Lantaran kekangan masa dan jarak, talian maya digunakan untuk bertemu dengan para pelajar di bawah penyeliaan bagi tujuan pengisian laporan kemajuan calon. Saya cuma mencuri 15 minit daripada masa mereka namun agak menyeronokkan juga apabila dapat bertemu mata dengan anak-anak seliaan satu-persatu! Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menambah level of stress yang sedia ada, tetapi lebih kepada follow up terhadap perkembangan masing-masing. Meskipun tidak dinafikan ramai yang tekal berhubung dan melaporkan perkembangan penyelidikan kepada saya, namun ada juga sebilangan yang mungkin terlalu sibuk dengan komitmen kerja sehingga banyak kali pertemuan yang sepatutnya diadakan tertangguh dari masa ke semasa. Apapun saya mendoakan semua pelajar saya sentiasa di dalam momentum dan semangat. Memang perjalanan dalam dunia pasca siswazah khususnya PhD bukanlah satu perjalanan yang enak dan menggebu-gebu, justeru ujian dan tribulasi sentiasa menanti di kiri kanan. Tugas seorang penyelia pula bukanlah untuk memberitahu atau mengarahkan pelajar melakukan ini dan itu, tetapi sebaliknya melakar jalan yang boleh diterokai. Scaffolding perlu berlaku dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencari dan mengenalpasti apa yang hendak dikaji dan lebih penting kenapa ia perlu dikaji. Namun itu tidak bermakna seorang penyelia harus lepas tangan dan membiarkan anak-anaknya berkeliaran tanap arah tuju. Jika ternampak bayang-bayang pelajar akan kesesatan, penyelia wajib membantu mencari 'bearing' yang sesuai untuk memastikan calon terus berada di landasan yang benar. ** Tiada dalam gambar - IZZAT. Sorry Izzat terlupa nak printscreen sebab orang pertama :)
0 Comments
3 Julai 2020 - berlangsungnya viva voce untuk Hairul, pelajar PhD saya di Telesidang Fakulti Pendidikan. Tarikh sebenar viva beliau telah dikeluarkan lama dahulu namun kerana PKP yang diwartakan, tarikh tersebut terbatal automatis. Penantian yang agak lama sememangnya mengundang resah yang tidak berpenghujung, namun alhamdulillah hari yang ditunggu tiba jua.
Tentunya hari viva hari yang penuh emosi bagi semua calon. Selain ia mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan yang panjang dan penuh pancawarna, viva juga merupakan permulaan sebuah perjalanan sebenar. Tahniah saudara Hairul! Semoga momentum untuk pembetulan ini diteruskan secara tekal. Allahul Musta'an .. Had a quick online catch up with these two students - Syaida and Rafik. It's good to see you again after months of absence! Syaida, we pray for your next data analysis to work smoothly and our heartfelt thanks to Rafik for your assistance in this matter. I am so proud of the teamwork shown. May Allah grant us with His full blessings and our next projects will turn out a success :) Ini adalah para pelajar sarjana eksekutif di bawah penyeliaan saya. Mereka tidak ramai, hanya bertiga sahaja - Shahila, Nithiya dan Hafizah. Hari ini kami bertemu lagi secara maya, dibatasi jarak: Kedah-Johor-Terenggau-Putrajaya. Namun perbincangan berlaku dengan baik dan lancar, Masing-masing kelihatan bersemangat untuk menyiapkan Kertas Projek 1 serta Kajian Bebas masing-masing. Saya juga telah mengulangi lagi sekali tentang format penulisan artikel serta anatominya yang standard. Penggunaan NVivo perlu dimanipulasi sebaiknya kerana mereka akan menghasilkan penulisan berbentuk kertas konsep melibatkan Systematic Literature Review. Mudah-mudahan hasilnya dapat diterbitkan inshaAllah. All the best semua! :) #zoom #supervision #sustematicliteraturereview Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :) Waktu kini kian menghampiri musim konvokesyen, lalu anak-anak siswazah dan prasiswazah sudah mula melangsaikan 'hutang' mereka. Hasil jerih-perih mencatat, menganalisis dan menulis keseluruhan proses dan dapatan penyelidikan masing-masing tentunya menghambat rutin seharian namun itulah resmi hidup sebagai pelajar di IPT. Penyelidikan, tesis dan penyelia tidak dapat dipisahkan! Minggu ini saya menerima kunjungan Hazeem, Ezyan serta Shah yang masing-masing datang berbekalkan tesis berjilid keras sebagai tanda sempurna sudah sebuah karya empirikal yang menuntut ketabahan yang bukan sedikit. Mabruk semua! Tahniah yang berbanggalah dengan hasil kerja anda semua sebagai mana bangganya saya menerima naskhah tersebut! Oh, terima kasih jua atas ole-ole ingatan! Di penghujung minggu juga saya dikunjungi Syaida, pelajar PhD saya (mantan pelajar sarjana saya juga) di bilik. Terima kasih Syaida atas ingatan pada tarikh hari lahir saya yang sememangnya tidak mahu saya warwarkan di sosial media atau kepada anak-anak didik kerana bimbang menyusahkan atau terasa semaca ada keperluan mencari hadiah sempena tarikh itu. Namun, Syaida antara yang mengingatinya. Tahun nan sudah, Syaida jugalah yang hadir ke bilik bersama kek yang enak - dinikmati bersama Hazeem dan Ezyan. What a coincidence! Hehehe
Semoga Allah membalas budi baik kalian semua atas kenangan indah ini ^___^ Minggu ini menyaksikan segerombolan lagi pelajar baharu datang ke fakulti samada di peringkat pengajian masters mahupun PhD. Di mata masing-masing terpancar seribu harapan, azam yang menggunung dan tidak kurang juga teruja dengan cabaran yang menanti di hadapan sana! Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang buat semua ke FPend tercinta. Maka secara rasminya, kaki anda sudah menaiki kapal yang bakal berlayar menuju destinasi tersendiri. Semakin lama anda belayar semakin banyak pula gelombang uji yang menanti di kiri kanan. Pulau destinasi masih jauh dari pandangan, tetapi bagi mereka yang konsisten mengayuh, pasti lambat-laun anda akan dapat mendapat rentak bagaimana mengemudi kapal untuk membelah samudera yang maha luas. Bagi yang masih ragu-ragu dengan ombak membadai, pasti agak lambat meninggalkan pelabuhan. Mungkin kata hati mereka - 'kita tengok kapal lain dahulu .. bagaimana laluan yang mereka ambil. Apa tips untuk menghunjam ombak ganas di hadapan. Namun percayalah, laluan setiap pelayar tidak akan sama! Begitu banyak faktor yang akan mempengaruhi perjalanan pelayaran anda!
Percaya atau tidak, penyelia anda memainkan peranan yang besar dalam kejayaan seseorang. Malah, rakan-rakan di sekeliling turut menyumbang kepada jatuh bangun individu. Namun, tanpa faktor yang satu ini, meskipun anda direzekikan untuk mendapat penyelia yang sangat membantu, rakan-rakan yang sangat mendokong antara satu sama lain, tanpa kehendak diri, anda tidak akan ke mana-mana. Justeru, semangat, keyakinan serta tekad dan azam untuk melepasi setiap tangga ujian yang menanti merupakan ramuan paling utama jika anda ingin berjaya melepasi tempoh pembelajaran ini. Kehidupan dalam tahun-tahun menjalani kembara PhD adalah satu lorong masa yang sangat sunyi. PhD is a lonely journey. Bukan sekali saya mendengar ujaran ini. Malah, pengalaman sendiri turut menyaksikan kebenaran itu. Meski di kiri kanan wujud sahabat handai yang menemani perjalanan itu, akhirnya ia kembali kepada diri sendiri juga. Tanpa semangat untuk menulis secara tekal setiap hari, tesis anda tidak akan berganjak halamannya. Tanpa inisiatif sendiri untuk memperdalami kemahiran menganalisis data misalnya, data berlambak tidak akan tersusun dengan sendiri untuk memberi makna kepada dapatan kajian. Tanpa disiplin diri untuk mencabar diri mencapai satu-satu tahap dalam perbatuan kerja, maka jadual yang indah tersusun tidak akan bermakna juga pada akhirnya. Sakit. Memang sakit. Kadangkala otak kita bisa menjadikan kita 'kegilaan'. (Bukan gila ye). Kata orang PhD means Permanent Head Damage. Itu lelucon biasa dalam pengajian PhD. Kita ketawa seketika sebagai mengubat rawan dan duka. Malah di waktu pengajian PhD, personaliti kita kadangkala berubah 180 darjah. Yang peramah bisa jadi bisu. Yang murah senyuman bisa berwajah zombie. Kita kadangkala mungkin akan berbicara sendiri sewaktu memandu kereta. Atau di kala mata baru hendak terlelap, jangan terperanjat jika tiba-tiba otak 'bangun' lalu ligat mencetus idea sana-sini. Lalu kita akan bingkas menuju komputer untuk mencatuk-catuk seketika. Kemudian scroll up, scroll down .. tiba-tiba idea tadi hilang semula! Itu biasa. Dan itu sememangnya menyeksakan! Malah itu memang asam garam dalam hari-hari PhD kita yang panjang! Jadi bagi mereka yang baharu mendaftar, bersedialah secara mental akan perubahan dan kegilaan yang bakal anda lalui beberapa tahun ini. Tetapi, jangan risau, meskipun ini kelihatan 'gila' namun ia adalah sesuatu yang normal! Jadi jika suatu masa nanti anda melalui simptom-simptom sebegini, tepuklah belakang sendiri kerana itu bermakna anda benar-benar menyelami kehidupan pelajar PhD! Sehingga para ini, saya kira anda memikirkan yang saya cuba menakut-nakutkan anda dengan kisah kegilaan? Bukan itu maksud utama saya. Beberapa pelajar yang bukan berada di bawah penyeliaan saya pernah datang ke bilik untuk bersembang secara santai serta mengharapkan tips untuk kekal dalam momentum, teguh dan cekal jiwa raga, serta mampu menyempurnakan penulisan tesis mereka sehingga ke akhirnya. Hmm .. rasanya tidak pernah saya menulis secara harfiah begini tentang pengalaman saya semasa melalui proses pengajian PhD, meskipun secara lisannya saya pernah berkongsi dengan para pelajar saya tentang pahit maung saya semasa bergelar pelajar PhD di University of Nottingham. Penyelia utama saya bernama Gordon Joyes manakala penyelia kedua pula bernama Linda Ellison. Kedua-duanya berbangsa Inggeris, berambut perang, serta memilik sepasang mata berwarna biru yang mempesona! Seingat saya, di tahun pertama pengajian, penyelia saya banyak memberikan penekanan terhadap apa yang saya telaah dan baca. Setiap kali penyeliaan, saya diminta untuk mengupas apa hasil pembacaan yang telah saya lakukan. Malahan, penyelia akan menetapkan satu tarikh untuk sesi penyeliaan seterusnya. Setiap kali selesai sesi perbincangan, saya diminta menulis satu laporan ringkas tentang agenda yang dibincangkan dan paling penting, apa yang perlu dilakukan sebelum sesi penyeliaan yang akan datang. Percaya atau tidak, saya mula-mula menyiapkan bab 2 terlebih dahulu sebelum menghasilkan bab 1. Oleh kerana penulisan tesis saya perlu dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan bahawa proses penulisan itu sesuatu yang agak sukar pada mulanya. Maklumlah saya bukanlah pelajar TESL, sebaliknya lebih banyak bergelumang dengan Bahasa Arab berbanding Bahasa Inggeris pada pengajian ijazah pertama :) Namun kerana Gordon dan Linda sentiasa mengatakan bahawa penulisan saya sebagai 'understandable', 'acceptable' dan seringkali mereka mengucapkan syabas lalu self-esteem saya mula meninggi. Saya redah sahaja meskipun saya tahu masih banyak ruang untuk penambahbaikan tetapi oleh kerana mendapat maklumbalas yang 'memberangsangkan' jadi saya tidak putus asa. Saya mula mengutip data secara temubual pada semester kedua pengajian. Dan ia berlangsung sehingga akhir tahun kedua. Percaya atau tidak, pada tahun ketiga saya masih mengutip data - data baharu daripada satu lagi kumpulan responden yang tiba-tiba muncul secara snowball. Saya masih ingat kata Gordon seusai saya menceritakan 'penemuan' saya terhadap satu lagi komuniti dalam talian yang aktif dalam kalangan guru di SBP - 'Fariza, you should go for it!' . Lalu tanpa berfikir dua kali, saya terus menghubungi mereka dan hasilnya saya mempunyai segunung data temubual yang dikutip daripada tiga fasa, dan bagi setiap responden tidak kurang dari 3 kali temubual dijalankan. Selesai proses pengumpulan data, saya mula kegilaan. Data yang terlalu banyak, berselirat, berterabur dan belum di'anyam' menjadi dapatan yang bermakna membuat saya lemas dalam lautan dan timbunan data. NVivo sekalipun tidak mampu menyelamatkan emosi saya yang sarat dengan tandatanya. Bagaimana mungkin saya mempersembahkan data yang terlalu banyak ini? TIdak dinafikan saya 'masak' dengan setiap dapatan sehingga saya bisa mengingati jawapan itu datangnya daripada siapa dan di fasa mana. Namun, kedua penyelia saya turut mengakui bahawa mereka sendiri tidak dapat membantu untuk merungkai kekusutan itu. Bayangkan talian hayat sudah tidak boleh digunakan. Kepada siapa anda hendak mengadu? Bagi kita, hamba Allah yang percaya kepada hakikat yang tiada yang mustahil dalam ilmu Allah, maka di saat-saat begini, jika kita tidak kembali kepadaNya, adalah satu hal yang tidak boleh diterima akal. Memang, saya akui pada ketika itu, bagai tersedar akan kealpaan, kelekaan dalam kegilaan mengorek menggali data, bahawa Dia ada dan Dialah sebaik-baik pemberi petunjuk. Saya tidak segan mengatakan bahawa pada saat itu, pergantungan kepada Maha Pencipta berada di tahap paling tinggi. Allah .. Allah .. ilham itu datangNya daripada Dia. Suatu hari, saya membelek semula satu buku dan entah bagaimana, saya mula tertarik untuk menggunakan teknik menganalisis data yang dikemukakan. Saya mencuba dan mencuba selama berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan 'makna' daripada segala data yang ada. Dan akhir beberapa purnama yang panjang akhirnya saya berjaya menyiapkan bab 6 (bab dapatan). Gordon ternyata gembira dengan teknik tersebut lalu meminta saya menyiapkan bab 7. Dalam tempoh itu, entah berapa kali draf penulisan saya bertukar tangan. Seringkali menerima catatan balas, pasti saya termenung kosong. Ada sahaja perkara yang tidak langsai. Kerap kali Gordon menulis ' You are not being critical enough Fariza!' Luluh hati saya. Air mata yang gugur tak usahlah disukat. Barangkali bercawan-cawan atau berbaldi! Saudara-saudari, tempoh itu satu tempoh yang menyiksakan. Ia umpama telur di hujung tanduk. jika tidak kuat isitqamah, pasti ada yang syahid. Justeru, suka saya tegaskan bahawa setiap yang melangkah ke alam PhD, tidak semuanya akan selamat tiba di destinasi kerana pasti akan ada yang gugur di tengah jalan, kerana perjalanannya memang panjang, menyakitkan malah boleh menukar siapa diri kita. Namun sekali lagi, saya bukanlah hendak menakut-nakutkan anda. Kerana saya percaya, dalam perjalanan PhD ini, kita sebenarnya bukan bersaing dengan orang lain. Sebaliknya, persaingan sebenar adalah diri kita sendiri! Kejapkan azam, perbetulkan niat dan jangan lupa berusaha serta paling penting, tadahlah doa dan mohonlah daripada Yang Maha Mendengar agar setiap langkah dalam perjalanan ini dipermudahkan. Janganlah terlalu taksub untuk graduate on time, sebaliknya, carigalilah hikmah (wisdom) daripada keseluruhan proses pembelajaran tersebut, kerana sekali anda melepasinya garis penamatnya, tiada kata-kata yang boleh melambangkan perasaan sebenar akan manisnya sebuah perjuangan. Kerana kesakitan itu jugalah, mudah-mudahan akan mencipta nilai diri kita yang empati serta menghargai susah payah dalam pencarian ilmu. Meski PhD dalam genggaman, kita ini bukanlah mahaguru. Ilmu yang ada hanyalah setitis daripada lautan ilmuNya. Jadi janganlah berbangga diri berjalan menongkat langit kerana PhD adalah satu permulaan, bukannya pengakhiran. Ingatlah pesanan Imam As-Syafi'i: "Jika Kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan perihnya Kebodohan." Selamat Maju Jaya semua! ^___^ Alhamdulillah it always feel good to see how well your student had shown their progress. To me, the most satisfying moment is to witness my students' ability to talk about their research confidently and convinced others of the desisions made. Congratulation Ila and Syaida who had successfully presened their Project 2 findings. I do hope that this sharing session will benefit others too. Keep up everyone! Your destination is just a few step ahead! InshaAllah we will follow the routine .. another progress meeting with all my postgraduate students will be held on 28th December 2016. Three of my students - Ila, Syaida and Lee will be presenting their Porject Paper 2, while Shah will be sharing his overall research findings as his mock viva. I am looking forward to seeing everybody in this meeting. InshaAllah I will also be talking on tips to write a problem statement and how to do a comprehensive LR. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana bengkel penulisan yang dirancang berjaya dilaksanakan. Paling manis kerana bengkel kali ini mengumpulkan majoriti pelajar masters dan PhD di bawah penyeliaan saya. Terima kasih semua atas kehadiran sehingga ke petang. Tidak banyak perkara yang dikongsikan sebenarnya. Sekadar mengingat semula ciri-ciri artikel yang baik serta tips penulisan yang efektif. Selebihnya saya lebih banyak bersama pelajar secara one-to-one dan melihat perkembangan penulisan serta tajuk pilihan masing-masing. InshaAllah satu bengkel lain akan dijalankan untuk proses pemilihan jurnal pula. Di pertengahan bengkel, kala saya sedang ralit memberi maklumbalas kepada penulisan Intan, Afiqah datang memanggil saya dengan nada cemas .. "Syaida!" katanya ..lalu meluru ke luar. Saya mula membayangkan sesuatu yang buruk lalu bergegas mengekori Fiqah. Tiba di luar bilik mesyuarat, kejutan berlaku. Memang benar-benar mengejutkan! Sebiji kek dan sejambak bunga segar menanti saya di sana, serentak dengan itu lagu Happy Birthday berkumandang ... Allahu .. air mata saya bagai tidak dapat ditahan-tahan. Perasaan berbaur ketika itu. Alahai ... bukan ini yang saya pinta .. namun ingatan ikhlas daripada barisan pelajar saya cukup menyentuh rasa sesunggahnya! Terima kasih semua - Shah, Ila, Syaida, Nad, Fiqah, Lee, Huda, Intan Fairus dan Firdaus atas kejutan yang tidak diduga ini ^___^ Apa yang berlaku membuat saya merefleksi diri. Sesungguhnya, hubungan supervisor dan supervisee bagi saya bukan sekadar hubungan formal yang terbatas dengan penyelidikan dan penulisan semata-mata. Sebaliknya ianya sebuah silaturahim yang luhur, kerana melalui proses penyeliaan saya mengenali hati budi para pelajar dan saya sebenarnya enjoy our togetherness! Semoga silaturahim ini kekal bertaut meski masa memisahkan kita kelak ameen.. Masa begitu pantas berlalu, hanya hari ini sempat saya luangkan masa untuk mencoret. Doa saya sentiasa mengiringi semua agar segala hajat dan impian berjaya dicapai dengan cemerlang dan warna-warna kegemilangan! Jumpa lagi! |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |