Ruang itu perlu dicipta dan dicari. Jika tidak sampai bila-bila sukar untuk kita berjumpa. Kebetulan pula di minggu-minggu kebelakangan ini pengutipan data kajian sedang rancak dilaksanakan, lalu berkesempatan mencipta ruang untuk supervision bersama Irfan dan Haliq - dua pelajar Sarjana saya yang merupakan pelajar tajaan HLP.
Tidak ada laluan yang mudah untuk berjaya. Apatah lagi dengan status sebagai pelajar sarjana, maka dalam kebanyakan masa, penyelia tentulah menjangkakan pelajar-pelajarnya untuk mempamerkan kapasiti sebagai self-regulated learners. Pembacaan demi pembacaan adalah modal paling penting dalam memperdalami setiap topik kajian. Kemahiran untuk meneroka kajian lepas serta kepentingan kajian yang sedang dilaksanakan juga tidak kurang penting dalam memandu seseorang penyelidik dalam melaksanakan kajian mereka. Seronok apabila keduanya terlibat secara langsung dengan kajian saya berkaitan ODL. Banyak perkara yang kami pelajari bersama. Selamat maju jaya Irfan & Haliq!
1 Comment
Halique Al Nasir
8/28/2022 01:01:22 am
Thanks Dr sebab sudi luangkan masa jumpa kami.Saja nak jadi orang pertama yang komen..hehe..Doakan saya cekal dan tabah ya..sebulan lagi nk anta DP..Harap sempatlah ye. =)
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |