Menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Khalid bin Awang, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran. Delegasi turut disertai oleh Dr. Wan Suryani binti Wan Awang Timbalan Dekan (Akademik & Siswazah) dan Dr. Abd Rasid bin Mamat Penyelaras Program Akademik.
Antara perkara pokok yang dibincangkan semasa sesi ini termasuklah ➢ Pelaksanaan ODL bagi program pasca siswazah ➢ Kaedah dokumentasi dan implementasi ODL ➢ Pemantauan dan penglibatan pelajar dan pensyarah ➢ Pembangunan Modul Kursus dan Penyediaan SIMS Memandangkan kesemua ahli delegasi merupakan 'teman sekampung' jadi saya merasakan sesi ini amat dekat di hati, tentulah kerana boleh berbahasa Terengganu dengan lawasnya :D Terima kasih teman-teman dari UNISZA yang sudi mampir ke UKMShape. Sama-samalah kita mengimarahkan penawaran program secara ODL kerana sudah pasti ODL Is The Future! #ODL #ODLUKM #Benchmarking
0 Comments
Alhamdulillah selesai satu lagi sesi lawatan penanda aras. Kali ini daripada Pusat Pembelajaran Fleksibel (CFLEX) UNIMAS yang telah diadakan secara dalam talian.
Antara yang turut hadir pada sesi yang diadakan secara dalam talian tersebut adalah Dr Kartinah Zen, Pengarah Pusat Pembelajaran Fleksibel (CFLEX) serta para pensyarah UNIMAs yang lain. Perbincangan dan perkongsian dibuat seputar isu-isu berkaitan penawaran program Open & Distance Learning (ODL) serta Micro-credential. Meskipun UKM telah mendahului universiti-universiti lain dalam penawaran program secara ODL, masih banyak lagi perkara yang perlu diterokai sekaligus membantu dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan buat pelajar ODL kami. Semoga sesi ini memberi sedikit input yang berguna kepada sahabat-sahabat di UNIMAS. Seringkali saya tekankan setiap kali lawatan penanda aras daripada rakan-rakan universiti lain - bahawa kita bukanlah bersaing antara satu sama lain; sebaliknya kita harus saling memberi sokongan agar agenda untuk menyemarakkan penawaran program secara ODL dan Micro-credential dapat dicapai sekaligus mendokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat negara. Terima kasih Dr Kartinah dan rakan-rakan di atas kunjungan maya ini. All the best UNIMAS :) #ODL #ODLUKM #Benchmarking Hosted a benchmarking visit from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) at the Canselory building. The session was chaired by our Deputy Vice-Chancellor (Academic and international Affairs), Prof. Dr. Mohammed bin Kassim.
The head of a delegation from UMT was Prof. Dr. Ahmad Zamri, UMT's Deputy Vice-Chancellor (Academic and International Affairs). We discussed the Strategic Business Unit concept and the programs offered. Open and distance learning programs were among the topics discussed. The delegation from Hanyang University, South Korea led by Prof. Dr. Sukjoo Bae (Dean of General Graduate School), Mr. Kunsoo Lee (Senior manager of General Graduate School Administration) and Ms Jiyun Lee (Associate Manager of International Affairs, Admission Program) arrived at the Center for Shaping Advanced & Professional Educational (UKMShape) on their first visit to UKM.
Hanyang University has intended this visit to learn more about how the Open and Distance Learning (ODL) program is conducted by UKM. The session started with a welcoming speech delivered by Deputy Vice-Chancellor Academic & International Affairs, UKM, Prof. Dr Mohammad Kassim and was passed to Assoc. Prof. Dr Fariza Khalid, Deputy Director I (Academic and Programme Extension) to continue sharing more about UKMShape. Mrs Nurziyanti Mohamed Khan (ODL’s Project Manager) also presented the process involved in developing the ODL’s programs and the journey until UKM is ready to offer the program to local and international students. The session was continued by a presentation by Hanyang University on their first Online Program to be offered in September 2023. Sharing the same method of delivery for both programs ODL UKM and Hanyang University welcomed any opportunity for collaboration between UKMShape and Hanyang University in the near future. #UKM #UKMShape #ODLUKM #OpenDistanceLarning #HanyangUniversity Siaran tertunda lagi.
Alhamdulillah ala kulli hal - komitmen semua amatlah dihargai dalam menjayakan bengkel kali ini. Dua bentuk instrumen utama yang akan digunakan dalam penyelidikan ini : soal selidik serta temubual kumpulan berfokus. Menariknya kami didedahkan dengan Penalty Reward Contrast Analysis (PRCA) oleh PM Dr Zainol. Mendengar saja sudah teruja. Lalu sebulat suara kami memilih untuk mengadaptasinya dalam soal selidik yang dibina. Mudah-mudahan memberi satu makna yang signifikan kepada Research & Development ODL UKM. Agenda yang telah tertangguh semenjak sekian lama.
Bukan tidak bersemangat untuk memulakan, namun masa dan kesempatan seringkali melingkari diri. Namun syukur, calon RA telah ditemukan. Dia umpama diturunkan dari langit, di kala saya mencari-cari. Lalu apabila dia datang, Aishah terus saya lamar :) Barisan ahli penyelidik adalah rakan-rakan think tank saya yang sama-sama memerah otak sewaktu ODL UKM mula-mula di rekabentuk dan dibangunkan - PM Dr Faidzul dan PM Dr. Zainol - dua rakan yang saya kenali di Pusat Kembangan Pendidikan. Turut sama adalah Dr Hazrati yang sering saya kepit ke sana sini. Perjumpaan awal sebelum research bermula telah berlangsung bulan nan lalu namun baharu hari ini berkesempatan untuk mencatat di sini. Banyak perkara yang perlu dilangsaikan sebelum data kajian dikutip. Semoga dipermudahkan setiap langkah ini. Hasrat untuk berkunjung ke BSTP telah sekian lama tercetus namun seringkali juga masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah, kali ini hasrat tersebut telah dapat direalisasikan. Lawatan kerja ke BSTP KPM melibatkan team Business Development, ODL, Micro-credential & Sijil Profesional. Beberapa perkara telah dapat dicetuskan untuk kerjasama seterusnya.
Terima kasih BSTP di atas masa yang diluangkan untuk perbincangan pada hari tersebut. Mudah-mudahan silaturahim yang terjalin akan terus dikembangkan dari masa ke semasa. Di sini, berkesempatan juga untuk bertemu kembali dengan beberapa pegawai yang pernah saya kenali dalam program sebelum ini - en Faridzul dan rakan-rakan. Terasa seperti acara reunion pun ada :D Syawal telah berlalu namun kami belumpun berkesempatan untuk beraya bersama! Lalu kesempatan yang ada pada Jumaat yang lepas tidak dilepaskan untuk duduk-duduk sebentar sambil menikmati santapan tengahari.
Yanti, Sha & Zul - team ODL yang sentiasa positif dalam setiap apa yang dilakukan. Meski banyak rintangan di sana sini, lompang di kiri dan kanan namun itulah adat dalam perjalanan sebuah program baru saja menapak. Let's make it to the end ladies! Terima kasih di atas persahabatan ini. #odlukm #odlforever Kisah semalam. Dijemput ke Pengajaran UKM oleh orang kuatnya cik Jamilah a.k.a Cik Jem. Turut memeriahkan perbincangan adalah PM Dr Roziah - Pengarah PJK, Timbalan Pengarah Pembangunan Kurikulum yang baharu - PM Dr Zulkefli, Dr Laili dari GSB dan Pn Yanti, Project Manager untuk ODL UKM. Ada beberapa perkara yang diperhalusi dan cuba dihadam. Meski ada kesangsian tentang penggunaan istilah Semakan Kurikulum untuk program ODL (yang sepatutnya mengikut MQA adalah dianggap program baharu) kami sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Seperti biasa bila group ini berkumpul, hal-hal lain lebih banyak daripada agenda utama! Namun slot petang semalam bagi saya adalah satu sesi yang bermakna buat semua PTj terlibat - UKMShape, Pengajaran UKM dan Pusat Jaminan Kualiti UKM. Alhamdulillah terima kasih semua, semoga apa yang kita kerjakan sebagai satu amanah diganjari dengan kebaikan dan redha-Nya jua. Telah berlangsung beberapa purnama yang lalu namun seperti biasa, catatan tertunda! Bengkel Perancangan Strategik - sesuai dengan namanya menuntut pemikiran dan rasional agar selari dengan hala tuju UKMShape. Bengkel selama empat hari dihadiri oleh semua Ketua Projek dan ahli-ahlinya mengikut giliran penjadualan. Sebagai output, setiap projek perlu mengemukakan pembentangan bagi pelan strategik masing-masing sebagai batu asas dalam pelaksanaan dan pengoperasian. Sebagai salah satu project-based unit semenjak awal penubuhannya pada awal Januari 2021, ODL terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inisitaif bagi memastikan pengembangan dan pembangunan program dapat ditingkatkan. Syabas Yanti selaku Project Manager. Ada sesuatu yang menarik di sini. Lihatlah kreativiti mereka! Sarung tangan plastik yang dibekalkan semasa makan tengahari dijadikan bekas untuk menceduk jajan hehe ..
Maaf, catatan ini sudah terlebih dari basi. Namun kerana ini sahaja ruang yang ada untuk saya mencoret lalu hal ini perlu saya teruskan pengkisahannya.
Ya, kami kehilangannya. Instructional Designer pertama untuk Unit ODL - Sheril akhirnya meninggalkan UKM. Saya tidak mahu menghalang pemergiannya kerana pada hemat saya hijrah yang dilakukan adalah ke arah peningkatan profesionalism yang bermakna. Mudah-mudahan niat untuk menjadi seorang pensyarah yang penuh wibawa dan hikmah akan dapat digapai dengan jayanya! Saya juga mendoakan pada suatu hari kelak saya akan dapat bertemu dengan Dr. Sheril Syazwani! Begitu banyak baktinya buat ODL - satu program yang asing bagi kebanyakan orang khususnya di UKM ini namun kemasukan Sheril ke Pusat Kembangan Pendidikan bukanlah secara kebetulan. Proses temuduga yang berlangsung dari pagi hingga ke petang menuntut jawatankuasa pemilih (pada ketika itu dipengerusikan oleh mantan Pengarah PKP - Prof Norhamidi, dianggotai bersama oleh PM Dr Faidzul, saya, serta wakil dari Bendahari serta Jabatan Pendaftar) membuat pertimbangan yang teliti. Namun pengalaman yang berkait rapat dengan pengendalian LMS untuk program ODL akhirnya memancing kami untuk sebulat suara memilihnya sebagai calon pilihan. Alhamdulillah, beliau menerima tawaran lalu bermulalah perjalanan program ODL yang panjang lagi berliku. Unit ODL bertambah lagi keahliannya setelah Yanti, Pengurus Program melaporkan diri selang tidak lama selepas Sheril. Pada ketika itu kami bertiga bekerja rapat dalam hal-hal berkaitan ODL, disokong pula oleh Dr Faidzul dan Dr Zainol yang tidak jemu memerah otak untuk sama-sama mereka bentuk program ODL UKM yang julung-julung kalinya dibangunkan. Sebagai ID, tugas beliau banyak berkisar tentang penghasilan storyboard untuk bahan pembelajaran sokongan serta memberi penasihatan tentang penulisan modul bertulis kepada pakar kandungan yang terlibat. Ternyata pemergian Sheril yang belum diisi sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keseluruhan perjalanan pembangunan program ODL. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Tarikh sasaran untuk memulakan program ODL pada Januari 2022 tidak tercapai jua kerana faktor-faktor di luar kawalan. Tarikh-tarikh mesyuarat yang ditangguh beberapa kali di peringkat UKM mahupun KPT antara sebab perancangan awal terpaksa dilupakan. Namun seperti yang saya katakan tadi, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di saat-saat kami kehilangan seorang ID, tempoh persediaan secara tidak langsung menjadi lebih panjang, lalu ada lah ruang untuk bernafas alhamdulillah. Sheril, Saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Sheril di atas segala kepakaran yang dicurahkan serta komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan. Sheril merupakan seorang pekerja yang tahu skop tugasannya, tidak menunggu disuruh berkali-kali. Sekali arahan diberi, pasti akan siap. Inilah nilai profesionalisme yang harus diikuti oleh semua. Punctuality, accountability serta tidak culas/curi tulang dalam waktu bekerja, menjadikan beliau mempunyai status tersendiri di mata saya. Semoga Sheril gembira dan tenang di tempat kerja yang baharu. Jarak yang jauh bukanlah pemisah. Semoga akan ada ruang untuk kita berjumpa lagi di lain masa Insha Allah. Penstrukturan baharu bagi Pusat Kembangan Pendidikan memberi impak kepada beberapa bentuk perubahan, khususnya portfolio saya sendiri. Lantikan saya di PKP yang pada awalnya untuk mengisi keperluan khusus dalam pembangunan progam Open & Distance Learning telah melalui rombakan dalam kabinet di PKP dan ini menjadikan portfolio saya berkembang daripada Open & Distance Learning kepada Pengurusan Akademik & Pengembangan Program. Memang. Semakin berat tanggungjawab yang dipikul justeru tiga sub-bahagian di bawah penyeliaan saya menuntut komitmen kerja yang bukan sedikit. Namun, saya anggap ini sebagai satu amanah dan taklifan yang perlu ditangani dan dilaksanakan sebaiknya. Berhikmah dan berfikrah. Itulah cabaran yang perlu dijelmakan dalam semua bentuk tindak tanduk, pemikiran, komunikasi malah dalam mencapai sesuatu keputusan. Alhamdulillah perjumpaan ringkas sebagai tautan silaturahim antara semua ahli di bawah Pengurusan Akademik & Pembangunan Program akhirnya berjaya dijalankan meskipun secara dalam talian sahaja. Perkongsian skop tugas dengan sub-bahagian lain saya kira memberi manfaat kepada semua kerana sinergi yang kukuh sememangnya diperlukan dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi jika komponen tugas di antara sub-bahagian memerlukan perpetuation atau kesinambungan yang jitu. Sama-sama kita memacu ke arah merealisasikan hasrat untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan, sekaligus memberikan semangat yang lebih positif buat kita semua inshaAllah ... Alhamdulillah thummalhamdulillah ...
Sebuah perjalanan panjang akhirnya tiba juga ke titik ini. Satu lagi program di bawah Open & Distance Learning (ODL) melalui audit lokasi secara maya sebagai sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kelulusan akreditasi sementara iaitu Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuludin dan Falsafah). Setinggi-tinggi penghargaan buat penilai luar PM Dr. Azidah aka Dr. Jid, sahabat saya daripada USM dan PM Dr Helmi dari Pengajaran UKM di atas setiap maklum balas membina yang dikongsikan. Syabas dan tahniah buat semua tenaga kerja daripada FPI di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk program ODL ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan perancangan kita. Ameen. Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Audit Lokasi Secara Maya untuk Akreditasi Sementara Program ODL sulung kami. Dua program terlibat adalah Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.
Apa yang boleh dikatakan .. sesi sekitar 2 jam penuh dengan debaran dan pengharapan. Saya nampak kesungguhan semua ahli memberikan yang terbaik. Manakan tidak, usaha yang telah dicurahkan selama berbulan-bulan lamanya akhirnya sampai jua ke saat yang dinantikan. Meskipun laporan penuh belum kami terima, namun saya bermunajat kepada-Nya agar proses akreditasi sementara untuk program sulung ODL ini berjalan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr Effendi, KJK Fakulti Pendidikan di kerana menjadi hos yang tersangatlah awesomenya! You are the best Fendi! :) Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga buat YBhg. Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Dekan FPend yang telah membuat pembukaan majlis. Terima kasih semua ahli panel penilai, serta PM Dr. Dalbir Singh, Pn Hidayu dan Cik Hafizah dari PJK yang turut hadir. Terima kasih juga PM Dr Zainol selaku KJK PKP kami :) Sesi ini sesungguhnya tidak akan menjadi kenyataan tanpa sinergi daripada semua. Setinggi-tinggi tahniah buat Dr Hazrati selaku Penyelaras Program Sarjana Teknologi Pendidikan dan Dr Maslawati selaku Penyelaras Program Sarjana TESL. You have done a great job !! And of course, not to be forgotten - my ODL team: Nurziyanti our program manager and Sheril our Instructional Designer for your endless commitment and hardwork! To our CC team: Khairul, Zaidi and Hashim - keep up the great job! All the graphics are beautifully created! Alhamdulillah thummalhamdullillah! Kepala buntu untuk mengulas lebih lanjut. Pulang semalam juga dengan kepala kosong. Saya masuk ke peraduan lebih awal dan tidur juga lena! Alhamdulillah, our ODL team managed to conduct another workshop to facilitate the module writing process to all subject matter experts from the Faculty of Education. This time around, we had a chance to have a face-to-face session at Bangi Resort Hotel. It was unfortunate that I had flu a day before the date :( I decided not to attend the workshop, as I know my presence might create an unease atmosphere for the attendees. Adhere to the SOP first, peeps! Time flies so fast, and I know that it is not easy to complete the module writing within a short period. For that, I admire the commitment shown by all the module writers; despite a hectic schedule - classes, supervision, plus research activities - they dedicated their precious and valuable time to sit down for a whole day to continue with the writing process. Bravo to our Program Manager -Yanti, and our instructional designer - Sheril, for your diligence and enthusiasm throughout the day! Let's have Japanese cuisine together after the Raya! |
Archives
March 2025
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |