Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Asia-Europe Meeting 

8/31/2014

0 Comments

 
Picture
Asia-Europe Meeting (ASEM) tiba lagi dan kali ini bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Saya dipinang oleh pihak KPM untuk bertugas sebagai rapporteur bersama beberapa rakan sejawat yang lain. Saya anggap itu sebagai satu penghormatan serta tanggungjawab yang perlu dilangsai sebaiknya, di samping peluang menimba pengalaman serta memperluas rangkaian kenalan dalam pelbagai bidang khususnya yang datang dari negara-negara lain. 

Harapan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap tugas merekod segala isi kandungan dalam bengkel, ucap utama serta sidang plenari jelas diketengahkan oleh wakil dari KPM yang bermesyuarat dengan kami. Jadi saya anggap ini bukan tugas main-main. 

Sejujurnya, sudah lama saya tidak berpergian meninggalkan keluarga untuk bertugas namun kali ini saya tiada pilihan lain kerana terpaksa bertugas sekali lagi pada awal pagi esoknya. Sementelah pula,   saya perlu meraikan majlis makan malam bersama peserta dan petugas yang lain. 

Picture
Saya tertarik dengan beberapa sesi plenari dan bengkel berkaitan MOOC serta pembelajaran atas talian (online learning) di mana banyak kupasan sekitar isu bagaimana memperkasa strategi dan polisi berkaitan dua perkara ini. Pembentangan daripada Prof. Mie Buhl dari Aalborg University Denmark, Prof. Bowon Kim dari Korea National Open University serta Prof. Jan Pawlowski dari Ruhr West University of Applied Science Germany adalah antara yang menarik perhatian saya. 

Ramai juga yang mempersoal bagaimana sistem pembelajaran berasaskan Massive Open Online Courses (MOOCs) boleh dilaksanakan serta sejauh manakah kelangsungannya, justeru kerana konsepnya MOOCs adalah sangat terbuka, di mana pelajar yang mengikuti kursus-kursus MOOCs mempunyai kebebasan untuk menarik diri. Hal lain yang turut dibincangkan adalah bagaimana akreditasi untuk MOOC dapat diselaraskan, serta isu pensijilan bagi kursus-kursus yang ditawarkan. Menarik sekali apabila nama-nama besar dari pelosok dunia yang berbeza mengutarakan pandangan masing-masing. Dan seperti yang saya duga, isu budaya tidak terkecuali dari perdebatan. 
Picture
Meski agak keletihan kerana perlu menyiapkan laporan seusai sesi dijalankan, hati berasa puas dengan pengalaman ini. Horizon pemikiran perlu diliuk lentuk agar lebih bersifat fleksibel serta berani menerima pandangan asing. Ternyata, kita tidak boleh terlalu selesa dalam kotak dan zon kita. Dunia tanpa sempadan menyebabkan kita harus memangkas segala pagar dan kawat yang menyekat arus pemikiran. Namun itu tidaklah bermakna kita harus menerima segalanya bulat-bulat. Di sinilah nilai bestari dalam diri perlu digilap. Alangkah jauhnya lagi perjalanan.  Alangkah banyaknya perkara yang harus saya pelajari! 
Picture
0 Comments

My silent oath

8/30/2014

0 Comments

 
Picture
Entah kenapa undangan itu agak tiba-tiba. Petang hari perjumpaan dengan Datuk VC akan diadakan, pagi ini emel baru sahaja diterima. Memandangkan ada klausa 'PENTING DAN WAJIB' pada kehadiran, lalu saya tidak perlu berfikir panjang untuk meluangkan masa. Cuma beberapa minit terpaksa menyelidik untuk mengenalpasti lokasi Dewan Anwar Mahmud. Maklumlah saya bukan alumni UKM. Meski sudah menghuni kampus ini hampir sembilan tahun, inilah kali pertama saya menjejak letaknya dewan tersebut. 

Banyak perkara yang dikongsi dalam agenda sembang petang itu. Memang ianya tidak dilakukan secara formal dan saya melihat bagaimana tingginya hasrat dan inspirasi Datuk VC UKM untuk melihat lonjakan dari sudut profesionalisme para pensyarah; bukan sahaja dari sudut penerbitan semata-mata namun lebih jauh dari itu beliau memberi ingat akan perkara-perkara mutlak yang lain. Hal ini turut ditekankan oleh TNC HEPI tentang Academic Culture of Excellence atau Akademik Berbudaya Cemerlang (ABC). 

Ungkapan itu membuat saya teringat akan sumpah dan janji saya kala menjawat jawatan ini. Tiga perkara yang saya senaraikan sebagai my silent oath, i.e.: 
- to become a good teacher 
- to become a researcher with high impact 
- to become a service provider 

Saya tidak pasti apakah janji dalam diam orang lain .. mungkin masing2 punya impian dan janji yang akan dikotakan di sepanjang perkhidmatan di kampus bertuah ini. 

Peringatan serta nasihat juga turut diberi agar setiap penyelidikan yang dijalankan bisa memberi impak kepada masyarakat, atau mampu menyelesaikan masalah dalam sosio masyarakat negara ini. Ini saya kira menjadi satu cabaran besar untuk ditangani oleh semua pensyarah kerana semua orang boleh menjalankan kajian, namun sejauh mana signifikannya hasil kajian terhadap isu-isu yang dikaji serta implikasinya kepada masyarakat masih boleh dipersoalkan!

3R adalah antara perkara yang saya kira wajib dihayati oleh semua - Referred, Relevant dan Respected. Jikalau ada ketiga-tiga elemen ini dalam diri setiap individu warganya, tentulah nama UKM sebagai a Guardian of Nation bakal menjadi satu realiti. Enam bidang keberhasilan utama universiti harus dihadam oleh semua dan dijadikan tulang belakang operasi sehari-hari; bukan hanya dihafal ketika hendak ditemuduga sahaja. 


 
0 Comments

e-Learning Support Training Series

8/19/2014

2 Comments

 
Insha-Allah, satu kursus akan saya jalankan di fakulti khusus untuk para pensyarah yang berminat serta merasakan keperluan untuk meningkatkan kemahiran dalam berblog. 
Saya memilih aplikasi Blogger sebagai permulaan awal, justeru Blogger merupakan salah satu platform yang dikenali ramai, serta agak mudah untuk digunakan untuk pengguna-pengguna yang baru berjinak dengan entri di atas talian. 

Mungkin pada masa akan datang saya akan cuba mengetengahkan Weebly pula :) 



Picture
2 Comments

Mengejar mimpi?

8/18/2014

2 Comments

 
Picture
Bilang seorang rakan fakulti; minggu-minggu sebelum kehadiran pelajar untuk semester baru seharusnya diisi sebaiknya untuk aktiviti individu dan lebih peribadi sifatnya, namun banyak pula perkara sampingan yang harus didahulukan justeru semua itu merupakan tugas hakiki serta tanggungjawab terhadap profesion. Saya bersetuju, benar-benar bersetuju. 

Jumaat yang lepas, saya berbengkel di Puri Pujangga untuk kumpulan penyelidikan Media Alternatif, pun terpaksa berlarian ke fakulti kerana ada dua mesyuarat yang harus dihadiri - pagi , Seminar ICELD dan petang pulang untuk perbincangan hasil projek IRIS bersama wakil dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).  



Hari ini, saya berkampung pula di Danau Golf Resort bersama ahli kumpulan penyelidikan Inovasi P&P pula. Semenjak pagi, kami memerah otak untuk menghasilkan bab dalam buku yang bakal diterbitkan pada tahun 2015. Saya sendiri, meski sudah punya bahan untuk dicanai dalam penulisan, masih tidak berkesempatan untuk berjinak-jinak dengan intro bab! Syukurlah, kesempatan berbengkel ini kami gunakan sebaiknya untuk proses penulisan secara lebih produktif . 


Dalam sibuk menggeluti penulisan, saya tersedar ada satu emel masuk: panggilan untuk menghadiri taklimat geran Sumitomo pula di Fakulti Sains Teknologi. Saya, bersama seorang lagi rakan dari ahli kumpulan yang berbengkel hari ini berbisik. Petang ini, harus ke sana kerana ini panggilan daripada ketua geran penyelidikan kami. Lalu, bengkel yang harusnya langsai sehingga petang terpaksa dihadiri separuh hari sahaja. 


Saya baru tersedar, kala telefon disenyapkan kerana berada dalam bengkel, ada panggilan masuk daripada rakan sejawat yang lain. Tentang geran Penyelidik Muda pula. Saya mohon maaf kepadanya kerana belum sempat melihat emel yang dihantar kerana perlu berada di luar pejabat. 


Duh. Saya menjeling jam. Sudah petang. Bab dalam buku belum juga langsai sepenuhnya. Pindaan peruntukan perbelanjaan untuk geran baru juga belum diberesi. 


"Banyak sangat dalam kepala saya ni! Nak fikir itu, fikir ini!" luahan hati ini saya dengar berkali-kali daripada beberapa individu berbeza. 


Bermakna, bukan saya seorang sahaja yang berhadapan dengan dilema ini. 


Saya mendongak ke langit, namun, langit di atas sana kelihatan seperti mengejek saya. 


Semua manusia punya 24 jam sehari. Akal fikiran yang dikurniakan Allah itu, gunakanlah sebaiknya. Jangan kerana terlalu berkisahkan urusan dunia, engkau lupa tanggungjawab paling utama - buat Tuhan-Mu. 


Sekonyong-konyong saya tertunduk malu :(



Picture
2 Comments

Harga silaturahim 

8/13/2014

2 Comments

 
Picture
Syawal yang datang dengan begitu cepat, berlalu juga begitu pantas. Sama seperti Ramadhan yang pergi meninggalkan garis rindu yang mendalam kepada makna pengabdian serta ketaatan. Syukur kepada Ilahi kerana tahun ini kita masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk sama-sama melaungkan takbir membesarkan Yang Maha Esa, mensyukuri segenap ruang dari nikmat yang tidak terkira. Allah .. Allah .. 

Beberapa hari nan lepas, saya dihubungi seorang senior saya  ketika saya mula berjinak-jinak dalam dunia pendidikan. Datin Siti Hajar, yang saya anggap anggap sebagai seorang kakak, kini menetap di Kedah setelah persaraan beliau. Panggilan yang saya terima itu ternyata memberi khabar dan kejutan. Ujarnya, sementelah dia berada di Kuala Lumpur mengunjungi rumah anak menantu, dia ingin menjenguk saya di Putrajaya. 

Saya benar teruja. Barangkali, 2005 menjadi tahun terakhir kami bertentangan mata. Dan kini, Syawal 2014, akhirnya Allah memberi peluang untuk kami bertemu lagi. Saya tidak berfikir panjang, lantas terus menjemput beliau ke teratak saya. 

"Wajib datang!", tegas saya. 
"InsyaAllah jika sempat. Kak Ti akan berada di Putrajaya untuk kunjungan ke 2 lagi rumah sahabat lama. Rumah Fariza insyaAllah yang ketiga."
"Ok, save the best for the last!"oceh saya. 

Dan saya agak buru-buru pulang ke rumah petang itu. Hanya sekadar mee udang, fikir otak saya dengan cepat. Lalu singgah sebentar di kedai runcit berdekatan rumah untuk mencari keperluan untuk mee udang. 


Picture
Beliau diiringi anak dan menantu di sisi. Saya dapat melihat riak ketenangan dalam wajah beliau. Kala anak-anak sudah membesar dan punya profession sendiri, beliau pula mengisi masa senggang dengan bertamu di pondok-pondok untuk menadah kitab kuning. Banyak yang ingin saya bualkan namun masa terpaksa dihadkan kerana beliau terpaksa bergegas ke KLIA untuk pualng ke Kedah pula. 

Terima kasih Kak Ti, kerana sudi memanjangkan silaturahim ini. 
Kebaikan dan segala nasihatmu akan sentiasa kukenang dalam kantung memori sebagai pendinding diri :)
2 Comments

e-Learning Support Blog

8/7/2014

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah, my other blog is born today. In line with the objective of the blog, i.e., to  support the use of e-learning platforms and other learning materials available online, I named this blog as 'e-Learning Support'. This is just my small effort  as an e-learning coordinator to cultivate the awareness of the benefits of online platforms in enhancing learning among fellow lecturers. 

Visit this blog HERE 


0 Comments

Palestine oh Palestine 

8/5/2014

0 Comments

 
Picture
Rana dan Bana
Picture
'Keluarga' kami di Nottingham
Picture
Anak kedua Musa, Lynn
Picture
Kami para wanita berbual di ruang lain, manakala lelaki bersantai di ruang tamu
Picture
Lynn yang cantik dipangkuan saya
Saya mengikuti perkembangan di Palestine saban hari dengan pelbagai perasaan yang mendalam. Kadangkala sebak lalu berair mata mengenangkan kekejaman terhadap saudara seagama di sana. Apatah lagi kala lagu-lagu jihad dikumandangkan, begitu menggegar nurani. Betapa dekatnya mereka dengan semangat mati kerana Allah, berbanding kita yang hidup bersenang-lenang di bumi bertuah ini. Peristiwa berdarah ini  turut membuat saya terkenangkan kenalan saya Brother Dr. Musa dan keluarganya yang berasal dari tanah Palestine. 

Mereka saya kenali ketika bermukim di Nottingham dahulu. Musa seorang yang sentiasa tenang, begitu menjaga solatnya. Sering kali, saya lihat beliau tanpa sangsi mendirikan solat di atas lantai di bilik kerja kami C12. Malahan, penghuni lain yang bukan Muslim sepertinya sudah lali serta tidak hairan dengan situasi begitu. Satu lagi sikap mereka yang membekas di hati adalah nilai 'takreemud dhuyuf' (menghormati tetamu) yang bersangatan. Pernah kami mengunjungi rumah beliau dan isterinya Rana, dua hari setelah mereka menerima cahaya mata baru, bernama Bana. Saya tidak percaya bahawa Rana yang baru beberapa melahirkan begitu gigih di dapur mempersiap juadah untuk kami. Beliau kelihatan kuat seperti bukan di dalam pantang. Kami pula yang 'seriau' melihat kelasakan Rana sehingga kami menariknya supaya duduk di kerusi. 

Pernah juga saya tanyakan keadaan di bumi Palestine. Balas Musa, mereka tidak pernah gentar, dan setelah tamat pengajian PhD beliau dengan pasti akan pulang ke Palestine untuk berkhidmat di salah sebuah universiti di sana. Tidak pula saya pastikan universiti yang mana satu. Lalu, setelah menerima khabar bahawa pihak tentera Zionis sudah mula mensasarkan sekolah serta institusi pengajian di sana, hati saya tiba-tiba terjentik. Allah, Allah .. Kau selamatkan mereka dan ahli keluarga di sana! Andai mereka terkorban, bariskanlah mereka dalam kalangan syuhada' ..ameen ya rabb! 

NOTA:

Nikmatnya kita hidup di bumi bertuah ini. Jika tiada rasa syukur, maka apalah ertinya segalanya ... :( 
0 Comments
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding