Bengkel ini saya jalankan sebagai sebahagian daripada portfolio Ketua Program PhD. Bengkel bertajuk Penganalisisan dan Interpretasi Data Kualitatif ini dijalankan khusus untuk pelajar-pelajar PhD Eksekutif kami. Saya menjemput PM Dr Hamidah Yamat sebagai penceramah di atas kapasiti beliau yang pakar dalam bidang kajian kualitatif.
Alhamdulillah meskipn tidak semua pelajar PhD Eksekutif yang hadir mungkin kerana faktor yang pelbagai, apatah lagi majoriti di antara mereka berada di Sarawak dan Sabah.
0 Comments
Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk menjemput sahabat saya PM Dr Farrah Dina dari UM akhirnya terkabul juga. Topik ini memang menjadi permintaan ramai justeru kami sendiri mempunyai ramai pelajar yang menjalankan penyelidikan DDR. Dan rata-rata penyelidikan yang dijalankan masih 'longgar' serta berkemungkinan agak meniympang daripada falsafah DDR yang sebenarnya. Syukur, dalam 2 jam lebih sesi tersebut, kami mendapat pencerahan tentang DDR dan apa do's and don'ts nya. Seringkali sebelum ini, saya cuba membangkitkan isu tentang persoalan kajian yang dibangunkan oleh para pelajar yang melakukan DDR. Saya katakan bahawa, persoalan kajian mereka begitu teknikal dan tidak berbentuk 'research' question. Apabila pengkaji mengenalpasti underpinning theory yang dijadikan landasan kepada pembangunan penyelidikan, seharusnya ia dimasukkan sebagai salah satu fokus dalam persoalan kajian. Penyelidik harus meneliti bagaimana teori yang dipilih itu telah membantu dalam pembangunan, pelaksanaan atau penilaian bahan. Saya harap agara semua yang hadir dapat mengambil maklumat penting tentang tatacara DDR yang tepat dan dapat dipraktiskan dalam penyelidikan masing-masing. Sekalung penghargaan buat Dr. Farrah! Nvivo barangkali bukanlah sesuatu yang asing khususnya bagi penyelidik kualitatif kerana perisian ini merupakan satu aset penting yang dapat membantu penganalisisan data kualitatif secara efektif. Namun demikian, mungkin ramai yang menganggap bahawa perisian Nvivo hanya sesuai digunakan oleh para penyelidik yang menjalankan kajian melibatkan data kualitatif. Stigma ini adalah satu kerugian kerana hakikatnya NVivo bukan sekadar diperlukan untuk aktiviti pengekodan data kualitatif, sebaliknya dapat dimanfaatkan secara optimum untuk tujuan sorotan literatur atau penghasilan kertas konsep! Saya sudah beberapa kali berkongsi tentang hal ini bersama para pelajar di kelas saya khususnya pelajar Sarjana. Saya menunjukkan demo satu persatu bagaimana artikel-artikel yang dimuatturun daripada pangkalan data dalam talian dipindahkan ke dalam perisian NVivo dan kemudiannya melalu proses pengekodan. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang para pelajar saya menunjukkan reaksi yang pelbagai apabila selesai ditunjukkan bagaimana menghasilkan penulisan secara sintesis hanya dengan beberapa minit. Ada yang ternganga - menggeleng kepala dan tidak kurang menunjukkan riak muka tidak percaya. Ini bukan exaggeration! Selama ini para penyelidik khususnya penyelidik novis seringkali tersangkut-sangkut dalam penulisan bab 2. Dan corak penulisan paling popular adalah berbentuk annotation. Misalnya, jika penyelidik tersebut merujuk tujuh artikel atau kajian lepas, mereka akan menghasilkan sekurang-kurangnya 7 paragraf berdasarkan penulis yang dirujuk. Hal ini terjadi demikian kerana penyelidik novis akan menulis satu paragraf untuk satu rujukan dan diikuti dengan rujukan seterusnya. Ini menjadikan penulisan berbentuk author-based. Sebaliknya, untuk menghasilkan penulisan yang bersifat sintesis, penyelidik seharusnya memilih dapatan atau fakta dan kemudian menyusunnya dalam bentuk fact-based. Manakala paragraf yang akan terhasil adalah berdasarkan isi-isi penting yang hendak dikemukakan, tetapi menggunakan sumber sitasi yang berbeza. Nah, di sinilah anda, anda, anda dan anda semua dapat menghasilkan penulisan yang ada nilai sintesis dengan mudah sekiranya anda menggunakan NVivo! Tak percaya? Kena cubalah! Pada tahun 2016 saya pernah menulis tatacara permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM serta pada tahun 2017 pula saya menulis tentang perkara sama (Bahagian 2) rentetan daripada berlaku perubahan prosedur permohonan kepada sistem dalam talian. Saya menerima pelbagai komen serta persoalan daripada para penyelidik tentang hal berkaitan. Untuk entri kali ini, izinkan saya berkongsi tentang cara bagaimana pengisian borang dalam talian eRAS dilakukan. Langkah pertama - sila log in ke sistem eRAS atau klik DI SINI Klik PERMOHONAN BARU Baca dahulu syarat-syarat permohonan kemudian klik pada PANDUAN PERMOHONAN 4. Baharulah dapat klik pada butang MOHON :) - it's worth to be patient :) Langkah seterusnya, masukkan semua maklumat yang diminta dan jangan lupa untuk tekan SIMPAN ye! Secara keseluruhan borang dalam talian ini merangkumi empat bahagian utama - A,B,C dan D. Sebagai contoh, saya kongsikan maklumat telah saya isi dalam setiap bahagian. Untuk anda semua, masukkanlah semua maklumat yang diminta dengan lengkap ye. Jangan tiru maklumat saya! Maklumat Bahagian A: Maklumat Bahagian B: Maklumat Bahagian C: Maklumat Bahagian D: NOTA:
1. Pastikan anda menerangkan dengan terperinci maklumat seperti objektif dan kepentingan kajian. 2. Tick negeri yang terlibat dengan kajian. (Anda jangan terburu-buru mengisi borang ini jika belum ada proposal yang lengkap serta timbal balik tentang negeri yang terlibat dalam kajian - pastikan anda telah muktamad tentang hal ini) 3. Untuk bahagian 'lokasi kajian' - pastikan anda menyenaraikan nama insitusi/sekolah di mana kajian akan dijalankan. Sekali lagi, hal ini memerlukan perancangan yang rapi. Perlu diingat bahawa kebiasaannya pihak JPN akan mengeluarkan surat kelulusan menjalankan kajian dan satu salinan akan dihantar ke sekolah berkaitan. Jadi, agak sukar jika anda mengubah nama sekolah setelah kelulusan diberi. 4. Pemilihan sampel kajian hendaklah dijelaskan dengan terperinci melibatkan teknik persampelan serta bilangan responden yang akan terlibat dengan kajian yang akan dijalankan. 5. Satu salinan soal selidik atau soalan temubual (bergantung kepada instrumen yang digunakan) hendaklah dimuatnaik ke sistem ini (Bahagian D). Sepatutnya tidak memakan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan kelulusan ini - namun bagi kes saya pegawai yang menguruskan permohonan pada ketika itu sedang bekerja di luar kawasan (sumber diterima daripada pegawai lain yang menjawab panggilan telefon) dan perkara itu menyebabkan saya menunggu lebih 2 minggu. Untuk para penyelidik sekalian, semoga perkongsian ini memberi manfaat. All the best !! ^___^ Assalamualaikum para penyelidik sekalian! Semoga masih dalam momentum dan semangat untuk meneruskan kajian meski pelbagai ujian melanda. Tiada yang mudah untuk berjaya bukan! Ramai juga yang menghubungi saya melalui blog ini atau emel khususnya yang bertanyakan prosedur mendapatkan statistik yang dikehendaki daripada pihak EPRD KPM. Untuk makluman semua, pihak EPRD sebenarnya juga telah berkongsi banyak statistik asas yang amat berguna untuk penyelidik khususnya yang melibatkan bidang pendidikan di Malaysia. Kadangkala statistik asas ini amat diperlukan untuk pemilihan saiz sampel bagi yang menjalankan kajian secara survey malah diperlukan juga sebagai asas dalam penyataan masalah atau penulisan latar belakang kajian. Nah, di sini saya kongsikan Quick Facts daripada EPRD KPM sebagai ole-ole. Boleh muatturun di bawah ye.
Merit kepada EPRD KPM yang telah bermurah hati menghasilkan risalah yang amat berguna ini. Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Regards, Dr. F My visit to Sarawak was actually to collect research data from two secondary schools in Kuching. [My heartfelt thanks to Dr Salmah, a friend of mine who is currently working in UNIMAS for helping me out with the overall process. Without her, it will be almost impossible for me to get an access to the schools. It was a great opportunity since the two schools that we visited gave a full cooperation to make my intention fulfilled]. I also took this opportunity to share my little knowledge on systematic data analysis in Case Study through which the emphasise was given on meta-matrix and causal network. I thank all the attendees for coming to the sharing session! We were having a good time together .. and the questions asked were challenging too! I am grateful when I looked at their enthusiasm. Faces with a full concentration and eagerness to listen to every sentence I uttered. Wishing you all the best in your research journey! Sebagai sebahagian daripada usaha membantu para pelajar PhD untuk melepasi syarat bergraduasi dari sudut penerbitan, pihak Jurnal Pendidikan Malaysia (MJE) telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan keluaran khas yang memuatkan 20 artikel hasil penulisan para pelajar Doktor Falsafah. Saya bersama PM Dr Hamidah telah dilantik sebagai Guest Editor yang bertanggungjawab memastikan proses penulisan jurnal berjalan lancar sehingga selesai penerbitan.
Banyak input berguna yang diperolehi daripada bengkel yang turut dihadiri oleh Ketua Editor MJE, Prof Kamisah ini. Pelajar berpeluang melihat elemen-elemen penilaian jurnal serta senarai semak yang dikongsi boleh digunakan untuk membuat pra-penilaian terhadap artikel sendiri. Kemahiran penulisan ini sesungguhnya bukan satu proses yang boleh dikuasai dalam masa sehari dua tetapi memerlukan proses yang panjang. Saya sendiri mengambil kesempatan ini untuk menambah kefahaman dan ilmu dalam penghasilan artikel yang baik. Syabas semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersikap positif di sepanjang proses ini. Semoga usaha ini membuahkan hasilnya Disember nanti InshaAllah. InshaAllah sekali lagi saya akan berkongsi maklumat berkaitan kajian kes bersama para pelajar siswazah. Jemput datang bagi yang berkeperluan dan berkelapangan :) Slaid berkaitan boleh dimuat turun pada link di bawah:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya pernah menulis tentang permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM tahun yang lalu dan melalui entri tersebut saya menerima pelbagai persoalan daripada para penyelidik di seluruh Malaysia. Untuk makluman bersama, terdapat perubahan baharu berkaitan perkara ini yang saya terima melalui emel dan ingin saya kongsikan: 1. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian di bawah KPM. 2. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui http://eras.moe.gov.my. Walau bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018. 3. Untuk makluman, mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi selepas tarikh tersebut. 4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi En. Selvarajah Manikam melalui tailan 03-88846457 (Selvarajah@moe.gov.my). Semoga maklumat in bermanfaat ^__^ Lagi siaran tertunda.
Cerita Ogos nan lalu tetapi masih kejap di hati. Sudah agak lama tidak diajak berbengkel jauh dari kampus Bangi. Yang bagus apabila berbengkel di luar adalah kerana masa yang lebih panjang untuk menelaah segala dokumen dan merapikan penulisan. Sehingga lewat malam pun jemari masih mengetuk aksara, otak masih ligat menjana idea. Alhamdulillah, terima kasih buat ketua projek TRGS Prof Dr Ruhizan yang menjemput kami. Namun jemputan ini bukan untuk bersuka-suka. Sekurang-kurangnya tiga manuskrip untuk jurnal terindeks dihasilkan dengan jaya. Peluang yang ada ini juga kami isi dengan perkongsian idea secara santai. Mazzlida - pelajar PhD di bawah seliaan saya nyata mendapat banyak input untuk memantapkan bab beliau. Tidak kurang juga Mariam dan Nani yang sama-sama duduk semeja. Tiada yang mustahil. Benar, jika fokus sepenuhnya diberi untuk penulisan (dan putuskan hubungan dengan social media/whatspp/telegram/emel) inshaAllah kita sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat produktif. Berapa ramai daripada kita yang tidak dapat berpisah dari telefon bimbit ketika menulis? Cubalah tips ini - off kan handphone - lupakan FB, Twitter, WhatsApp atau Telegram. Fokus untuk sejam dahulu dan anda akan dapat lhiat hasilnya! Jom perangi PROCRASTINATION!! :) |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |