Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Ganu  clan

4/8/2022

0 Comments

 
Picture
Yang tidak mengenalinya akan menganggap dia seorang yang garang dan sukar didekati. Namun bila sudah mengenali, ternyata wanita ini tidak seperti yang difikirkan. 

Acara santap bersama sudah banyak kali dirancang namun seringkali tertunda-tunda kerana pelbagai sebab (yang  logik dan tak logik semua ada hahaha!). 

Pertemuan ini tidak lama sebelum dia terbang mengerjakan umrah di tanah suci. Tumpang gembira kerana dirimu dijemput sebagai tetamu Allah, sahabat. 

Dia juga merupakan baking queen. Tidak sesisa saya berdikir (meminjam frasanya) dan akhirnya puas hati dapat menjamah kek sarang lebah yang begitu enak sekali. 

Terima kasih Cik Jem di atas persahabatan ini. 
Semoga Allah merahmati :) 
0 Comments

My Sister in Edutech

3/2/2022

0 Comments

 
Picture
Kepulangannya dari Warwick sememangnya saya tunggu justeru Dr. Hazrati merupakan junior saya dalam bidang yang sama - Edutech. Banyak yang kami kongsi dan lalui bersama di sepanjang tahun-tahun yang sudah. 

Terkini, beliau dilantik sebagai Penyelaras Program Teknologi Pendidikan untuk penawaran secara ODL dan beliau telah menyerlahkan kemahiran serta gerakerja yang efisyen - satu nilai yang amat perlu sebagai seorang penyelaras program. Syabas Haz di atas kerja keras yang diberikan! 

Banyak perancangan yang hendak dilaksanakan untuk modul kami namun kerana keahlian dalam modul ini tidaklah begitu ramai yang aktif memandangkan sebahagian ahli modul yang lain juga telah ada komitmen dari segi jawatan pengurusan di luar fakulti, lalu banyak juga perkara yang tertangguh sekian lama. 

Jadi kepada Haz lah tempat saya merujuk dan meminta bantuan. Haz, didoakan Haz terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di fakulti ye. Mudah-mudahan segala jasa baik Haz akan diganjari pahala berlipat kali ganda daripada-Nya jua .. InshaAllah ada ruang kira kembara lagi bersama. Tentunya kenangan di Hong Kong akan sentiasa dalam kenangan :D 
0 Comments

Majlis  Anugerah  Seri  Sanggar  Intelek  2020

9/24/2020

2 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture

Pantasnya masa berlalu! Baru sekejap rasanya saya menulis satu entri tentang Hari Kualiti. Tup tup .. acara yang sama untuk tahun ini kembali lagi - namun dinaiktaraf namanya kepada Anugerah Seri Sanggar Intelek .. hebat tak namanya? 

Kehadiran saya ke majlis ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai ahli fakulti untuk turut sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, tahun lepas saya telah merasai rezeki untuk APC dan Anugerah Amalan Berkualiti, lalu tahun ini saya tidak menyimpan apa-apa harapan untuk naik ke pentas lagi. Dapat duduk-duduk bersama rakan fakulti, bergurau senda dan menyakat sana-sini merupakan momen indah yang jarang-jarang dapat dirasai dalam aktiviti seharian. Lalu kebersamaan itu yang benar-benar didambakan di sebalik kehadiran ke majlis ini. 

Tahniah kepada Dr Effendi @ Ewan - adik saya yang begitu cemerlang dalam tugasnya sebagai KJK Fakulti Pendidikan. Sekalung tahniah juga buat semua penerima APC kali ini serta penerima anugerah2 lain dan tidak ketinggalan salam perpisahan buat ahli-ahli fakulti yang telah bersara .. banyak kenangan dan penitisan ilmu yang saya perolehi kala berdampingan dengan insan-insan hebat yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa ini! Semoga Allah merahmati segala jasa baik dan ilmu bermanfaat yang dikongsi ... ameen. 

Alhamdulillah juga .. tiada menyangka untuk menerima anugerah top 10 untuk penerbitan dalam jurnal WoS/SCOPUS. Saya sendiri tidaklah aktif mana menulis dan menerbit, justeru terlalu banyak komitmen lain yang menanti di kiri kanan. Namun alhamdulillah .. kiranya para pelajar saya banyak menyumbang kepada anugerah ini. Terima kasih semua anak2 didik saya! 

Turut tidak saya sangka penglibatan dengan pihak industri (Telekom) yang memberikan sejumlah dana penyelidikan menyumbang turut diiktiraf. Alhamdulillah, jasa baik pihak Telekom akan sentiasa saya kenang :) 

Oktober kian mampir. Perancangan saya bertingkat-tingkat! 
Ada beberapa projek yang belum berkesudahan. 
Allahu Ya Mujib - kurniakan ketenangan jiwa dan kedalaman zihni untuk aku terus berkarya sebagai seorang akademik dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan kurniakan daku dengan sifat qana'ah dalam setiap nikmat yang Engkau hadiahkan ... 


2 Comments

Anugerah Bitara Pendidik UKM 2018

1/21/2019

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran buat-Nya jua di atas ilham dan kekuatan yang diberi untuk terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah sebagai pendidik.

Perjalanan saya di UKM bermula pada tahun 2005, sebagai seorang tutor. Berbekalkan Ijazah Kelas Pertama dari Universiti Malaya, saya melangkah ke Fakulti Pendidikan sebagai tutor dalam bidang Teknologi Pendidikan. Ramai sahabat saya tercengang kerana keputusan yang saya ambil untuk melompat ke bidang teknologi pendidikan - kerana Ijazah Pertama saya adalah Pendidikan Islam dengan minor Bahasa Arab :) Namun bagi saya itu bukanlah satu masalah besar, justeru apa jua yang dilakukan biarlah diteraskan oleh minat dan niat. 

Menerima pengiktirafan ini bukan untuk sanjungan, jauh sekali sebagai lesen mendabik dada. Namun, sebaliknya ia sesuatu yang begitu menginsafkan - saya seringkali bertanya kepada diri sendiri - layakkah aku menerima anugerah ini? justeru diri sendiri amat tahu kelemahan yang ada, malah terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Ianya seperti satu peringatan sehabis selesai pembelajaran PhD. Gelaran Dr. di pangkal nama bukanlah bermakna kita diiktiraf sebagai seorang yang serba tahu, sebaliknya, PhD adalah satu permulaan untuk kita mengenal dan meneroka diri - kapasiti dan potensi. 

Ala kulli hal, segala puji jua buat Azza wa Jalla yang membuka ruang untuk saya terus melangkah dalam dunia akademia, mengilhamkan idea untuk terus berkarya dan berinovasi. 

Terima kasih buat 'my significant others' yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan saya dari dulu sehingga kini. Dan yang pasti, kelompok utama yang banyak memberi kekuatan tentulah para pelajar saya sendiri! Tanpa anda, saya tidak akan ke mana. Tanpa anda, saya tidak mampu merencana sesuatu pendekatan yang bermakna. 

Tahniah juga buat semua pemenang yang lain.
​Semoga Allah merahmati setiap langkah hidup kita, selagi niat masih di landasan-Nya. Ameen! 

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Rampai Penyelidik 2018

8/9/2018

0 Comments

 
Picture

Program Rampai Penyelidik ini merupakan kali keenam seumpamanya di UKM. Alhamdulillah untuk kali ini, pihak Fakullti Pendidikan diberi kepercayaan untuk menerajui penganjuran Rampai Penyelidik ke-6 bertempat di DTAMS UKM. 

Pelbagai hasil penyelidikan berteraskan STEM dipamerkan sempena pameran sehari itu. Paling menggembirkan, sekumpulan pelajar dari SM Teknik Kuala Lumpur turut hadir untuk berkongsi cerita kejayaan mereka yang menonjolkan rekacipta yang menarik. Tahniah buat anak-anak SMTKL. Meski tidak lagi bertugas di sana, saya tetap berasa bangga. 

Ini kali kedua saya bertugas sebagai Floor Manager dan masih setia bergandingan dengan Dr Hazrati .. mungkin ini jawatan tetap dan berpencen barangkali. Tetapi saya tidak kisah kerana tugas ini meskipun mencabar namun menyeronokkan. 

​Hmm .. melihat hasil-hasil inovasi yang dipamerkan membuat saya menggaru kepala. Apa lagi perkara baru yang boleh dihasilkan untuk inovasi tahun ini? #neuronmati 

0 Comments

Anugerah Akademik Negara 2017

11/9/2017

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah meskipun dijemput bukan atas kapasiti pemenang (hahaha .. memang tidak pernah bermimpipun untuk mengisi borang pencalonan!) namun aura dan bahangnya tetap dirasakan. 

Bertempat di Hotel Mariott Putrajaya, acara gilang gemilang ini sememangnya memberi impak tersendiri kepada hadirin, apatah lagi buat pememang-pemenang yang merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam akademia! Sekalung tahniah diucapkan buat semua khususnya buat idola saya PM Dr Azidah Abu Ziden dari USM yang turut merangkul gelaran AAN bagi kategori Pengajaran. ​ 
Picture

Saya mengenali beliau beberapa tahun yang lalu apabila kami sama-sama menghadiri module e-Learning di AKEPT. Meskipun perkenalan kami begitu singkat, namun saya sentiasa mengingati Dr Azidah sebagai seorang yang berdedikasi serta satu contoh yang perlu dijadikan role model. I am so proud of you !! Yeayy!! 

Bersama-sama saya pada malam itu juga adalah para pelajar yang terlibat dalam showcase e-portfolio mereka kepada YBhg Dato Seri Idris ketika pelancanra e-portfolio pada 26 Oktober di UPM baru-baru ini. Terima kasih semua! 
Picture
Tidak terkecuali, di majlis ini berkesempatan juga bertemu rakan akademia yang jarang-jarang sekali dapat bersua! Terima kasih atas kenangan indah! 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Antara dua benua

11/1/2017

0 Comments

 
Tiada yang marah untuk kita bersahabat, malah Deen Islami sendiri menggalakkan kita bermahabbah meskipun melibatkan mereka yang bukan Muslim. 

Jessica Gregson. Daripada hubungan profesional kepada seorang sahabat. 
Begitu perjalanan hubungan kami yang selama ini terpisah antara dua benua. 

Dia yang saya kenali ketika giat menyiapkan bab 5 kajian PhD tidak pernah terputus sehingga kini. Selama ini juga kami berurusan hanya melalui emel dan malah, saya tidak pernah sekalipun melihat wajah sebenar beliau. 

Pernah suatu ketika saya begitu ingin mengetahui siapa sebenarnya Jessica lalu saya mencari nama beliau di enjin pencarian Google dan yang terpacul di hadapan hasil pencarian adalah maklumat bawah seorang Jessica Gregson adalah penulis novel British. 

Hmm .. tetapi persoalan itu lama saya simpan. 
Sehinggalah awal September baru-baru ini (siaran ini tertunda sekian lama!!!) beliau menghubungi dan memberitahu hasratnya untuk ke Malaysia buat beberapa hari lalu mencadangkan agar kami bertemu empat mata. Saya mengajaknya datang ke Putrajaya lalu beliau bersetuju.

Tentulah ini peluang yang tidak akan saya lepaskan. Selama inipun, tiada terlintas bahawa kami akan ditakdirkan bertemu secara fizikal! Saya cuma sesekali membayangkan jika saya berpeluang ke Glasgow, saya ingin cuba mencarinya! 

Dan, benarlah hasil carian Google saya - beliau penulis novel-novel itu! Oh banyak sekali perihal yang kami koingsi. Namun kata beliau, dia kasihankan saya kerana dia banyak mengetahui tentang diri saya lewat penulisan dan bahan ilmiah yang saya hasilkan tetapi saya hanya mengetahui nama dan alamatnya sahaja hahaha! Memang benar. Ianya tidak adil. 

Sehari bersama sahabat saya tidak terasa. Kala petang dia dihantarkan ke KLIA kerana ada janji dengan rakan dari UK yang transit sekitar 8 jam di sana. 

Tiada yang jauh dalam hidup ini. 
Sekali aku menerimamu sebagai sahabat, selamanya kau dalam hatiku. 


Picture
Picture
0 Comments

Syawal  1438H

7/12/2017

0 Comments

 
Picture
Picture
Mengekalkan tradisi tahunan, jamuan kesyukuran sempena Adil Fitri tetap meriah di rumah kami Fakulti Pendidikan. Perkarangan berbeza iaitu di Hub Inovasi Pelajar juga memberi sentuhan yang lebih manis kerana lokasinya yang agak redup dengan teduhan dedaunan di sekeliling. Para tamu dari luar fakulti turut sama menjadi penyeri kepada acara hari ini. 

Alhamdulillah thummalhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan buat kami insan-insan kerdil. Mudah-mudahan sahaja silaturahim menjadi lebih kukuh serta sebarang jurang dapat dirapatkan safnya. 

Di kesempatan ini masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Syawal buat semua. Mohon dimaafkan segala khilaf secara sengaja atau tidak. Lembayung rahmat Allah jua yang kita dambakan :) 

Oh oh .. ruang ini sudah banyak bersawang. Rupanya kali terakhir saya menulis adalah pada bulan April yang lalu. Duh, masa memang memburu. Mohon permisi semua! 


Picture
Bersama Prof. Dato' IR. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa - orang ganu kite :)
0 Comments

K-Novasi 2017

2/23/2017

0 Comments

 
Tahun ini merupakan kali ketiga Knovasi peringkat UKM dijalankan dan saya tidak pernah melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan acara tahunan universiti ini. Karnival pada tahun ini lebih menarik kerana penyertaan turut dibuka kepada para peserta dari luar UKM, berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Lokasinya juga berbeza. Jika sebelum ini K-Novasi dijalankan di DECTAR, pada kali ini kami beramai-ramai menyerbu Dewan Gemilang pula. 
Alhamdulillah, dalam mengejar hari-hari yang padat saya sempat menyediakan satu poster ringkas tentang bagaimana mengintegrasikan Augmented Reality dalam menyuntik motivasi pelajar menggunakan kerangka ARCS. ​Terima kasih kepada semua rakan fakulti yang sudi singgah di booth saya dan tidak terkecuali- Azura, kenalan dari FTSM semenjak tahun 2006 lagi, Dr Hasanah dari Citra, Prof Madya Dr Raihanah Mydin - Pengajaran UKM serta para pelajar saya yang pernah terlibat dengan proses pembelajaran menggunakan bahan AR - meskipun tiada kesempatan bertemu mata. 

Acara pada tahun ini juga saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang penggunaan Trello yang saya khususkan kepada aspek penyeliaan pelajar pascasiswazah bersama para peserta K-Novasi melalui Bengkel Nano. Tambah istimewa kerana saya berpeluang bertemu lagi dengan PM Dr Wan Zuhainis Saad dari UPM yang sememangnya amat saya hormati dari sudut kreativiti serta jiwa pendidiknya yang menjadi suri teladan buat semua. Thanks Dr Wan for the knowledge shared! :) 

​
Alhamdulillah thummalhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar, pingat emas juga dalam genggaman. Tidaklahi iham itu datang kerana kebijikasanaan manusia, sebaliknya kerana rahmat dan kurnia-Nya jua. 
0 Comments

Konvokesyen UKM 2016

11/9/2016

0 Comments

 
Picture
Saban tahun, acara ini seringkali menggamit rasa. Mungkin begitu perasaannya apabila menjadi seorang guru. Gembira bukan kepalang melihat kejayaan para pelajar apatah lagi dalam majlis konvokesyen yang istimewa sebegitu rupa. Saya pasti majlis ini menjadi satu kenangan hebat buat setiap pelajar. Manakan tidak, para ibu bapa serta keluarga terdekat, dan tidak terkecuali sahabat handai sanggup meluangkan masa dan datangnya dari segenap pelosok negara hanya untuk meraikan majlis graduasi. 

Meskipun telah saya ucapkan di Facebook, namun ingin saya ulangi sekali lagi ucapan TAHNIAH dan MABRUUK buat semua pelajar saya - pra mahu pun pasca siswazah. Anda sememangnya layak diraikan sedemikian rupa! Tidak sampai 48 jam .. kegembiraan masih masih bersisa pastinya!

Tamat pengajian bukanlah bermakna pengakhiran bagi anda .. namun percayalah ini sebenarnya satu permulaan. Sudah pasti semua yang telah bergraduasi sedang menunggu saat untuk terjun ke bidang pekerjaan atau mungkin mula membina pelamin angan .. hal itu adalah lumrah kerana kitaran hidup secara umumnya begitu. 

Ramai juga yang saya perhatikan sudah melalui proses temuduga untuk penempatan. Mudah-mudahan sahaja anda dihantar bertugas dengan segera. Mudah-mudahan sahaja lokasinya sesuai dengan jiwa dan semangat guru baru. Sebarang dugaan dan cabaran harus dijangka. Tiada yang mudah dalam hidup! 

Namun saya ingin menitip sedikit pesanan kecil buat semua serta peringatan buat diri sendiri. Apabila anda semua telah mempunyai segalanya - kerjaya, keluarga, kemewahan dan harta benda .. barang jangan dilupa kepada kedua orang tua kita .. 'wajib' bagi kita menghulur kepada mereka setiap bulan daripada duit gaji hasil titik peluh kita walaupun sedikit. Orang tua tidak pernah meminta .. tetapi percayalah .. walau sedikit cuma yang dihulurkan, ia umpama mutiara yang berharga yang akan dikenang-kenang! Sejujurnya, perasaan bahagia kerana memberi mampu mengatasi segalanya!
0 Comments

International Conference on Education and Regional Development

11/7/2016

1 Comment

 
Picture
Picture
International Conference on Education and Regional Development atau kependekannya ICERD, telah berlangsung di Universitas Pendidikan Bandung pda 31 Oktober nan lepas. Saya pada awalnya tidak berniat untuk turut serta namun memandangkan seramai empat pelajar sarjana di bawah penyeliaan menyatakan hasrat membentangkan kertas kerja, lalu semangat saya turut tercuit. Rombongan kecil kami hanya sejumlah enam orang. Namun kala menunggu pesawat di KLIA, kiranya lebih 40 peserta ICERD lain turut menjadi penumpang. Meriah! 

Universitas Pendidikan Bandung berlokasi di Setiabudi namun kami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Pasar Baru Square di Jalan Otto Iskandar lantaran jaraknya yang hanya memakan masa 2 minit untuk ke Pasar Baru. Bukan niat utama untuk berhabisan wang rupiah, namun memikirkan bahawa kawasan sekitar itu lebih nyaman untuk bersiar-siar berbanding Setiabudi yang agak jauh dari ribut kota serta sukar pula mencari tempat makan yang enak. Sementelah, saya simpati dengan hasrat anak-anak buah yang pastinya mengimpikan telekung serta segala macam hasil jualan di Pasar Baru (alasan!) lalu kiranya piihan kali ini memang tidak mengecewakan. 

Seminar ICERD yang dijadualkan berlangsung selama sehari setengah akhirnya dipendekkan menjadi acara satu hari. Entah apa penyebab sebenar, hanya pihak urusetia yang lebih mengetahui. Lalu hari kedua yang diperuntukkan untuk seminar harus diisi dengan agenda lain. Syukur kerana supir kami - Fazar sangat baik dan penyabar orangnya. Kami dibawa melawat Farm House serta Floating Market - dua tempat menarik yang belum pernah saya jejaki meskipun pernah dahulunya sampai ke Bandung sekitar tahun 2009. Sempat juga singgah sebentar di Jalan Cihampelas untuk mencari barangan kulit dan malamnya kami mengisi perut kosong di Kampung Daun. 

Kembara kali ini memang menyeronokkan. Mungkin kerana jumlah kami berenam membuat keadaan gamat dan kadangkala gegak gempita! Alhamdulillah, ala kulli hal .. saya kira ini satu aktiviti yang bermakna bukan sekadar untuk mengisi masa terluang namun yang jelas hubungan bersama supervisee saya yang happening sememangnya semakin erat serta membekas di hati. 

Tahniah semua di atas usaha yang diberikan untuk menghasilkan makalah, serta semangat yang tinggi untuk membentangkan hasl penulisan masing-masing dalam persembahan yang terbaik!!! I am really proud of you - Ila, Nad, Syaida, Fiqah! Good job! Terima kasih kasih juga buat En Yusoff selaku 'pengawas' rombongan yang sporting hehehe .. 

Ingatan indah ini akan saya kenang selamanya! 


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
1 Comment

Hari Inovasi 2016

10/19/2016

2 Comments

 
12 Oktober 2016.
Telah beberapa hari berlalu namun baru saya temukan sedikit waktu untuk menulis tentangnya di sini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini merupakan kali ke-4 Fakutli Pendidikan menjayakan Hari Inovasi sebagai acara tahunan. Namun majlis pada tahun ini agak istimewa kerana diadakan di lokasi luar fakulti - DTAMS .. err seberang jalan sahaja sebenarnya :) 

Selain pertandingan poster penyelidikan dan e-Inovasi, pengisian baharu pada tahun ini adalah Bicara Inovasi yang menampilkan 10 pakar fakulti yang berbicara tentang topik pelbagai. 

Alhamdulillah dengan masa yang terkejar-kejar saya sempat menghantar dua poster serta satu video multimedia. 
Picture
Picture
Tiga pelajar masters saya turut sama mengambil bahagian dengan menghantar poster masing-masing .. good job Ila, Fiqah dan Syaida! I am so proud of you! Alhamdulillah atas pulangan yang saya pasti datangnya daripada-Nya jua .. 
2 Comments

Massive Open Online Courses

9/29/2016

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah ala kulli hal .. meski hidup berantakan mengejar hari dan tugasan, semua yang dirancang berhasil dilangsaikan meski masih ada cacat cela yang harus diperbaiki dari masa ke semasa. Namun, tanpa langkah kecil dan usaha awal, setiap impian tidak akan dapat direalisasikan. Alhamdulilah, setinggi-tinggi syukur dirafa'kan buat-Nya kerana memberi ruang dan kekuatan untuk sama-sama menyelesaikan impian pihak fakulti khususnya dan UKm amnya untuk melihat lebih banyak kursus ditawarkan dalam bentuk Massive Open Online Courses (MOOCs). 

Bermula sekitar May tahun ini, saya dipertanggungjawabkan mengepalai gerakerja penghasilan kursus MOOC dalam kalangan pensyarah di fakulti yang dilancarkan di bawah Jawatankuasa Global Online Learning  atau PENDETA FPend di mana saya bertindak sebagai pengerusi. Melalui gerakerja ini, perancangan telah dibuat bersama beberapa rakan pensyarah lain yang turut sama menjadi orang kuat memberi sokongan teknikal kepada semua pensyarah terlibat. Beberapa siri bengkel dijalankan secara berkala, meskipun kehadiran tidak semuanya penuh kerana komitmen pensyarah yang pelbagai di sana-sini. 

Picture
Semalam adalah hari yang dinanti. Semalam merupakan hari di mana Majlis Menandatangani MOA antara UKM dan Open Learning Malaysia telah dijalankan di Bilik Senat Universiti. Serentak dengan itu juga, berlangsung acara penyampaian sijil kepada semua pembangun MOOC serta hadiah kepada tujuh kursus MOOC terbaik. Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga, serta empat Saguhati. Masing-masing membawa pulang sijil serta wang tunai mengikut kadar tersendiri. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada kursus2 yang berjaya mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga serta pemenang saguhati. Kursus Inovasi dan Teknologi dalam P&P hasil air tangan saya serta rakan-rakan: En Md Yusoff Daud, Mejar mohd Jasmy Abd Rahman dan Cik Mazalah terpilih antara salah satu penerima hadiah Saguhati .. alhamdulillah atas pengiktirafan ini :) ​

Sokongan daripada pihak kedekanan serta dokongan daripada pihak PPTP pastinya juga tidak dilupakan .. semoga Allah memberi lebih nikmat dan kebahagiaan buat semua .. ameen ya rab! 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Tenanglah dikau di sana . . .

9/16/2016

0 Comments

 
Jumaat nan mendung. Semenjak pagi langit menangis .. seperti tahu yang dunia akan kehilangan sebutir permata. Mesej-mesej tidak henti masuk ke group WhatsApp ahli DS memberi khabar terkini tentang keadaan kesihatan Tuan Guru kami Dato' Dr Haron Din. Berita pemergian beliau saya terima dengan seribu rasa. Tentunya hiba dan sendu sekali. K. An, sahabat dari UPM bertanya sama ada saya sudah maklum tentang berita pemergian itu. Saya membalas ringkas. Ahli-ahli yang lain mengajak agar setiap seorang menghadiahkan satu juzu' untuk disedekahkan kepada roh Tuan Guru. 

Kenangan itu tiba-tiba datang menjelma. 
Sungguh saya rindu akan musim kuliah setiap Isnin yang pernah dilalui sepanjang setahun itu bila mana kami bergelar anak murid Tuan Guru. Hari bersejarah ketika ditauliahkan tentu sahaja menjadi kenangan paling berharga di sepanjang zaman. 

Jumaat penuh barakah menjemputnya kembali kepada Azza wa Jalla.. tenanglah dikau di sana wahai guruku .. tentu sahaja engkau sedang berbahagia di sana .. menemui Pencipta Rabbul Jalil .. 

Masa kita entah bila. Bekal kita sudah pasti jauh dari mencukupi. Pemergian ini begitu memberi erti. Membekas masuk ke sanubari. Al-Faatihah ... 

​
Picture
0 Comments

K-Novasi 2016

2/22/2016

0 Comments

 
K-Novasi UKM kali ke dua telah selamat berlangsung pada 16-18 Februari 2016. 
Saya hanya menghantar satu penyertaan poster penyelidikan di bawah tajuk CMS-4-CoP: Using a Content Management System to Facilitate the Development of A Community of Practice yang melibatkan penggunaan laman web Weebly saya ini untuk tujuan P&P melalui pendekatan Community of Practice. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat kedua juri yang percaya dengan produk dan usaha kecil ini sehingga layak dianugerahi pingat emas, alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan pula urusan  kedua-duanya di dunia dan akhirat, ameen ya rabb. Sebanyak 45 pingat emas dimenangi dan selebihnya pingat perak dan gangsa. Penyertaan pada tahun ini jauh lebih banyak berbanding tahun lepas. Ujar Prof Radha, Knovasi tahun hadapan pasti lebih menarik kerana penyertaan akan dibuka kepada universiti luar. Pasti lebih sengit saya kira. 

Apapun, alhamdulillah .. syukur jua kepada-Mu Ya Rabb di atas kenangan manis ini. 

Minggu yang agak padat. Demam urat pula melanda. Ya Syaafi .. ishfini shifa'an aajlian amen.. 

Picture
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding