Sudah beberapa minggu berlalu. Masa senggang sukar dicari. Baru saat ini saya bisa membuat catatan kecil ini. Alkisah di cuti persekolahan Mac baru-baru ini, saya diamanahkan untuk melaksanakan kuliah bagi kumpulan pelajar Master Eksekutif di Kuching, atau lebih tepat lagi di IPGKTAR Kota Samarahan. Kebetulan, sahabat lama saya di UM - Dr. Noraini Omar bertugas di IPGKTAR lalu beberapa hari sebelum ke Kuching kami sempat berhubung. Sebelum saya terbang ke Kuching, beliau menghubungi saya dan menyatakan yang beliau akan menjemput saya di lapangan terbang dan kami akan terus makan malam bersama Kak Edot - seorang lagi rakan sekelas di UM dahulu. Tentulah hati ini girang sekali kerana kesempatan bertemu sahabat lama amat jarang diperolehi! Pertama kali bersua semula dengan Kak Edot- lidah saya agak kelu. Maklumlah sudah berpulh tahun tiada ketemu, tahu-tahu kami sidah bertentang mata! Tentulah nama rakan-rakan meniti di bibir - satu persatu dan semua cerita lucu kembali diputar semula. Aduh! Kepenatan dari kelas semenjak jam 8.30 pagi sehingga ke malam tidak dirasakan gara-gara keterujaan bertemu sahabat lama. K. Nor bukan sahaja meraikan saya pada malam ketibaan, malah keesokan harinya saya dibawa menjamah Laksa Sarawak serta mencari bekalan kek lapis Sarawak. Saya juga dibawa berkunjung ke rumah K. Nor yang cukup kemas dan rapi! Terima kasih yang tidak terhingga K.Nor atas budi baikmu itu. Akanku kenang dan mudah-mudahan kebaikan itu diganjari pahala yang tiada kesudahannya ameen! :)
Pada malam ke-dua pula saya menemui sahabat akrab yang sama-sama bermusafir ke Nottingham sewaktu pengajian PhD dahulu - Sal, pensyarah di UNIMAS. Projek asal untuk dia bermalam di bilik hotel saya tidak kesampaian kerana menurut Sal, ada hal yang harus dilangsaikan awal pagi esoknya lalu termangu-mangu saya sendiri kerana saya sudah memasang angan-angan untuk ber'pillow talk' bersama Sal hingga pagi tidak kesampaian! Sal datang ke lobi hotel dan membawa saya menjamu selera makan laut di Top Spot. Duh! Terlalu banyak yang hendak ditelan sehingga tidak mampu untuk menghabiskan juadah di meja. Banyak juga yang kami bicarakan. Terasa seperti malam-malam di Hartley Road di mana kami sering berbual sambil menghabiskan berkole-kole teh! Terasa masa begitu singkat sedangkan masih banyak perkara yang hendak dibualkan. Terima kasih mate, atas kesudian bertemu buat kali ini. Semoga Allah membalas kebaikanmu jua dan mempermudahkan segala urusanmu ameen!
0 Comments
|
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|