Agak lama tempoh menunggu namun penantian itu bukanlah satu penyiksaan kerana apa yang menanti di seberang sana adalah satu impian yang bakal menjadi nyata. Pelajar Doktor Pendidikan Tinggi saya - Pn Hafizhah Suzana pada hari ini telah lulus vivanya, alhamdulillah thummal hamdulillah .. apa lagi yang diharapkan? Pembetulan itu banyak atau sedikit, merupakan lumrah dalam urusan viva. Tahniah Pn Zana! Semoga kejayaan pada hari ini menjadi nadi penggerak kepada semua pelajar-pelajar PhD dan EdD yang lain. Memang tidak ada yang mudah dalam perjalanan ini kerana liku-liku yang harus diharungi tentulah menuntut nilai kelenturan, tabahjiwa serta ketekunan individu. Jangan dikeluhkan kepada kesukaran yang pernah dilalui, namun bersujud syukurlah kerana perjalanan yang panjang itu hanya tinggal sejengkal cuma. Teruskan momentum dan teruslah dengan usaha melengkapkan pembetulan ye :) Sekalung penghargaan buat semua pembaca luar - PM Azidah (USM), PM Habibah (UPM) serta penilai dalam Dr Aidah. Juga tidak dilupakan penyelia bersama Prof Supyan :) #anotherviva #anothergraduate
0 Comments
Alhamdulillah thummalahmdulillah. Pinangan diterima sudah agak sekian lama, malahan tarikh seminar turut tertunda beberapa kali di atas faktor di luar kawalan. Namun dengan rahmat-Nya, petang ini dapatlah juga bersama-sama menyantuni para penyelidik / pelajar-pelajar Sarjana dan PhD untuk membicarakan satu tajuk paling asas berkaitan penyelidikan iaitu Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan. Seminar dianjurkan Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan - terlalu dekat dengan diri saya pastinya. Lalu jemputan daripada anak-anak sebumbung tentulah sukar ditolak sementelah semenjak tidak lagi bertugas sebagai Ketua Program Phd, saya agak jarang berpeluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar siswazah di fakulti sendiri :) Kehadiran turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar siswazah dari institusi lain yang barangkali dalam proses menyiapkan proposal kajian masing-masing. Terima kasih di atas komitmen yang diberi selama sekitar 3 jam bersiaran. Saya paling gemar apabila seminar begini diselang seli dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan diutarakan .. mudah-mudahan sedikit penerangan sederhana yang diberikan mampu memberi pencerahan kepada yang bertanya serta audiens yang lain. Terima kasih semua yang tidak menjadi 'pendengar bisu' sebaliknya mengambil peluang yang ada untuk mengutarakan persoalan. Syabas. Kenapa penyediaan kertas cadangan penyelidikan penting untuk dititikberatkan? Mungkin ada sebahagian penyelidik yang berfikir bahawa "Ah .. namapun proposal takkan nak tulis beriya.." atau ".. nanti bukan semua yang ditulis nak diikut ..". Pemikiran sebegini seharusnya dielakkan ye anak-anak. Anda harus percaya bahawa proposal yang lengkap, terancang dan jelas hala tujunya akan banyak memberi kebaikan kepada penyelidik sendiri. Paling penting, dengan adanya proposal yang baik, anda juga akan mampu menonjolkan jangkaan dapatan kajian dan seterusnya bagaimana dapatan ini akan menjadi sumbangan utama anda terhadap bidang kajian anda. Penghasilan proposal kajian yang baik turut menuntut setiap penyelidik untuk mempersiapsiaga diri masing-masing dengan beberapa aspek - pengetahuan dan bidang kajian, selok-belok dalam metodologi penyelidikan, malah tidak ketinggalan kemahiran berfikir secara kritikal serta kemmahiran berkomunikasi. Terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan di bawah satu tajuk yang umum sebegini namun masa tentu sekali tidak mengizinkan. Mudah-mudahan sesi ringkas petang tadi memberi sedikit bekal berguna buat semua. Adios!
