya berkeliaran tanap arah tuju. Jika ternampak bayang-bayang pelajar akan kesesatan, penyelia wajib membantu mencari 'bearing' yang sesuai untuk memastikan calon terus berada di landasan yang benar. ** Tiada dalam gambar - IZZAT. Sorry Izzat terlupa nak printscreen sebab orang pertama :)
0 Comments
3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua.
Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal. Allahul Musta'an .. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |