Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran buat-Nya jua di atas ilham dan kekuatan yang diberi untuk terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah sebagai pendidik.
Perjalanan saya di UKM bermula pada tahun 2005, sebagai seorang tutor. Berbekalkan Ijazah Kelas Pertama dari Universiti Malaya, saya melangkah ke Fakulti Pendidikan sebagai tutor dalam bidang Teknologi Pendidikan. Ramai sahabat saya tercengang kerana keputusan yang saya ambil untuk melompat ke bidang teknologi pendidikan - kerana Ijazah Pertama saya adalah Pendidikan Islam dengan minor Bahasa Arab :) Namun bagi saya itu bukanlah satu masalah besar, justeru apa jua yang dilakukan biarlah diteraskan oleh minat dan niat. Menerima pengiktirafan ini bukan untuk sanjungan, jauh sekali sebagai lesen mendabik dada. Namun, sebaliknya ia sesuatu yang begitu menginsafkan - saya seringkali bertanya kepada diri sendiri - layakkah aku menerima anugerah ini? justeru diri sendiri amat tahu kelemahan yang ada, malah terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari. Ianya seperti satu peringatan sehabis selesai pembelajaran PhD. Gelaran Dr. di pangkal nama bukanlah bermakna kita diiktiraf sebagai seorang yang serba tahu, sebaliknya, PhD adalah satu permulaan untuk kita mengenal dan meneroka diri - kapasiti dan potensi. Ala kulli hal, segala puji jua buat Azza wa Jalla yang membuka ruang untuk saya terus melangkah dalam dunia akademia, mengilhamkan idea untuk terus berkarya dan berinovasi. Terima kasih buat 'my significant others' yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan saya dari dulu sehingga kini. Dan yang pasti, kelompok utama yang banyak memberi kekuatan tentulah para pelajar saya sendiri! Tanpa anda, saya tidak akan ke mana. Tanpa anda, saya tidak mampu merencana sesuatu pendekatan yang bermakna. Tahniah juga buat semua pemenang yang lain. Semoga Allah merahmati setiap langkah hidup kita, selagi niat masih di landasan-Nya. Ameen!
0 Comments
Leave a Reply. |
I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :)
Archives
December 2019
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|