Lantaran kekangan masa dan jarak, talian maya digunakan untuk bertemu dengan para pelajar di bawah penyeliaan bagi tujuan pengisian laporan kemajuan calon. Saya cuma mencuri 15 minit daripada masa mereka namun agak menyeronokkan juga apabila dapat bertemu mata dengan anak-anak seliaan satu-persatu! Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menambah level of stress yang sedia ada, tetapi lebih kepada follow up terhadap perkembangan masing-masing. Meskipun tidak dinafikan ramai yang tekal berhubung dan melaporkan perkembangan penyelidikan kepada saya, namun ada juga sebilangan yang mungkin terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga banyak kali pertemuan yang sepatutnya diadakan tertangguh dari masa ke semasa. Apapun saya mendoakan semua pelajar saya sentiasa di dalam momentum dan semangat. Memang perjalanan dalam dunia pasca siswazah khususnya PhD bukanlah satu perjalanan yang enak dan menggebu-gebu, justeru ujian dan tribulasi sentiasa menanti di kiri kanan. Tugas seorang penyelia pula bukanlah untuk memberitahu atau mengarahkan pelajar melakukan ini dan itu, tetapi sebaliknya melakar jalan yang boleh diterokai. Scaffolding perlu berlaku dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencari dan mengenalpasti apa yang hendak dikaji dan lebih penting kenapa ia perlu dikaji. Namun itu tidak bermakna seorang penyelia harus lepas tangan dan membiarkan anak-anaknya berkeliaran tanap arah tuju. Jika ternampak bayang-bayang pelajar akan kesesatan, penyelia wajib membantu mencari 'bearing' yang sesuai untuk memastikan calon terus berada di landasan yang benar. ** Tiada dalam gambar - IZZAT. Sorry Izzat terlupa nak printscreen sebab orang pertama :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|