Alhamdulillah - another master's student passed his viva voce with minor corrections (three months). Congratulations, Irfan! His research was about understanding students' interaction in Open and distance Learning from the perspective of Activity Theory (Engestrom 1999).
0 Comments
Ruang itu perlu dicipta dan dicari. Jika tidak sampai bila-bila sukar untuk kita berjumpa. Kebetulan pula di minggu-minggu kebelakangan ini pengutipan data kajian sedang rancak dilaksanakan, lalu berkesempatan mencipta ruang untuk supervision bersama Irfan dan Haliq - dua pelajar Sarjana saya yang merupakan pelajar tajaan HLP.
Tidak ada laluan yang mudah untuk berjaya. Apatah lagi dengan status sebagai pelajar sarjana, maka dalam kebanyakan masa, penyelia tentulah menjangkakan pelajar-pelajarnya untuk mempamerkan kapasiti sebagai self-regulated learners. Pembacaan demi pembacaan adalah modal paling penting dalam memperdalami setiap topik kajian. Kemahiran untuk meneroka kajian lepas serta kepentingan kajian yang sedang dilaksanakan juga tidak kurang penting dalam memandu seseorang penyelidik dalam melaksanakan kajian mereka. Seronok apabila keduanya terlibat secara langsung dengan kajian saya berkaitan ODL. Banyak perkara yang kami pelajari bersama. Selamat maju jaya Irfan & Haliq! Mereka semua adalah anak2 di bawah penyeliaan saya - Hairul (Dr), Ikram (Dr), Izzat dan Fadhli (inshaAllah kedua-duanya juga bakal Dr). Saya mengumpulkan mereka untuk mendapatkan maklum balas tentang perancangan saya untuk membangunkan reka bentuk program ODL untuk program PhD dan Sarjana Penyelidikan.
Alhamdulillah, sememangnya pengalaman yang mereka lalui sebagai pelajar PhD yang telah mengharungi banyak isu serta penyelesaian yang bersifat individual banyak memberikan input berguna kepada saya. Terima kasih semua di atas sumbangan idea yang begitu konstruktif. Sudah tentu, perspektif emik (emic perspective) merupakan pendekatan paling ideal dalam usaha memahami keperluan sebenar calon-caon PhD. Hal ini kerana, kacamata penyelia mungkin sedikit berbeza jika dibandingkan dengan keperluan hakiki calon itu sendiri. Doakan usaha kecil ini dapat dibangunkan sedikit masa lagi. * Menunggu masa untuk meraikan beberapa anak PhD yang bakal menaiki pentas konvokesyen pada November ini .. tazzabarr! :D #odlukm #phd #supervisee |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |