Ianya satu sinergi yang terbentuk dalam ekosistem yang dinamik. Tanpa sinergi dan sense of ownership yang tinggi, pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu hanya sekadar mainan mimpi di siang haru. Waduh ..! Berkilas bahasa pulak kali ni! Alhamdulillah ala kulli hal, Audit SIRIM selama dua hari (6&7 Julai 2020) berlangsung dalam suasana yang agak intense namun bersistematik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya buat KJK Fakulti kami Dr Effendi dan tidak dilupakan Pn Nadia yang banyak membantu dalam melengkapkan segala keperluan dan dokumen. Syabas juga buat semua auditee yang berjaya mengharungi sesi interogasi dengan penuh tenang dan berhemah. Berita gembira apabila Pn Elly, auditor kami mengumumkan tiada NCR, tiada FOI untuk Fakulti Pendidikan disambut dengan tepukan dan tangisan air mata gembira. Menambah kemeriahan apabila sambutan hari jadi Pn Nad turut diraikan secara kecil-kecilan dengan acara pemotongan kek yang sodap. Happy belated birthday Nad! Nanti saya bagi hadiah ye! :) Selesai bab audit, hari ini bergelumang pula dengan bengkel penyediaan proforma bagi kursus wajib baharu sarjana. Saya terlibat dalam penggubalan proforma untuk Kursus Penyelidikan bersama Prof Lilia dan Dr Aidah. Esok pula akan berlangsung bengkel bersama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berkaitan pemerkasaan Active Learning untuk pdp dalam talian. Allah Allah .. tak cukup kaki tangan dah ni .. markah juga masih ada yang belum diberesi, kerja-kerja editorial juga sudah mendapat 'warning' daripada Editor of Chief - Chris. Tuhanku, berikan rahmat dan rahim Mu buat kami yang sentiasa mengejar tugas-tugas dunia .. mudah-mudahan ia menjadi bekal pahala untuk kehidupan hakiki di sana .. Jom semua, kita sambung kerja!
0 Comments
|
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |