Kecil tapi signifikan. Itu yang saya kira berlaku, atau sekurang-kurangnya harapan saya agar ianya begitu. Kumpulan kecil yang hadir merupakan anak-anak didik rapat saya datang dengan penuh semangat untuk meneroka proses penganalisisan data menggunakan SPSS serta bagaimana menghasilkan penulisan laporan mengikut format yang diterima. Meski kami hanya menyentuh perkara-perkara asas serta analisis ringkas seperti T-Test, ANOVA dan Korelasi sahaja, saya kira ia memadai sebagai panduan untuk mereka terus tegak berdiri dan teguh melangkah. Kejapkan semangat, teruskan nekad pasti Allah tidak akan mempersiakan usaha dan niat murni kita. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada yang hadir, dan saya percaya kehadiran semua ke bengkel inii bukan kerana dipaksa tetapi lahir daripada desakan dan keperluan diri sendiri dalam menyempurnakan tugasan penyelidikan serta niat untuk menambah ilmu di dada. Alhamdulillah ... Kecil namun signifikan. What more do you expect?
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |