Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bengkel Penulisan Modul  Program  ODL

4/13/2021

0 Comments

 
Picture

Alhamdulillah, our ODL team managed to conduct another workshop to facilitate the module writing process to all subject matter experts from the Faculty of Education. This time around, we had a chance to have a face-to-face session at Bangi Resort Hotel. It was unfortunate that I had flu a day before the date :( 

I decided not to attend the workshop, as I know my presence might create an unease atmosphere for the attendees. Adhere to the SOP first, peeps! 

Time flies so fast, and I know that it is not easy to complete the module writing within a short period. For that, I admire the commitment shown by all the module writers; despite a hectic schedule - classes, supervision, plus research activities - they dedicated their precious and valuable time to sit down for a whole day to continue with the writing process. 

Bravo to our Program Manager -Yanti, and our instructional designer - Sheril, for your diligence and enthusiasm throughout the day! Let's have Japanese cuisine together after the Raya!  ​


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Center  for  Education Extension UKM

3/19/2021

2 Comments

 
Picture
Giving you small loves .. but don't you think we are actually thinking about money and income generation? :D
Picture
One for the album ^___^
Despite a hectic schedule throughout the week, we finally managed to spend a few hours shooting our center's corporate video. 

This is not my first time working on a corporate video. I have done it a few times before, particularly for my faculty and school. And working with the Creative Content team is not my first time either. We had collaborated on MOOC projects and other multimedia projects since years. 

When I was appointed to coordinate our Open & Distance Learning (ODL) program for the university, I was fear of not having sufficient support, especially for graphic and video development in our ODL unit. I was worried that designers who will be part of our team would not deliver the tasks as expected. What more if they are new staffs hired by our center. But Allah is The Most Beneficent, the Most Merciful. He answered my prayer instantly. Alhamdulillah, who might expect that these three awesome guys are sent to our unit when we least expect it. They are skilled and proficient designers, have a handful of experience and outstanding portfolios. This is what I believe to be a 'rahmah' and 'saadah' from Him. 


Anyway, it has been around six months since I joined the center. During the period, there is not a day left without me thinking about ODL. Since my first day at PKP, I tried to grasp the university's expectations and diligently think about the best way to make the initiative a reality. Of course, I am not doing this alone. And even if I did, I am quite sure that everything will never be as good as we have so far today. And for that, I am enormously thankful for having such great partners at PKP who had assiduously help me out and always be there to assist me in whatever matters it takes. Words alone will never be adequate to express my gratitude and appreciation for their kindness. Terima kasih banyak Dr. Faidzul and Dr. Zainol for being there all this while and for many more provisions of help in the future. Thanks for being part of our ODL think-tank group (but yes, sometimes during the discussions we became 'ting tong' as well!) 

Oh, oh .. there are many more things in the pipeline for our ODL program. I don't have the courage to tell you all the matters, still. InshaAllah .. later, when everything is settled and in place .. there will be chapters of stories I shall tell. ​
Picture
Our Director - Prof Norhamidi
Picture
Our Deputy Director - Dr Faidzul
Picture
Our Head of Quality Assurance - Dr Zainol
Picture
Our Head of Students & Alumni Affairs - Dr. Azahan
2 Comments

Medical Education Research Methodology and SoTL

12/17/2020

0 Comments

 
Picture
Agak lama tidak mengendalikan bengkel latihan, sementelah dalam keadaan negara masih berjaga-jaga dengan wabak Covid 19. Apapun, perihal kerja sendiri juga banyak membataskan keaktifan dalam sesi perkongsian akademik bersama rakan-rakan di luar sana. 

Namun alhamdulillah, semalam dan hari ini berkesempatan meluangkan masa untuk berbincang tentang Scholarship of Teaching and Learning bersama rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Perubatan UKM. 

Terima kasih di atas perhatian dan komitmen disepanjang 2 hari bengkel berlangsung. Slot saya - berbincang tentang bagaimana mengendalikan SoTL dalam konteks P&P menggunakan kerangka model ADDIE serta bagaimana menggarap keperluan dari sudtu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran, metodologi serta pelaksanaan penilaian untuk disesuaikan dengan keperluan P&P dan dalam masa yang sama mengendalikan satu kajian empirikal. 

Usai sesi perkongsian, kami dipecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membantu penyediaan proposal kajian. Saya dan Dr Azlina bertanggungjawab membantu kajian yang berhasrat membangunkan satu Virtual Clerkship untuk pelajar-pelajar Farmasi. Banyak input yang diberi, serta cadangan bagi membolehkan proposal lengkap dapat dihasilkan dan selari dengan perspektif pendidikan. All the best semua .. hope to see a complete proposal on the 22nd! 


Sekalung budi buat Fakulti Perubatan di atas jemputan ini. Tidak dilupakan Prof Lilia dan Prof Kamisah yang telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada ahli pasukan :) 

Semoga ada manfaat daripada keseluruhan pembentangan dan perkongsian yang telah diberikan. Allahul musta'an .. !
#SoTL #training #medicukm #fpendukm
Picture
0 Comments

Temubual  tokoh  ukm

11/24/2020

0 Comments

 
Picture

Saya dihubungi oleh sorang pelajar dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan beliau menyatakan hasrat untuk menemubual bagi tujuan penghasilan tugasan berkumpulan bagi tajuk Tokoh UKM untuk kursus Citra (Fotografi). Tidaklah selayaknya saya digelar tokoh, memandangkan pengalaman dan sumbangan yang ada  tidaklah seberapa namun kerana menghormati permintaan pelajar, saya bersetuju untuk ditemubual secara ringkas. 

Kumpulan ini merupakan gabungan para pelajar daripada fakulti yang berbeza - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, serta Fakulti Sains dan Teknologi.   Setiap mereka bertanyakan soalan bagi bahagian masing-masing - Claudia, Pek Yun, Kang Hoa dan Anis.


Ringkas tak ringkas, hampir 1 jam juga bercerita itu ini. Tidak lupa juga diselitkan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda tentang keghairahan menggunakan teknologi serta tips untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 

To all of you who came to me today, I wish you the best of luck! 
xoxo

0 Comments

Orang  kuat  siswazah!

10/22/2020

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Hasrat ini seringkali tertangguh-tangguh meskipun banyak kali disebut-sebut secara lisan! Sehinggalah akhirnya saya meninggalkan bilik Ketua Program PhD, baharulah akhirnya impian menjadi nyata haha! 

Alhamdulillah, dapat mengumpulkan semua orang kuat jawatankuasa siswazah FPend yang selama ini banyak menjadi tulang belakang kami dalam segala urusan berkaitan pelajar Sarjana dan PhD: Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura, K.Mahani, En Nizam, K Sah dan tidak ketinggalan KJK Dr Fendi serta KP Sarjana Dr Suzi. 

Terima kasih banyak-banyak di atas komitmen dan sokongan kepada saya selama bertugas sebagai KP PhD malah tidak jemu mengajar saya segala perkara yang saya tidak tahu sehingga menjadi tahu :) 

p/s: Terima kasih juga di atas kek yang marvellous! 

#friendshipremainsandnevercanend
0 Comments

Sijil  Profesional  Pengajaran  Pendidikan  Tinggi

10/1/2020

0 Comments

 
Picture

Saya diamanahkan untuk membangunkan serta mengendalikan salah satu modul bagi Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi untuk dihadiri oleh para pensyarah baharu - Modul Rekabentuk Semula Pengalaman Pembelajaran atau nama 'catchy' nya ReLEx. Bersama-sama saya yang merupakan pembangun modul dan tenaga pengajar adalah Prof Ismail Saibon serta Dr Harwati Hashim. 

Esok merupakan hari terakhir untuk modul ini di mana para peserta akan membentangkan pengajaran secara mikro. Selamat maju jaya buat semua! ^___^

0 Comments

Nota  Serah  Tugas

10/1/2020

0 Comments

 
Picture

Alhamdulillah, hari ini saya sempat menyerahkan Nota Serah Tugas untuk jawatan Ketua Porgram PhD bagi  Fakulti Pendidikan yang saya sandang lebih kurang 2 tahun setengah. Penggal pelantikan saya sebagai Ketua Program PhD sepatutnya berakhir pada bulan Februari 2021, namun kerana komitmen lain di Pusat Kembangan Pendidikan, jawatan ini tergugur sekaligus :D

Terima kasih Puan Nad kerana sudi bergambar kenangan dan mewakili TD Siswazah untuk menerima nota serah tugas ini. Saya mencari bos Siswazah (Prof Nik) namun beliau mempunyai tugas lain siang tadi.

Banyak yang saya pelajari semasa memegang jawatan ini ..  dan banyak lagi perkara yang mungkin saya tidak sempat belajar! Apapun, saya tabik hormat kepada semua kakitangan siswazah yang bukan sahaja komited dalam kerja mereka malah seringkali menjadi tempat rujukan saya apabila diperlukan : Puan Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura dan Kak Mahani merupakan tulang belakang saya semasa menjadi ketua program. Tidak lupa, TD kami Prof Nik yang sentiasa bersikap supportive serta tenang dalam apa jua situasi yang mendatang. 

Terima kasih semua atas kerjasama yang erat serta banyak mempermudahkan urusan saya selama ini. Sepuluh jari disusun jika ada kekurangan (pasti ada) dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Didoakan semua dalam rahmat Allah jua :) 



0 Comments

Majlis  Anugerah  Seri  Sanggar  Intelek  2020

9/24/2020

2 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture

Pantasnya masa berlalu! Baru sekejap rasanya saya menulis satu entri tentang Hari Kualiti. Tup tup .. acara yang sama untuk tahun ini kembali lagi - namun dinaiktaraf namanya kepada Anugerah Seri Sanggar Intelek .. hebat tak namanya? 

Kehadiran saya ke majlis ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai ahli fakulti untuk turut sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, tahun lepas saya telah merasai rezeki untuk APC dan Anugerah Amalan Berkualiti, lalu tahun ini saya tidak menyimpan apa-apa harapan untuk naik ke pentas lagi. Dapat duduk-duduk bersama rakan fakulti, bergurau senda dan menyakat sana-sini merupakan momen indah yang jarang-jarang dapat dirasai dalam aktiviti seharian. Lalu kebersamaan itu yang benar-benar didambakan di sebalik kehadiran ke majlis ini. 

Tahniah kepada Dr Effendi @ Ewan - adik saya yang begitu cemerlang dalam tugasnya sebagai KJK Fakulti Pendidikan. Sekalung tahniah juga buat semua penerima APC kali ini serta penerima anugerah2 lain dan tidak ketinggalan salam perpisahan buat ahli-ahli fakulti yang telah bersara .. banyak kenangan dan penitisan ilmu yang saya perolehi kala berdampingan dengan insan-insan hebat yang telah banyak menabur bakti kepada anak bangsa ini! Semoga Allah merahmati segala jasa baik dan ilmu bermanfaat yang dikongsi ... ameen. 

Alhamdulillah juga .. tiada menyangka untuk menerima anugerah top 10 untuk penerbitan dalam jurnal WoS/SCOPUS. Saya sendiri tidaklah aktif mana menulis dan menerbit, justeru terlalu banyak komitmen lain yang menanti di kiri kanan. Namun alhamdulillah .. kiranya para pelajar saya banyak menyumbang kepada anugerah ini. Terima kasih semua anak2 didik saya! 

Turut tidak saya sangka penglibatan dengan pihak industri (Telekom) yang memberikan sejumlah dana penyelidikan menyumbang turut diiktiraf. Alhamdulillah, jasa baik pihak Telekom akan sentiasa saya kenang :) 

Oktober kian mampir. Perancangan saya bertingkat-tingkat! 
Ada beberapa projek yang belum berkesudahan. 
Allahu Ya Mujib - kurniakan ketenangan jiwa dan kedalaman zihni untuk aku terus berkarya sebagai seorang akademik dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan kurniakan daku dengan sifat qana'ah dalam setiap nikmat yang Engkau hadiahkan ... 


2 Comments

Audit  Pengawasan  MS  ISO 9001:2005

7/8/2020

0 Comments

 
Picture
Ianya satu sinergi yang terbentuk dalam ekosistem yang dinamik. Tanpa sinergi dan sense of ownership yang tinggi, pencapaian yang membanggakan ini sudah tentu hanya sekadar mainan mimpi di siang haru. Waduh ..! Berkilas bahasa pulak kali ni! 

Alhamdulillah ala kulli hal, Audit SIRIM selama dua hari (6&7 Julai 2020) berlangsung dalam suasana yang agak intense namun bersistematik. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas khususnya buat KJK Fakulti kami Dr Effendi dan tidak dilupakan Pn Nadia yang banyak membantu dalam melengkapkan segala keperluan dan dokumen. Syabas juga buat semua auditee yang berjaya mengharungi sesi interogasi dengan penuh tenang dan berhemah. 

Berita gembira apabila Pn Elly, auditor kami mengumumkan tiada NCR, tiada FOI untuk Fakulti Pendidikan disambut dengan tepukan dan tangisan air mata gembira. Menambah kemeriahan apabila sambutan hari jadi Pn Nad turut diraikan secara kecil-kecilan dengan acara pemotongan kek yang sodap. Happy belated birthday Nad! Nanti saya bagi hadiah ye! :) 

Selesai bab audit, hari ini bergelumang pula dengan bengkel penyediaan proforma bagi kursus wajib baharu sarjana. Saya terlibat dalam penggubalan proforma untuk Kursus Penyelidikan bersama Prof Lilia dan Dr Aidah. 

Esok pula akan berlangsung bengkel bersama Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat berkaitan pemerkasaan Active Learning untuk pdp dalam talian. 

Allah Allah .. tak cukup kaki tangan dah ni .. markah juga masih ada yang belum diberesi, kerja-kerja editorial juga sudah mendapat 'warning' daripada Editor of Chief - Chris. Tuhanku, berikan rahmat dan rahim Mu buat kami yang sentiasa mengejar tugas-tugas dunia .. mudah-mudahan ia menjadi bekal pahala untuk kehidupan hakiki di sana .. 

Jom semua, kita sambung kerja! 



0 Comments

Taklimat  Latihan  Ilmiah

6/29/2020

0 Comments

 
Picture
Picture
Sememangnya ini normal baharu. Segala aktiviti turut melalui proses modifikasi untuk disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan semasa. Pagi tadi kami bersiaran dalam talian lagi untuk mendengar Taklimat Latihan Ilmiah yang akan dilalui oleh para pelajar FPend tidak lama lagi. 

Semoga kaedah baharu yang telah diformulakan oleh pakar-pakar pendidikan di fakulti dapat memberi manfaat dan pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. 

Oh oh .. ramai sebenarnya yang hadir namun kebanyakan lebih suka menyorok di sebalik gambar pegun. Jadi saya hanya tampal page yang memaparkan wajah 'live' sahaja ye:) 

0 Comments

Sambutan  Hari  Guru  2020

5/22/2020

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture

16 Mei setiap tahun merupakan tarikh penting buat warga pendidik, baik di peringkat sekolah mahupun di pengajian tinggi. Kami semua meraikan tarikh ini saban tahun, bukan untuk diri sendiri tetapi secara peribadi tentulah kerana menghargai segala jasa baik para guru yang telah mendidik anak bangsa, khususnya yang menjadikan diri kita seperti hari ini. 

Selari dengan normal baharu, sambutan Hari Guru di peringkat Fakulti Pendidikan tahun ini diadakan secara dalam talian. Tepat jam 9 pagi kami bersiap-siaga di hadapan gajet masing-masing untuk turut memeriahkan acara sambutan. Selain pelancaran 50 buah buku penulisan warga Fakulti Pendidikan, slot Bicara Intelek turut menarik perhatian. Tahniah kepada semua tenaga kerja yang menjayakan  program tahun ini, khususnya buat adik-adik saya di team teknikal. You did great!! 
​
PictureKredit foto: Harwati Hashim

Menyebut tentang guru, banyak yang menyentuh rasa justeru kerana jasa seorang gurulah, kita berada di mana kita sekarang. Kenangan di zaman persekolahan sudah pasti sarat dalam simpanan memori, namun tidak mampu dicatat di ketika ini. Suram malam begini, membawa ingatan jauh kepada arwah ayah, Cikgu Haji Khalid bin Taib. Semoga segala jasa bakti ayah diganjari pahala dan dikurniakan keampunan daripada Azza wa Jalla. 

Jom semua, kita sedekahkan al-fatihah buat semua guru kita yang telah kembali ke rahmatullah mahupun yang masih hidup, kita doakan keberkatan dan rahmat bagi seluruh kehidupan para guru kita ... 

0 Comments

Hari Anugerah Kualiti 2019

12/18/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Saya anggap ini acara penutup tahun 2019 kerana pada minggu hadapan ramai yang akan mula bercuti panjang dan terbang ke sana sini. Lalu majlis Hari Kualiti 2019 adalah tepat sekali dijalankan pada minggu ini di mana masih ramai yang bertugas. 

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang namun yang bezanya pada tahun ini ada majlis rasmi untuk meraikan penerima anugerah. Terima kasih dan tahniah di atas inisiatif ini, khususnya buat Yg Berusaha Dr Effendi, Ketua  Jaminan Kualiti yang menggerakkan usaha ini. 

Selain penyampaian anugerah untuk perkhidmatan cemerlang, majlis turut meraikan beberapa kategori lain melibatkan staf pelaksana dan staf akademik. 

Tiada pernah terfikir oleh saya untuk turut menerima Anugerah Amalan Berkualiti dan hal ini merupakan satu kejutan juga. Bingung juga memikirkan amalan apakah yang dipertaruhkan untuk mengungguli kategori ini? Rupanya, saya baru dimaklumkan bahawa pencalonan dilakukan oleh Ketua Pusat masing-masing dan diadili oleh juri yang dilantik dari institusi luar. Apapun, saya anggap in sebagai sebuah rezeki untuk disyukuri. Diri ini sememangnya tidak pernah sempurna namun pengiktirafan ini tentunya menyuntik rasa insaf serta qana'ah dengan segala nikmat daripada-Nya.  

Cepatnya masa berlalu, lagi beberapa minggu tahun baharu akan menjelma. To-do-list saya masih panjang! Jadi saya perlu pendekkan ocehan. 
Picture


Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Lagi tetamu

12/1/2019

0 Comments

 
Picture

Kehadirannya ke fakulti menemui saya untuk mendapatkan input tentang bahan pembelajaran berasaskan Augmented Reality yang telah dihasilkan untuk projek Sarjananya. Pelajar manis bernama Iffa merupakan pelajar sarjana dari FTSM yang kini sedang gigih menyiapkan produk untuk penulisan tesisnya. 

Beliau menghasilkan satu bahan pembelajaran berasakan AR dan diintegrasikan dengan elemen Artificial Intelligence yang melibatkan pengecaman mimik muka dan suara. Idea yang menarik serta sesuai dengan isu dan keperluan yang diutarakan. 

Bahan yang dibangunkan melibatkan pelajar darjah tiga sebagai pengguna sasaran. Tingkah beliau, bahan yang dibangunkan boleh membantu meningkatkan kemahiran ekspresi wajah para pelajar di samping dapat meningkatkan kemahiran penyebutan dengan lebih jelas. Namun, sudah pasti ada beberapa aspek yang perlu ditambahbaik dari kacamata penilaian saya - agar bahan ini kelak dapat benar-benar digunakan secara lebih meluas dalam kalangan pelajar yang memerlukan. Selamat maju jaya Iffa! 

0 Comments

Kunjungan dari dekat

11/26/2019

0 Comments

 
Picture

Sebenarnya sudah beberapa minggu saya dihubungi Rina, pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dari UPM yang menyatakan hasrat untuk datang bertemu saya di FPend UKM. Namun kerana komitmen yang lain, pertemuan ditangguh-tangguh pula. Hari ini akhirnya kami bertemu mata. Rina datang bersama rakannya Ari dari program yang sama. Mereka datang dengan hajat mendapatkan buku penulisan para pelajar Sarjana saya dari kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat.

​Semoga pembacaan kalian membuahkan hasil dan boleh dijadikan asas ilmu dalam bidang yang diterokai! All the best buat kedua-duanya! 

0 Comments

UKM  di  Angkasa

11/23/2019

0 Comments

 
Picture
Picture

Floor Manager. Itulah amanah yang dipikul untuk acara peringkat kebangsaan ini. Sehari sebelum majlis rasmi, kami berkampung di DECTAR bersama Dato' Sheikh Muszaphar demi memastikan aturcara yang dirancang terlaksana dengan jayanya. 

Bukan mudah apabila ada saja isu teknikal serta persediaan yang tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang sepatutnya. Rehearsal penuh tidak dapat dilakukan pada petang 18hb kerana berkait rapat dengan pihak luar. Kami pulang dengan rasa sebu perut kerana kerisauan. 

Awal pagi 19hb, saya memasuki dada DECTAR dengan harapan satu raptai penuh dapat dilunasi sebelum acara perasmian sebenar, namun separuh dewan telah dipenuhi para pelajar menyebabkan hasrat itu terpaksa dikuburkan. 

Alhamdulillah, dalam debar yang bersenandung, acara perasmian berjalan lancar jua. Namun tugas berlarutan hingga ke petang. Paling penting adalah memastikan setiap acara dilangsungkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Syukur semua ahli jawatankuasa yang lain memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi. Tahniah buat semua! 

Acara ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna khususnya buat para pelajar sekolah yang hadir membanjiri DECTAR. Dianggarkan 2000 hadirin memenuhi dewan pada tarikh itu. Saya kira bicara motivasi daripada Dato' Sheikh Muszaphar turut memberi impak kepada golongan ini. TIdak ketinggalan booth sekitar luar dan dalam DECTAR serta Mini Planetarium yang gah berdiri dan sentiasa penuh dengan pengunjung - sehingga kami pun tiada berkesempatan untuk menjengah masuk ke dalam perut planetarium lantaran kunjungan yang tidak putus daripada para peserta. 

Penat tetapi puas. Itulah perasaan kami apabila segala penat lelah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Penghargaan juga buat rakan floor manager yang begitu berdedikasi - Dr Hazrati dan En Mohd Syazwan. Thumbs up to all of you :) 


Picture
Picture
Picture
0 Comments
<<Previous
    Picture
    free web counter no ads
    Welcome to my website. See you again! :)

    RSS Feed

    Archives

    March 2021
    February 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    February 2019
    January 2019
    October 2018
    September 2018
    August 2018
    July 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    July 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014


    Realtime Website Traffic

    Categories

    All
    4IR
    Academia
    Aidil Fitri
    AKRI
    Announcement
    APRS
    Assessment
    Audit
    Augmented Reality
    Award
    Bandung
    Bengkel
    Cabaran Perdana
    Campuslife
    Campus Life
    Center For Education Extension
    Choices
    Coklat
    Computational Thnking
    Conference
    Convocation
    Cyber Crime
    Determination
    Educator 4.0
    E Learning Training
    E-learning Training
    Expert Evaluation
    Friendship
    Geran Industri
    Google Scholar
    Guru
    H-Inovasi
    Hong Kong
    Immersive Learning
    Infographic
    Innovation
    Interpretive Structural Model
    Interpretive Structural Modelling
    IOER
    Japan
    Life
    Lifo Long Learning
    Love
    Memory
    Missing In Life
    MOOC
    Nominal Group Technique
    Oath
    ODL
    Open Distance Learning
    Palestine
    Piety
    Pitching
    Praktkum
    Pray
    Project
    Publication
    Pusat Internet
    Qualitative Data
    Ramadhan
    Research
    Role
    Self Reminder
    Self-reminder
    Seminar
    Simposium
    SoTL
    Success Recipe
    Supervisee
    Symposium
    Teaching Practicum
    Thank You
    Time Is Hindering
    True Friend
    UKM
    UNESCO
    Universal Design
    Wedding