Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Robing ceremony!

4/3/2021

0 Comments

 
Picture
The day has come, finally! 
Due to the pandemic strike, UKM convocation was postponed a few times already. Anyway, the waiting is worth it. My four supervisees went through this year. 

What a proud day it was. 
Congratulations, Dr. Mazzlida (absent), Dr. Fairus, Dr. Letchumanan dan Dr. Hairul! I know the journey was not easy. I know that there were times when some of you had the thought of quitting your study. The life of Ph.D. years is undeniably like a roller coaster ride. Tiada yang mudah untuk sampai ke tahap ini. Anyway, all of you managed to be here today. Be proud of yourself, be thankful to everybody who has done good things, and send their prayers throughout your journey. 

I am thankful to Him. Alhamdulillah.
There is no other moment that can beat this feeling! 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Konvokesyen UKM 2016

11/9/2016

0 Comments

 
Picture
Saban tahun, acara ini seringkali menggamit rasa. Mungkin begitu perasaannya apabila menjadi seorang guru. Gembira bukan kepalang melihat kejayaan para pelajar apatah lagi dalam majlis konvokesyen yang istimewa sebegitu rupa. Saya pasti majlis ini menjadi satu kenangan hebat buat setiap pelajar. Manakan tidak, para ibu bapa serta keluarga terdekat, dan tidak terkecuali sahabat handai sanggup meluangkan masa dan datangnya dari segenap pelosok negara hanya untuk meraikan majlis graduasi. 

Meskipun telah saya ucapkan di Facebook, namun ingin saya ulangi sekali lagi ucapan TAHNIAH dan MABRUUK buat semua pelajar saya - pra mahu pun pasca siswazah. Anda sememangnya layak diraikan sedemikian rupa! Tidak sampai 48 jam .. kegembiraan masih masih bersisa pastinya!

Tamat pengajian bukanlah bermakna pengakhiran bagi anda .. namun percayalah ini sebenarnya satu permulaan. Sudah pasti semua yang telah bergraduasi sedang menunggu saat untuk terjun ke bidang pekerjaan atau mungkin mula membina pelamin angan .. hal itu adalah lumrah kerana kitaran hidup secara umumnya begitu. 

Ramai juga yang saya perhatikan sudah melalui proses temuduga untuk penempatan. Mudah-mudahan sahaja anda dihantar bertugas dengan segera. Mudah-mudahan sahaja lokasinya sesuai dengan jiwa dan semangat guru baru. Sebarang dugaan dan cabaran harus dijangka. Tiada yang mudah dalam hidup! 

Namun saya ingin menitip sedikit pesanan kecil buat semua serta peringatan buat diri sendiri. Apabila anda semua telah mempunyai segalanya - kerjaya, keluarga, kemewahan dan harta benda .. barang jangan dilupa kepada kedua orang tua kita .. 'wajib' bagi kita menghulur kepada mereka setiap bulan daripada duit gaji hasil titik peluh kita walaupun sedikit. Orang tua tidak pernah meminta .. tetapi percayalah .. walau sedikit cuma yang dihulurkan, ia umpama mutiara yang berharga yang akan dikenang-kenang! Sejujurnya, perasaan bahagia kerana memberi mampu mengatasi segalanya!
0 Comments

Sekali setahun ... 

5/29/2016

0 Comments

 
Cerita semalam. 
Malam Apresiasi Prasiswazah Fakulti Pendidikan untuk tahun ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk meraikan anak-anak didik khususnya pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat setiap tahun kerana saya kira inilah masanya untuk duduk-duduk dan bersembang tentang masa hadapan, aspirasi kerjaya di samping merapatkan silaturahmi pastinya. 

Malang sekali dua pelajar di bawah bimbingan saya tidak dapat hadir ke majlis makan malam ini meskipun saya telah bersedia untuk menaja tempat duduk mereka. Rugi untuk mereka melepaskan momen sebegini di kala pengalaman sebagai pelajar pra-siswazah semakin kian menghampiri titik akhir. 

Pelajar fakulti yang merupakan bakal-bakal guru, 
Banyak hal yang menanti di luar sana. Di saat kakimu melangkah memasuki pintu pagar sekolah, di saat itu juga kau harus membuka ruang fikir dan tindak. Banyak perkara yang tidak bisa dihadam dengan akal biasa yang menantimu di dalam bilik darjah, di ruang bilik guru malah di pejabat sekolah. Hanya dengan pengalaman, kau akan membangunkan jati diri serta aspirasi kendiri. Jangan sesekali mengharapkan segala yang muluk dan mudah dan tuntas, justeru pancawarna yang bakal menyulami kehidupanmu sebagai guru tidak semudah diangankan. Hanya jika niatmu suci, minatmu abadi, sabarmu terpuji, untuk menjadi teladan suri buat anak bangsa sendiri .. baharu kau temui kebahagiaan abadi. 

Kepada semua bekas pelajar saya yang bakal bergraduat, saya mengucapkan selamat maju jaya! 
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Konvokeseyen dan kenangan

11/2/2015

 
gTiap kali musim konvokesyen kembali, kenangan pasti mengusik kalbu. Ingatan terhadap tahun-tahun di UM menjalani Ijazah Pertama tidak pernah dilupakan dan saya kira musim Ijazah Pertama merupakan tahun-tahun yang penuh ceria, malah sarat dengan pengajaran yang menjurus kepada makna kehidupan. Berbanding tahun-tahun menjalani Ijazah Masters, saya tidak dapat menikmati kegembiraan dalam persahabatan seperti mana yang dilalui di Ijazah Pertama. 

Silaturrahmi yang terjalin melekat di hati sehingga kini. Sesekali terjumpa rakan-rakan UM, pasti riuh sekampung, lupa dunia sekeliling. Indahnya persahabatan .. dan jika disebut semula peristiwa-peristiwa lucu pasti bergemuyruh gelak tawa memecah atmosfera! 

Saya menjalani pembelajaran Ijazah Masters di UPM. Berdiri sebagai seorang pelajar sepenuh masa yang ditaja UKM dalam bidang Teknologi Pendidikan, saya melangkah dengan hati penuh azam. Rakan-rakan satu program kala itu tidaklah ramai, seingat saya sekitar  9 orang sahaja dan kami sentiasa bersama-sama dalam kuliah lantaran pilihan subjek pula sama. Masih saya ingat beberapa nama seperti Simin Ghavifker, Sarugunan, Lili, Vighnarajah, Azlina serta beberapa yang lain. Pembelajaran di peringkat Master agak suram. Maksud saya, pembelajaran lebih berpusatkan kendiri. Hanya sesekali kami berkumpul, terutamanya di musim menyiapkan projek kumpulan untuk kursus Instructional Design. Saya berulang ke UPM hampir setiap hari meski tiada kuliah. Seronok berkurung di Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Saya melalui proses viva dengan tiga orang pembaca - dua pemeriksan dalaman, dan satu pemeriksa luar. Penyelia saya, Dr. Hj Mokhtar datang menjenguk muka sebelum sidang via dijalankan. Saya masih ingat kata-kata beliau: "Saya tak perlu masuk viva ni .. tapi saya mengirim doa untuk kejayaan Fariza. Saya datang ni nak beri semangat!". Debar hati sememangnya kencang untuk di'soal siasat' namun apa yang mampu di kala itu hanyalah doa kepada-Nya. Syukur dengan kurnia Allah, segala urusan dipermudahkan. Usai viva, pengerusi visa serta pembaca dalaman sempat meminta jasa baik saya menghatar mereka ke fakulti. Saya lalu dengan senang hati memandu menuruni bukit di mana bangunan GSO ditempatkan. Saya menyiapkan pembetulan keesokan harinya dan bertemu dengan pemeriksa serta pengerusi viva selang tiga hari kemudian untuk mendapatkan pengesahan pembetulan. Proses menunggu konvokesyen walau bagaimanapun, mengambil masa hampir setahun. Ketika saya sudah memulakan pengajian peringkat PhD, baharulah saya bergraduat sepenuhnya :)

Kisah PhD pula penuh warna. Agak panjang hikayatnya. Mungkin di lain masa saya mencoret. 
Tahniah buat semua anak didik yang telah bergraduat baru-baru ini. Wajah penuh kepuasan, syukur  dan bangga jelas terpancar. Kami para pensyarah tentu sekali berbesar hati melihat seorang demia seorang anak didik menaik pentas dengan senyum meleret dan langkah penuh gah. 

Semoga ilmu yang ditimba menjadi perisai dalaman untuk menjadi manusia yang sebenar2nya. 

Picture
Picture
Pelajar Fakulti Pendidikan
Picture
Salah seorang pelajar Sarjana saya, Puan Suzana Shaharuddin :)
Picture
Rakan-rakan fakulti
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2025
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    August 2023
    May 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKEPT
    AKRI
    Announcement
    Anugerah Bitara UKM
    Apel.Q
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Benchmark
    Bengkel
    Brunei
    BSTP
    Cabaran Perdana
    Campus Life
    Campuslife
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    Edutourism
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    FPend
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Life Long Learning
    Lifo Long Learning
    Love
    MARA
    Memory
    Micro Credential
    Micro-credential
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    ODL UKM
    Open & Distance Learning
    Open Distance Learning
    Palestine
    PhD
    Piety
    Pitching
    PKP
    Praktikum
    Praktkum
    Pray
    Project
    Provisional Accreditation
    PTPTN
    Publication
    Pusat Internet
    Pusat Kembangan Pendidikan
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Research Grant
    Robing
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Sijil Profesional
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Talk
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UKMShape
    UNESCO
    Universal Design
    Visit
    Viva
    Wedding