Masih di bawah lembayung bayang-bayang ODL. Alhamdulillah hari ini dapat berkumpul bersama geng EduTech meski kehadiran penuh masih belum juga dapat dipecahkan rekodnya! Ye ye .. ramai orang penting di dalam kumpulan kami ini. Lalu berjumpalah mereka yang berkelapangan pada hari ini.
Banyak yang dibincangkan khususnya berkaitan program ODL Teknologi Pendidikan yang inshaAllah akan mula menemui khalayak pada September 2021 ini. Bukan mudah untuk membina satu program ODL .. namun rasanya kami harus bersyukur kerana ODL, online delivery, multimodality learning materials, online assessment bukanlah sesuatu yang terlalu asing bagi mereka di dalam bidang Teknologi Pendidikan ini. InshaAllah nantikan kemunculan program baharu ini yang diberikan nafas yang lebih segar, dengan kursus yang diadun untuk mengisi keperluan semasa khususnya dalam teknologi dalam pendidikan yang bergerak begitu pantas. Minggu hadapan bakal bermula acara menulis modul. Jomlah kawan-kawan .. kita buktikan komitmen kita sehingga ke akhirnya. Kepada mereka di luar sana yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana secara dalam talian sepenuhnya .. kami mengalu-alukan kehadiran anda! InshaAllah saya akan kongsikan dari masa ke semasa tentang perkembangan program ini. Barangkali ada yang sedang mencari-cari peluang menghabiskan pengajian master dalam tempoh 1 tahun? Atau barangkali ramai para guru dan pegawai-pegawai dalam bidang pendidikan yang mencari kaedah pengajian yang fleksibel dan tidak mengganggu jadual hujung minggu? Yessza .. nantikan ..! #ODL #ukmodl #edutech #fpend
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
March 2021
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |