*Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri-entri yang lepas berkaitan permohonan ini. Untuk baca entri terdahulu, klik link di bawah: ENTRI 1 Entri 1 memuatkan maklumat asal tentang permohonan namun maklumat ini perlu diabaikan kerana EPRD tidak lagi menggunakan pemrohonan secara manual (kecuali ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak urusetia di KPM) ENTRI 2 Entri 2 memuatkan maklumat tentang sistem ERAS yang mula digunakan untuk permohonan semenjak 2018. Jadi penyelidik semua, untuk permohonan silalah gunakan sistem ini ye. ENTRI 3 Entri 3 pula saya telah menrangkan contoh tentang cara-cara mengisi borang permohonan Ramai yang menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut tentang selok-belok permohonan dan tidak ketinggalan ada juga yang berkongsi masalah teknikal apabila menggunakan sistem tersebut. Untuk makluman, saya bukanlah pegawai KPM ya, perkongsian saya dalam entri-entri sebelum ini hanyalah sebagai end user kepada sistem tersebut. Jadi dalam hal-hal berkaitan teknikal dan sebagainya, seeloknya saudara dan saudari rujuklah kepada pegawai yang bertanggungjawab di KPM :) Entri pada hari ini lebih kepada perkongsian tambahan tentang syarat-syarat untuk membolehkan para penyelidik memohon utuk mendapatkan kebenaran daripada bahagain EPRD KPM. Berikut saya perturunkan syarat-syarat yang tertera sebelum penyelidik memohon di sistem untuk rujukan bersama: SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 1. Pengutipan data tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, dan SPM) 2. Penyelidikan tidak mengandungi unsur sensitif (seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isu perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan), khususnya item soal selidik, soalan protokol temu bual, dan kandungan modul intervensi. 3. Pengutipan data tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. 4. Pengutipan data tidak melibatkan pemerhatian oleh penyelidik serta rakaman video aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. 5. Pengutipan data tidak melibatkan pengambilan darah atau sebarang sampel fizikal daripada murid. 6. Pengutipan data melibatkan murid di luar waktu persekolahan, penggunaan aplikasi, permainan dan sebagainya perlu disertakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat sokongan daripada pentadbir sekolah. 7. Eksperimen, modul, permainan, aplikasi dan sebagainya perlu dilaksanakan oleh guru sekolah berkenaan (guru berperanan sebagai proksi penyelidik). 8. Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu. 9. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat permohonan akan DITOLAK. 10. Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis. 11. Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan. 12. Laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah berkulit keras berserta salinan softcopy (CD) berformat PDF. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: PENTADBIR eRAS UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN DASAR BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, ARAS 1-4, BLOK E8, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Tel : 03-8884 6591 Manakala di bawah pula adalah langkah-langkah yang perlu saudara-saudari lalui untuk mendapatkan kebenaran: Untuk panduan dan rujukan juga, saya compilekan semua Q&A yang berlaku di dalam entri-entri sebelum ini .. hope this will be helpful :).
1 Comment
Wah! This is something that I have never imagined to happen! Thanks to my super-duper multitasker sifu, Assoc. Prof. Dr. Faizah Idrus from Kulliyyah of Education IIUM for this exciting event!
Insha-Allah, all of us will bring our supervisees to present their research proposal or progress. Through this session, we will provide our constructive comments. I am super excited to see what we - all of us could learn from each other. Indeed, supervising students may not be easy as the skills are not obtained from reading books or articles. Most of us learn the skills through our own experience. I personally think that the way we were supervised had significantly contributed to our way of handling students! Learning from our own experience also taught us how to filter good and evil, or whether we should carry out the same approach or vice versa. Not to mention, apart from our Ph.D. years' experience with our beloved supervisors, we also learned a lot from our own students. Well, to err is human .. nobody is perfect, to begin with. But suppose you are willing to learn from your mistakes, open enough to listen to what your supervisees have to say. In that case, I am pretty sure that we can grow and develop our skills as supervisors wonderfully. So peeps, get ready with this one. See you there! Alhamdulillah, another viva voce done for my PhD student. Congratulations, Ikram for passing your viva! My highest gratitude to all examiners - external and internal who had done thorough reading and engaged us in a fruitful and insightful discussion just now. So Ikram, it is time for you to focus on the corrections. Time is really a constraint. Till then, all the best! Sebagai kenangan, gambar semasa mock viva beberapa hari sebelum viva sebenar: Bersama pelajar PhD saya Farhana selama hampir 2 jam di talian Zoom. Beliau sebenarnya pelajar berpotensi besar dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya. Namun kerana komitmen terhadap kerja agak menyekat aktiviti penyelidikan. Namun alhamdulillah, dalam pertemuan tersebut saya banyak berkongsi tentang strategi bagaimana untuk move on dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan procrastination! Turut dibincang secara panjang lebar juga adalah bagaiamana pentingnya untuk memetakan dapatan akhir dengna penyataan masalah yang dikemukakan di bab 1. Semoga Farhana terus dalam momentum dan akhirnya dapat mencapai timeline yang digagaskan dengan jaya. Chayukkk Fana!! Alhamdulillah setelah beberapa kali tarikh ditunda kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan, bengkel ini berjaya juga dilaksanakan bersama Dr Effendi @ Ewan. Ini sebahagian daripada perancangan semasa saya masih sebagai Ketua Program PhD. Bengkel ini sememangnya dikhaskan kepada pelajar-pelajar PhD Eksekutif Fakulti Pendidikan. Namun saya menyediakan rakaman bengkel ini untuk manfaat bersama: Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Effendi di atsa kesudian beliau berkongsi ilmu, semoga Allah juga yang membalasnya :) bengkel ini diharap dapat memberi manfaat kepada juga buat semua pelajar .. san saya mendoakan agar semua akan dapat menyelesaikan penyelidikan mengikut apa yang dirancang :)
xoxo Dr. F 3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua.
Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal. Allahul Musta'an .. Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :) Sebagai sebahagian daripada usaha membantu para pelajar PhD untuk melepasi syarat bergraduasi dari sudut penerbitan, pihak Jurnal Pendidikan Malaysia (MJE) telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan keluaran khas yang memuatkan 20 artikel hasil penulisan para pelajar Doktor Falsafah. Saya bersama PM Dr Hamidah telah dilantik sebagai Guest Editor yang bertanggungjawab memastikan proses penulisan jurnal berjalan lancar sehingga selesai penerbitan.
Banyak input berguna yang diperolehi daripada bengkel yang turut dihadiri oleh Ketua Editor MJE, Prof Kamisah ini. Pelajar berpeluang melihat elemen-elemen penilaian jurnal serta senarai semak yang dikongsi boleh digunakan untuk membuat pra-penilaian terhadap artikel sendiri. Kemahiran penulisan ini sesungguhnya bukan satu proses yang boleh dikuasai dalam masa sehari dua tetapi memerlukan proses yang panjang. Saya sendiri mengambil kesempatan ini untuk menambah kefahaman dan ilmu dalam penghasilan artikel yang baik. Syabas semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersikap positif di sepanjang proses ini. Semoga usaha ini membuahkan hasilnya Disember nanti InshaAllah. Minggu ini menyaksikan segerombolan lagi pelajar baharu datang ke fakulti samada di peringkat pengajian masters mahupun PhD. Di mata masing-masing terpancar seribu harapan, azam yang menggunung dan tidak kurang juga teruja dengan cabaran yang menanti di hadapan sana! Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang buat semua ke FPend tercinta. Maka secara rasminya, kaki anda sudah menaiki kapal yang bakal berlayar menuju destinasi tersendiri. Semakin lama anda belayar semakin banyak pula gelombang uji yang menanti di kiri kanan. Pulau destinasi masih jauh dari pandangan, tetapi bagi mereka yang konsisten mengayuh, pasti lambat-laun anda akan dapat mendapat rentak bagaimana mengemudi kapal untuk membelah samudera yang maha luas. Bagi yang masih ragu-ragu dengan ombak membadai, pasti agak lambat meninggalkan pelabuhan. Mungkin kata hati mereka - 'kita tengok kapal lain dahulu .. bagaimana laluan yang mereka ambil. Apa tips untuk menghunjam ombak ganas di hadapan. Namun percayalah, laluan setiap pelayar tidak akan sama! Begitu banyak faktor yang akan mempengaruhi perjalanan pelayaran anda!
Percaya atau tidak, penyelia anda memainkan peranan yang besar dalam kejayaan seseorang. Malah, rakan-rakan di sekeliling turut menyumbang kepada jatuh bangun individu. Namun, tanpa faktor yang satu ini, meskipun anda direzekikan untuk mendapat penyelia yang sangat membantu, rakan-rakan yang sangat mendokong antara satu sama lain, tanpa kehendak diri, anda tidak akan ke mana-mana. Justeru, semangat, keyakinan serta tekad dan azam untuk melepasi setiap tangga ujian yang menanti merupakan ramuan paling utama jika anda ingin berjaya melepasi tempoh pembelajaran ini. Kehidupan dalam tahun-tahun menjalani kembara PhD adalah satu lorong masa yang sangat sunyi. PhD is a lonely journey. Bukan sekali saya mendengar ujaran ini. Malah, pengalaman sendiri turut menyaksikan kebenaran itu. Meski di kiri kanan wujud sahabat handai yang menemani perjalanan itu, akhirnya ia kembali kepada diri sendiri juga. Tanpa semangat untuk menulis secara tekal setiap hari, tesis anda tidak akan berganjak halamannya. Tanpa inisiatif sendiri untuk memperdalami kemahiran menganalisis data misalnya, data berlambak tidak akan tersusun dengan sendiri untuk memberi makna kepada dapatan kajian. Tanpa disiplin diri untuk mencabar diri mencapai satu-satu tahap dalam perbatuan kerja, maka jadual yang indah tersusun tidak akan bermakna juga pada akhirnya. Sakit. Memang sakit. Kadangkala otak kita bisa menjadikan kita 'kegilaan'. (Bukan gila ye). Kata orang PhD means Permanent Head Damage. Itu lelucon biasa dalam pengajian PhD. Kita ketawa seketika sebagai mengubat rawan dan duka. Malah di waktu pengajian PhD, personaliti kita kadangkala berubah 180 darjah. Yang peramah bisa jadi bisu. Yang murah senyuman bisa berwajah zombie. Kita kadangkala mungkin akan berbicara sendiri sewaktu memandu kereta. Atau di kala mata baru hendak terlelap, jangan terperanjat jika tiba-tiba otak 'bangun' lalu ligat mencetus idea sana-sini. Lalu kita akan bingkas menuju komputer untuk mencatuk-catuk seketika. Kemudian scroll up, scroll down .. tiba-tiba idea tadi hilang semula! Itu biasa. Dan itu sememangnya menyeksakan! Malah itu memang asam garam dalam hari-hari PhD kita yang panjang! Jadi bagi mereka yang baharu mendaftar, bersedialah secara mental akan perubahan dan kegilaan yang bakal anda lalui beberapa tahun ini. Tetapi, jangan risau, meskipun ini kelihatan 'gila' namun ia adalah sesuatu yang normal! Jadi jika suatu masa nanti anda melalui simptom-simptom sebegini, tepuklah belakang sendiri kerana itu bermakna anda benar-benar menyelami kehidupan pelajar PhD! Sehingga para ini, saya kira anda memikirkan yang saya cuba menakut-nakutkan anda dengan kisah kegilaan? Bukan itu maksud utama saya. Beberapa pelajar yang bukan berada di bawah penyeliaan saya pernah datang ke bilik untuk bersembang secara santai serta mengharapkan tips untuk kekal dalam momentum, teguh dan cekal jiwa raga, serta mampu menyempurnakan penulisan tesis mereka sehingga ke akhirnya. Hmm .. rasanya tidak pernah saya menulis secara harfiah begini tentang pengalaman saya semasa melalui proses pengajian PhD, meskipun secara lisannya saya pernah berkongsi dengan para pelajar saya tentang pahit maung saya semasa bergelar pelajar PhD di University of Nottingham. Penyelia utama saya bernama Gordon Joyes manakala penyelia kedua pula bernama Linda Ellison. Kedua-duanya berbangsa Inggeris, berambut perang, serta memilik sepasang mata berwarna biru yang mempesona! Seingat saya, di tahun pertama pengajian, penyelia saya banyak memberikan penekanan terhadap apa yang saya telaah dan baca. Setiap kali penyeliaan, saya diminta untuk mengupas apa hasil pembacaan yang telah saya lakukan. Malahan, penyelia akan menetapkan satu tarikh untuk sesi penyeliaan seterusnya. Setiap kali selesai sesi perbincangan, saya diminta menulis satu laporan ringkas tentang agenda yang dibincangkan dan paling penting, apa yang perlu dilakukan sebelum sesi penyeliaan yang akan datang. Percaya atau tidak, saya mula-mula menyiapkan bab 2 terlebih dahulu sebelum menghasilkan bab 1. Oleh kerana penulisan tesis saya perlu dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan bahawa proses penulisan itu sesuatu yang agak sukar pada mulanya. Maklumlah saya bukanlah pelajar TESL, sebaliknya lebih banyak bergelumang dengan Bahasa Arab berbanding Bahasa Inggeris pada pengajian ijazah pertama :) Namun kerana Gordon dan Linda sentiasa mengatakan bahawa penulisan saya sebagai 'understandable', 'acceptable' dan seringkali mereka mengucapkan syabas lalu self-esteem saya mula meninggi. Saya redah sahaja meskipun saya tahu masih banyak ruang untuk penambahbaikan tetapi oleh kerana mendapat maklumbalas yang 'memberangsangkan' jadi saya tidak putus asa. Saya mula mengutip data secara temubual pada semester kedua pengajian. Dan ia berlangsung sehingga akhir tahun kedua. Percaya atau tidak, pada tahun ketiga saya masih mengutip data - data baharu daripada satu lagi kumpulan responden yang tiba-tiba muncul secara snowball. Saya masih ingat kata Gordon seusai saya menceritakan 'penemuan' saya terhadap satu lagi komuniti dalam talian yang aktif dalam kalangan guru di SBP - 'Fariza, you should go for it!' . Lalu tanpa berfikir dua kali, saya terus menghubungi mereka dan hasilnya saya mempunyai segunung data temubual yang dikutip daripada tiga fasa, dan bagi setiap responden tidak kurang dari 3 kali temubual dijalankan. Selesai proses pengumpulan data, saya mula kegilaan. Data yang terlalu banyak, berselirat, berterabur dan belum di'anyam' menjadi dapatan yang bermakna membuat saya lemas dalam lautan dan timbunan data. NVivo sekalipun tidak mampu menyelamatkan emosi saya yang sarat dengan tandatanya. Bagaimana mungkin saya mempersembahkan data yang terlalu banyak ini? TIdak dinafikan saya 'masak' dengan setiap dapatan sehingga saya bisa mengingati jawapan itu datangnya daripada siapa dan di fasa mana. Namun, kedua penyelia saya turut mengakui bahawa mereka sendiri tidak dapat membantu untuk merungkai kekusutan itu. Bayangkan talian hayat sudah tidak boleh digunakan. Kepada siapa anda hendak mengadu? Bagi kita, hamba Allah yang percaya kepada hakikat yang tiada yang mustahil dalam ilmu Allah, maka di saat-saat begini, jika kita tidak kembali kepadaNya, adalah satu hal yang tidak boleh diterima akal. Memang, saya akui pada ketika itu, bagai tersedar akan kealpaan, kelekaan dalam kegilaan mengorek menggali data, bahawa Dia ada dan Dialah sebaik-baik pemberi petunjuk. Saya tidak segan mengatakan bahawa pada saat itu, pergantungan kepada Maha Pencipta berada di tahap paling tinggi. Allah .. Allah .. ilham itu datangNya daripada Dia. Suatu hari, saya membelek semula satu buku dan entah bagaimana, saya mula tertarik untuk menggunakan teknik menganalisis data yang dikemukakan. Saya mencuba dan mencuba selama berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan 'makna' daripada segala data yang ada. Dan akhir beberapa purnama yang panjang akhirnya saya berjaya menyiapkan bab 6 (bab dapatan). Gordon ternyata gembira dengan teknik tersebut lalu meminta saya menyiapkan bab 7. Dalam tempoh itu, entah berapa kali draf penulisan saya bertukar tangan. Seringkali menerima catatan balas, pasti saya termenung kosong. Ada sahaja perkara yang tidak langsai. Kerap kali Gordon menulis ' You are not being critical enough Fariza!' Luluh hati saya. Air mata yang gugur tak usahlah disukat. Barangkali bercawan-cawan atau berbaldi! Saudara-saudari, tempoh itu satu tempoh yang menyiksakan. Ia umpama telur di hujung tanduk. jika tidak kuat isitqamah, pasti ada yang syahid. Justeru, suka saya tegaskan bahawa setiap yang melangkah ke alam PhD, tidak semuanya akan selamat tiba di destinasi kerana pasti akan ada yang gugur di tengah jalan, kerana perjalanannya memang panjang, menyakitkan malah boleh menukar siapa diri kita. Namun sekali lagi, saya bukanlah hendak menakut-nakutkan anda. Kerana saya percaya, dalam perjalanan PhD ini, kita sebenarnya bukan bersaing dengan orang lain. Sebaliknya, persaingan sebenar adalah diri kita sendiri! Kejapkan azam, perbetulkan niat dan jangan lupa berusaha serta paling penting, tadahlah doa dan mohonlah daripada Yang Maha Mendengar agar setiap langkah dalam perjalanan ini dipermudahkan. Janganlah terlalu taksub untuk graduate on time, sebaliknya, carigalilah hikmah (wisdom) daripada keseluruhan proses pembelajaran tersebut, kerana sekali anda melepasinya garis penamatnya, tiada kata-kata yang boleh melambangkan perasaan sebenar akan manisnya sebuah perjuangan. Kerana kesakitan itu jugalah, mudah-mudahan akan mencipta nilai diri kita yang empati serta menghargai susah payah dalam pencarian ilmu. Meski PhD dalam genggaman, kita ini bukanlah mahaguru. Ilmu yang ada hanyalah setitis daripada lautan ilmuNya. Jadi janganlah berbangga diri berjalan menongkat langit kerana PhD adalah satu permulaan, bukannya pengakhiran. Ingatlah pesanan Imam As-Syafi'i: "Jika Kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan perihnya Kebodohan." Selamat Maju Jaya semua! ^___^ For a postgraduate students, writing a proposal might be the first task they need to produce prior to conducting their research. How do you know that your proposal is good enough to be approved by your supervisor, or the committee members? How do find a title for your proposal? What makes your proposal complies to a PhD level? How depth and breath should your LR be? Is it important to claim your epistimological considerations? What kind of instrument should you use for collecting your data? Is there any basis for that? Those are among critical questions that need to be considered when you are writing a researh proposal. Alhamdulillah, I had a chance to conduct a sharing session with some of the IIUM postgraduate students few days ago. Thanks to my fellow friend - Dr Faizah from The Kuliyyah of Educatoin - who invited me to see her supervisees. It was a fruitful session I must say, that everybody was taking part in the conversation. Thanks to all of you and I wish everybody the best of luck in your research journey. Remember, PhD is not about a competition wiith others, but it is a competition with YOURSELF! You don't write because you want to say something; you write because you've got something to say (Fitzgerald, F. S)
|
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |