Musim konvo telah berlalu. Sekali lagi saya menyaksikan wajah-wajah ceria pelajar berjubah oren memenuhi DECTAR. Acara tahunan ini tidak pernah saya abaikan. Setiap tahun saya pastikan untuk hadir demi meraikan semua graduan. DI sini jugalah saban tahun kami, rakan-rakan sefakulti akan berkumpul dan bergambar kenangan kala menyarung jubah masing-masing. Mungkin ini dianggap saat paling 'glamorous' bagi mereka dalam profession seperti kami hahahaha. Tahniah buat semua pelajar sama ada yang pernah mengikut kuliah bersama saya atau tidak. Semoga kejayaan ini menjadi satu pemangkin dalam meneruskan laluan untuk diterokai dalam kehidupan di luar sana. Ucapan tahniah teristimewa buat Najwa, supervisee saya dari program master eksekutif yang sudi datang mencari saya di fakulti. Najwa, semoga terus dengan semangat untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD pula. Terima kasih juga atas ole-ole ingatan :)
2 Comments
Pekasam jika dijeruk lama, rasanya lebih sedap. Begitu juga dengan budu atau kimchi. Jadi, jangan marahkan saya kerana menjeruk coretan ini sekian lama :P Duh, masa sememangnya kejam. Atau itu salah saya yang tidak tahu mencari ruang? Apapun, niat untuk mencoret perlu diteruskan! Tahun ini, acara konvokesyen dilangsungkan lebih lewat dari biasa. Jika tahun-tahun sebelum ini musim konvo jatuh pada bulan Oktober, tahun 2018 menyaksikan perubahan di mana agenda diganjakkan ke bulan November. Namun demikian, kemeriahan acara konvo tetap meriah dan memutikkan adrenaline gembira! Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan tahniah buat semua pelajar khususnya pelajar-pelajar sarjana di bawah penyeliaan saya: Shahfiezul, Lee, Nadhirah dan Farhana serta pelajar prasiswazah - Hazeem dan Ezyan. Tidak dilupakan semua pelajar yang pernah berada di kelas kendalian saya baik di peringkat pra sis mahupun sarjana! Berakhirnya sebuah perjuangan tidak bermakna ternoktahnya perjalanan, sebaliknya itulah permulaan sebenar.
Selang beberapa hari selepas acara konvokesyen, saya bertembung dengan satu pasangan - kedua-duanya bekas pelajar fakulti yang kini telah memiliki seorang cahaya mata yang comel. Lewat perbualan yang agak panjang itu, saya mendapat tahu yang si suami menjual buah-buahan di pasar manakala si isteri menjaga bayi sebagai sumber pendapatan. Inilah semangat perjuangan dalam sebuah kehidupan. Saya kagum melihat betapa gigih pasangan ini membina kehidupan tambahan pula dengan kehadiran seorang putera, pasti keperluan perbelanjaan lebih dirasakan. Namun riak muka mereka begitu tenang, malah meyakinkan bahawa rezeki itu di mana-mana pasti ada - yang penting adalah usaha dan doa pastinya. Saya juga pasti masih ramai yang senasib dengan pasangan ini - masih mencari ruang untuk membina kehidupan yang lebih selesa. Sementelah, tiada lagi jaminan untuk dihantar bertugas tetap di sekolah, kehidupan pasca konvokesyen boleh menjadi satu mimpi ngeri jika sekiranya anda, anda, anda dan anda menjumudkan diri di satu titik. Ayuh, anak2 didikku - di tangan andalah keajaiban akan bermula. Jangan terlalu taksub dengan impian bergelar guru, meski itulah cita-cita utamamu. Dalam keadaan yang penuh ketidakpastian seperti sekarang, kalian harus berani mencari 'lubuk' tesendiri. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja buat semua. Doakan juga kami di fakulti terus dalam limpah dan rahmat Ilahi, dapat terus berbakti dan memberi makna dalam kehidupan pelajar-pelajar kami. Selamat menyelak halaman kehidupan yang sebenar. Di kiri kanan, pasti kan kau temui makna terluka dan tercalar. Namun di hujung-hujungnya kelak pasti kau temui ramuan mujarab untuk menampal luka dan hiba. Salam sayang, Dr. F Alhamdulillah thummalahmdulillah. Itulah sebaik-baik ucapan utuk hari penuh bersejarah ini. Sekalung tahniah buat pelajar Sarjana saya Mohd Shahfiezul Shahaimi yang telah lulus peperiksaan lisan (viva) dengan pembetulan minor! Sememangnnya perjalanan itu agak panjang - terlalu banyak tribulasi yang mendatang, lepas satu, satu. Namun ujian itu daripadaNya jua untuk menguji ketabahan serta ketekalan hati hamba-Nya. Janji Allah tidak pernah sia-sia, kerana di sebalik jerih perih satu kembara berliku itu sudah dijanjikan sinar bahagia di hujung laluan. Refleksi saya: Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Paling utama, usaha tidak boleh putus, doa biar terus menerus. Sekalung penghargaan buat sahabat pembaca Dr Mohd Khalid serta Prof Lilia (Pengerusi Viva), Dr Haryanti (Wakil Ketua Jabatan) serta En Jamal (wakil dekan) di atas setiap cadangan penambahbaikan. Banyak juga yang saya pelajari daripada perbincangan serta cadangan yang diberikan. Kita memang tidak pernah sempurna, itulah hakikatnya. Sebagai penyelia, hati turut berbunga bilamana pengerusi mengakui bahawa tahap penyelidikan yang dijalankan adalah bersifat komprehensif, merangkumi tiga perspektif utama yang menjadikan penyelidikan tersebut memberi sumbangan kepada body of literature. Buat semua pelajar saya yang masih menunggu, serta pelajar-pelajar lain juga, kemanisan setelah melepasi garis penamat sememangnya tidak dapat digambarkan, sehinggalah anda merasainya sendiri. Di saat itu, biarpun airmata berjatuhan di pipi, semuanya kerana aura bahagia. InshaAllah, giliran anda akan tiba jua ^_____^ 31 Oktober 2017. Tarikh keramat bagi para graduan Sarjana dan Prasiswazah Fakulti Pendidikan yang menaiki pentas meraikan pengakhiran sebuah perjuangan mencari ilmu. Saban tahun, saya percaya para pensyarah yang menghadiri majlis ini pasti melalui rasa yang pelbagai - gembira, bangga, terharu malah. Apa tidaknya, melihat anak-anak didik mendaki tangga di hadapan mata merupakan satu pengalaman dan kepuasan yang tidak dapat diperigambarkan. Saya percaya juga, inilah sebenarnya kapsul semangat dan motivasi paling mujarab dalam kelangsungan profession seorang pendidik. Sekalung tahniah buat semua yang telah bergraduasi! Senyuman manis yang terukir di wajah anda semua cukup menggambarkan betapa indahnya pengalaman tersebut, di sebalik setiap jerih perih yang telah diharungi. Inilah hadiahnya! Dan anda bukan sahaja meraikan kejayaan ini bersama rakan-rakan yang duduk sebaris, malah ahli keluarga anda juga adalah kelompok yang paling gembira pastinya! Jangan dilupa juga barisan pensyarah di kerusi hadapan yang telah anda hadiahkan 'tunduk hormat' pada akhir sidang konvokesyen. Pengajaran: Kejayaan kita dalam hidup ini tidak dicapai secara mutlaknya kerana usaha kita semata-mata. Jangan dilupa doa yang sering dikirim ibu dan bapa tercinta dari kejauhan, malah berkat dalam menuntut ilmu serta keredhaan mereka yang mendidik juga tidak kurang signifikannya. Dan yang paling utama, setiap pencapaian kita tidak akan menjadi kenyataan tanpa rahmat dan kasih sayangNya. Lalu, jadilah manusia yang tahu bersyukur dengan setiap apa yang diterima. Mudah-mudahan segenap ruang dalam hidup kita akan sentiasa diiringi rahmat dan barakah. Semoga setiap ilmu yang dikumpul bisa dimanfaatkan oleh orang lain jua. Nota: Saya ingin merakamkan ucapan tahniah secara peribadi buat enam supervisees saya: Syaida, Rohaila, Firdaus dan Aimi serta Maryam dan NurSyamimi!! Ketemu lagi pada Konvokesyen 2018 - inshaAllah! ^____^ Masa yang mengekang menyebabkan niat ini lama tersimpan. Hanya hari ini berkesempatan membuat sedikit 'housekeeping' pada laman ini lalu teringat akan janji untuk berkongsi video Story Telling tempohari. Semoga ada manfaat :) A meaningful learning does not necessarily take place in formal conditions. In fact, we informally learn from others surrounding our world. In a community of practice, among the substances that help members in the community to grow emotionally and professionally is through story-telling. On that basis, I purposefully invited one of my master students who graduated in 2014 to come to our faculty and shared her story with my other post graduate students. The spirit was to share thoughts on what doing research is all about, what it takes to make it through and the utmost interesting part was what is the feeling like to have finished the research and graduated with flying colours. Ummu was an example of thousands of students who passed their masters study. But her story was unique and was described by some of my current students as inspirational indeed - especially when she had to check in to hotels to finish up the writing and left her newly born baby with her parents. Money was not an issue that time. Her determination and perseverance really made her to move on. It was feeling good every time I see my students getting together and exchange stories and ideas. As a researcher, we cannot think and work alone. Ideas has to be shared, solution has to be discussed, achievement has to be celebrated together. Well, my vision is to make them feel the sense of belonging to this community. My heartful thanks to everybody who attended this session, including our invited guest - Ummu. Fly high everyone! ^__^ Manusia sudah dilahirkan untuk hidup secara berkelompok dan bermasyarakat, justeru kehidupan bermsyarakat, tolong-menolong, kongsi berkongsi merupakan satu rahmat. Secara peribadi, say percaya akan kata-kata bahawa muafakat membawa berkat. Ilmu Allah nan luas, tidakkan mampu kita renangi sendiri. Pengalaman yang pelbagai tidakkan mampu kita kaut semuanya. Oleh kerana itulah, saya ingin membawa seseorang untuk berkongsi rasa dan pengalaman yang telah dilalui sepanjang tempoh sebagai pelajar sarjana.
Nantikan tarikh ini tiba, insyaAllah kita sama-sama berkongsi, because sharing is caring!! |
Archives
November 2019
Do your search here:Categories
All
|