3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua.
Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal. Allahul Musta'an ..
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|