![]() Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. ![]() Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|