Momen ini sesuatu yang seringkali memberi nafas sentimental kepada diri seorang penyelia apabila meraikan kejayaan anak-anak supervisee saban tahun. Alhamdulillah .. dua pelajar PhD dan seorang Doktor Pendidikan Tinggi saya dilahirkan untuk tahun 2021 ini. Sekalung tahniah - Dr Intan Farahana, Dr Ikram dan Dr Marini!!! Seperti yang kelihatan di dalam foto paling atas, ada empat PhDs bersama saya - tambahan seorang lagi adalah Dr Hairul yang sebenarnya telahpun bergraduat tahun yang lepas namun tetap hadir untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yang lain dan tentunya untuk ebrgambar bersama-sama :) Thanks Dr Hairul! Ayuh anak-anak yang lain - inshaAllah tahun hadapan kita akan meraikan Izzat, Zali, Syaida, Suzana dan beberapa yang lain inshaAllah ..! Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika segalanya didasari oleh kemahuan dan usaha. Selebihnya, doa juga menjadi senjata. Anak-anak - jagalah hubungan baik sesama manusia - all the significant others di sekelilingmu ada saham tersendiri yang bisa membantu kejayaan kita semua. Saya tidak mahu mengingatkan tentang hubungan dengan Yang Maha Khalik, kerana itu tentu sekali kewajipan utama setiap individu. Apapun didoakan semua berada di dalam Rahman dan Rahim-Nya selalu .. barakumullah jami'a .. inshaAllah Gambateh semua!!! xoxo Dr. F Alhamdulillah setelah sekian musim sidang viva terpaksa dijalankan secara dalam talian, akhirnya berkesempatan juga untuk menyaksikan seorang lagi anak PhD saya melalui sesi viva secara bersemuka.
Agak janggal setelah sekian lama berlakunya penyesuaian diri dengan viva dalam talian. Syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Izzat melalui sesi ini meskipun memerlukan pembetulan dilakukan. Pembetulan itu satu adat dalam dunia akademia, sepak terajang dalam pengajian PhD lalu apa yang hendak dihairankan dengan adanya pembetulan? Sekalung ucapan terima kasih buat kedua-dua pemeriksa tesis - pemeriksa luar dan dalam yang begitu berdedikasi serta cermat dalam memperihalkan isu serta perkara yang perlu ditambahbaik. Tentulah setiap yang dicadangkan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan anggap ia satu proses pembelajaran. For those who are still waiting for your viva, what can you do before the date comes? When I was in your position, I studied all possible questions and listed all the answers and justification (together with the page in my thesis that is related to my answers). Believe it or not - during my viva, I wasn't looking at my thesis at all. All I had was the sheets of paper in my hand with all the questions and answers and went through the process with a smooth sailing, alhamdulillah. I was given 3 months to do the correction but all I need was only five days to complete all the amendments. Thanks to my beloved supervisors - Gordon Joyes & Linda Ellison who had given me endless support and strength! Back to the entry - congratulations Dr Izzat for coming thus far! Your svs - Dr Mistima and I are super proud of you! Note: Izzat antara yang paling banyak publications dan memenangi pelbagai pingat dalam pertandingan inovasi! Bravo! Anak-anak PhD lain yang belum sampai ke tahap viva jangan risau ye. Seringkali saya ingatkan bahawa PhD ini bukanlah satu competition dengan orang lain sebaliknya kita perlu bersaing dengan diri sendiri yang merupakan musuh senyap yang boleh menghancurkan jika tidak dilawan. Procrastination akan menjadi temanmu yang paling rapat jika dibiarkan. Saya juga pernah menulis tentang isu ini and how to combat procrastination. Selamat maju jaya semua! xoxo Dr. F *Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: ENTRI 1 Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM) ENTRI 2 Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye. ENTRI 3 Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM) 2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi. 3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. 4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. 5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid. 6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah. 7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik). 8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu. 9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis. 11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan. 12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: PENTADBIR eRAS UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, ARAS 1-4, BLOK E8, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Tel : 03-8884 6591 Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :). Hati itukan milik kita yang bergelar manusia. Lalu dari hati juga akan terbitnya pelbagai rasa dan interpretasi serta konsepsi. Dalam soal cintan, kata orang dari mata turun ke hati. Sebab itu, bahaya jika kita bermain mata .. silap-silap terpaut pula .. eh ke situ pulak :D
Ok berbalik kepada tajuk saya petang ini. Sebagai seorang penyelidik yang akan menggubah hasil karya penyelidikannya dalam bentuk penulisan (tesis atau disertasi) tentulah anda perlu bijak bukan sahaja dalam mengenalpasti penyataan masalah yang jitu, persoalan kajian dan hipotesis yang munasabah serta 'measurable', corak pengendalian dapatan serta susunan data juga memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi interpretasi pembaca terhadap keseluruhan kualiti penyelidikan yang dijalankan. Tidak dilupakan, aspek paling penting yang saya biasanya akan nilai sewaktu membaca tesis penyelidikan tentulah bab 5 atau dapatan saudara-saudari. Bab 5 ini merupakan bab anda ye. Di sinilah peluang anda menonjolkan keabsahan serta relevannya penyelidikan yang anda telah jalankan. Namun kebanyakan penyelidik kurang memberi penekanan terhadap bab 5 sehingga ada yang hanya menulis sekadar 'mengulang' semula dapatan dalam bab 4. Itu adalah satu kelemahan yang ketara. Apa yang harus anda tonjolkan di dalam bab perbincangan ini? Ini adalah soalan yang agak tricky namun jika anda faham konsep 'keselarian idea' dalam keseluruhan bab, atau dengan erti kata lain, jika anda bijak menggabungjalinkan perbincangan dapatan anda dengan aspek yang anda tonjolkan dalam penyataan masalah, maka anda mungkin dapat memancing hati pembaca. Apakah isu sebenar yang anda tulis di dalam penyataan masalah? Bagaimanakah anda hendak 'adress' kepada masalah tersebut dan bagaimanakah dapatan kajian anda akhirnya dapat dikaitkan semula dengan isu dalam penyataan masalah akan menunjukkan keselarian idea. Jangan lupa, berikan penekanan terhadap kenapa anda menggunakan teori atau model tertentu dalam kajian dan bagaimana penggunaan teori atau model itu telah membantu anda mendapatkan jawapan atau dapatan? Ini juga penting untuk anda fikir dan jelmakan dalam penulisan di bab perbincangan. Hati pembaca ini berpancawarna dan emosi naik turun akan cepat mempengaruhi keputusan penilaian. Penulisan yang bersistematik, konsisten serta sifar ralat (ejaan, formating dll) tentu akan menyejukkan hati pembaca. Pemilihan gaya bahasa juga memainkan peranan penting dalam memberi mood pembacaan yang 'mengenyangkan'. Jadi, hal-hal kecil dan teknikal seharusnya diberesi terlebih awal sebelum anda ready untuk menghantar tesis untuk pembacaan ye. Semoga coretan ringkas ini bisa mendendangkan sedikit halwa buat semua penyelidik di luar sana khususnya yang sedang berkira-kira untuk menghantar tesis yang lengkap .. yeay .. it is just one more step to go! Nota: Gambar di atas baru dirakam petang ini kala saya sedang melengkapkan laporan untuk sebuah tesis yang saya baca. Tesisnya bagus dan memberi mood yang positif buat pembacanya sehinggakan saya merasakan hati saya bagai telah dicuri.. bravo! Alhamdulillah, meski sering diburu waktu di sepanjang hari-hari bekerja, namun masa luang di hujung minggu masih boleh dimanfaatkan. Setelah sekian lama berjanji dengan anak-anak penyeliaan saya untuk pengajian Sarjana Sumber & Teknologi Maklumat, akhirnya syukur kerana diberi ruang dan masa untuk bertemu dan berbincang. Ada di antaranya yang menyuarakan rasa gentar kerana pertama kali perlu membentangkan proposal penyelidikan. Namun saya sanggah perasaan itu dengan kata-kata semangat bahawa setiap orang bermula dengan 'zero' juga. Lalu tiada apa yang perlu digentarkan kerana ini adalah sebahagian daripada proses awal sebelum masing-masing menghadapi viva voce yang real dan tentunya ada cabaran tersendiri :D Sememangnya bilangan pelajar untuk modul Sumber & Teknologi Maklumat tidaklah begitu ramai. Saya kira kemungkinan faktor berlakunya begini kerana wujud kekeliruan ramai calon tentang nama dan intipati modul ini sendiri. Sumber? Teknologi Maklumat? Sebenarnya nama modul ini sedemikian kerana ada sejarahnya yang tersendiri dan saya tidak berminat untuk mengupas isu itu di sini. Namun, satu mesej yang jelas yang hendak saya tekankan di sini adalah hakikat bahawa modul Sumber & Teknologi Maklumat ini sebenarnya didasari oleh nic atau bidang utama iaitu Teknologi Pendidikan. Jadi kepada calon-calon di luar sana, janganlah keliru dan tampillah mendaftar ke program ini kerana di Fakulti Pendidikan UKM ini berkumpulnya pakar-pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan :D Ok .. berbalik kepada posting ini. Syazwan, Musfirah, Irfan dan Aisyah adalah nama-nama pelajar saya. Masing-masing menyelidik tajuk yang berbeza. Sememangnya saya gemar memberikan keluwesan kepada para pelajar untuk meneroka tajuk-tajuk yang diversed sifatnya (tetapi masih dalam lingkungan bidang). Syazwan, misalnya sedang meneliti potensi Design Thinking dalam pelaksanaan P&P bagi subjek teknikal. Musfirah pula begitu berminat mengkaji kemahiran dan pengintegrasian Pemikiran Komputasional dalam kalangan guru yang mengajar subjek teras di sekolah. Irfan, bermodalkan program Terbuka & Jarak Jauh, akan meninjau beberapa aspek berkaitan aktiviti pembelajaran dari kerangka Activity Theory serta Distance Transactional Theory. Aisyah pula, sesuai dengan peranannya sebagai guru data akan menghasilkan satu modul kemahiran perisian untuk pengendalian Big Data. Didoakan semua kekal dalam momentum dan semangat yang jitu untuk meneruskan penulisan bab-bab dalam tesis masing-masing ye. *Tiada dalam gambar: Farhana & Fadhli Cuti Awal Muharam.
Masa yang ada saya manfaatkan untuk perjumpaan ringkas bersama pelajar-pelajar PhD di bawah penyeliaan saya. Alhamdulillah melalui perjumpaan singkat ini saya mendengar kisah kemajuan mereka dalam pelaksanaan penyelidikan. Malah ada yang mengambil ruang ini untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersarang di kepala masing-masing. Tugas-tugas penyeliaan kini terpaksa saya bawa ke hari cuti dan hujung minggu lantaran jadual harian sentiasa penuh dengan pelbagai agenda besar kecil. Namun, ini satu kepuasan kerana tanpa pertemuan dan perbincangan mata ke mata sukar untuk memberikan maklum balas yang sepenuhnya. Kepada semua pelajar yang dikasihi, teruskan usaha anda walau di peringkat masa anda berada. Kepada mereka yang telah hampir selesai ke penghujung, jangan hilang momentum, teruskan sisa-sisa perjuangan yang tinggal berbaki itu. Sedikit sahaja lagi! Kepada yang baru mengayuh, tetapkan destinasi anda .. perbanyakkan membaca, membaca dan membaca. Kenalpasti hala tuju kajian dan jangan terlalu cepat membuat andaian itu ini. Saya yakin dengan usaha tekal dan semangat jitu, perjalanan ini akan dipermudahkan insha-Allah. Salam Maal Hijrah. #supervision #phd Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!
Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. So peeps, get ready with this one. See you there! Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :) |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |