gTiap kali musim konvokesyen kembali, kenangan pasti mengusik kalbu. Ingatan terhadap tahun-tahun di UM menjalani Ijazah Pertama tidak pernah dilupakan dan saya kira musim Ijazah Pertama merupakan tahun-tahun yang penuh ceria, malah sarat dengan pengajaran yang menjurus kepada makna kehidupan. Berbanding tahun-tahun menjalani Ijazah Masters, saya tidak dapat menikmati kegembiraan dalam persahabatan seperti mana yang dilalui di Ijazah Pertama.
Silaturrahmi yang terjalin melekat di hati sehingga kini. Sesekali terjumpa rakan-rakan UM, pasti riuh sekampung, lupa dunia sekeliling. Indahnya persahabatan .. dan jika disebut semula peristiwa-peristiwa lucu pasti bergemuyruh gelak tawa memecah atmosfera! Saya menjalani pembelajaran Ijazah Masters di UPM. Berdiri sebagai seorang pelajar sepenuh masa yang ditaja UKM dalam bidang Teknologi Pendidikan, saya melangkah dengan hati penuh azam. Rakan-rakan satu program kala itu tidaklah ramai, seingat saya sekitar 9 orang sahaja dan kami sentiasa bersama-sama dalam kuliah lantaran pilihan subjek pula sama. Masih saya ingat beberapa nama seperti Simin Ghavifker, Sarugunan, Lili, Vighnarajah, Azlina serta beberapa yang lain. Pembelajaran di peringkat Master agak suram. Maksud saya, pembelajaran lebih berpusatkan kendiri. Hanya sesekali kami berkumpul, terutamanya di musim menyiapkan projek kumpulan untuk kursus Instructional Design. Saya berulang ke UPM hampir setiap hari meski tiada kuliah. Seronok berkurung di Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Saya melalui proses viva dengan tiga orang pembaca - dua pemeriksan dalaman, dan satu pemeriksa luar. Penyelia saya, Dr. Hj Mokhtar datang menjenguk muka sebelum sidang via dijalankan. Saya masih ingat kata-kata beliau: "Saya tak perlu masuk viva ni .. tapi saya mengirim doa untuk kejayaan Fariza. Saya datang ni nak beri semangat!". Debar hati sememangnya kencang untuk di'soal siasat' namun apa yang mampu di kala itu hanyalah doa kepada-Nya. Syukur dengan kurnia Allah, segala urusan dipermudahkan. Usai viva, pengerusi visa serta pembaca dalaman sempat meminta jasa baik saya menghatar mereka ke fakulti. Saya lalu dengan senang hati memandu menuruni bukit di mana bangunan GSO ditempatkan. Saya menyiapkan pembetulan keesokan harinya dan bertemu dengan pemeriksa serta pengerusi viva selang tiga hari kemudian untuk mendapatkan pengesahan pembetulan. Proses menunggu konvokesyen walau bagaimanapun, mengambil masa hampir setahun. Ketika saya sudah memulakan pengajian peringkat PhD, baharulah saya bergraduat sepenuhnya :) Kisah PhD pula penuh warna. Agak panjang hikayatnya. Mungkin di lain masa saya mencoret. Tahniah buat semua anak didik yang telah bergraduat baru-baru ini. Wajah penuh kepuasan, syukur dan bangga jelas terpancar. Kami para pensyarah tentu sekali berbesar hati melihat seorang demia seorang anak didik menaik pentas dengan senyum meleret dan langkah penuh gah. Semoga ilmu yang ditimba menjadi perisai dalaman untuk menjadi manusia yang sebenar2nya. Comments are closed.
|
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|