I was asked to present a 10 minutes talk during the Faculty Meeting on Community of Practice tomorrow morning. In 10 minutes duration, what would you expect to hear? Hopefully this little session gives an insight on CoP and its importance in any organisation to cultivate staffs' effectiveness.
0 Comments
K-Novasi UKM kali ke dua telah selamat berlangsung pada 16-18 Februari 2016.
Saya hanya menghantar satu penyertaan poster penyelidikan di bawah tajuk CMS-4-CoP: Using a Content Management System to Facilitate the Development of A Community of Practice yang melibatkan penggunaan laman web Weebly saya ini untuk tujuan P&P melalui pendekatan Community of Practice. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat kedua juri yang percaya dengan produk dan usaha kecil ini sehingga layak dianugerahi pingat emas, alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan pula urusan kedua-duanya di dunia dan akhirat, ameen ya rabb. Sebanyak 45 pingat emas dimenangi dan selebihnya pingat perak dan gangsa. Penyertaan pada tahun ini jauh lebih banyak berbanding tahun lepas. Ujar Prof Radha, Knovasi tahun hadapan pasti lebih menarik kerana penyertaan akan dibuka kepada universiti luar. Pasti lebih sengit saya kira. Apapun, alhamdulillah .. syukur jua kepada-Mu Ya Rabb di atas kenangan manis ini. Minggu yang agak padat. Demam urat pula melanda. Ya Syaafi .. ishfini shifa'an aajlian amen.. Pagi tadi saya melihat gerombolan pelajar berpusu-pusu di hadapan bilik di Gerak Minda. Saya sedikit hairan namun tiba-tiba tersedar bahawa semester baharu sudah bermula. Pantasnya masa berlalu. Draf artikel yang diusahakan sejak beberapa hari nan lepas masih 'kelaut' dan minggu ini rutin pengajaran kembali dirasai! Kemaman, daerah kelahiran. Tempat membesar di zaman bocah. Sudah beberapa bulan tidak menjenguk ranah yang dirindu serta menatap wajah bonda yang kian dimamah usia. Syukur dalam kesempatan baru-baru ini saya kembali menjejak segala kenangan dan ingatan itu. Oh oh saya rindu sekali akan bau angin pantai timur yang berbaur hanyir ikan serta gemalai bayu yang menyapa. Sesekali pulang, saya bawa anak-anak bermesra dengan pasir dan pantai. Laut yang tidak bertepi, saya perhatikan sepuasnya seakan mencari titik pemisah antara garis laut dan langit yang membiru senada. Seakan tergambar di fikiran bagaimana saya dan rakan-rakan berlarian menyusur gigi pantai Chendor. Kamariah dan Azizawati - dua nama yang melekat di hati - kerana bersama merekalah saya turut sama menganggotai kumpulan BlackCat. Oh oh .. entah siapa pernah bilang bahawa bunyinya seperti kumpulan samseng! Haha! Namun itulah sebenarnya jolokan kepada persahabatan rapat kami bertiga di sekolah rendah dahulu. Sama-sama menjadi pengawas, seorang anak sulung, seorang anak tengah dan seorang lagi anak bongsu. Syukur alhamdulillah sehingga kini silaturahmi masih tetap utuh meski dipisah jarak dan masa. Benar, bilang orang bahawa sahabat di zaman sekolah tidakkan sama dengan sahabat yang baharu kita temui ditempat kerja atau lainnya. Justeru mungkin kerana zaman sekolah merupakan zaman membesar, zaman mencari identiti dan jatidiri lalu banyak sekali kenangan yang bejat yang sihat menjadi perhiasan memori! Saya tidak lupakan bagaimana kami menyusup ke kuari kilang batu-bata kala petang untuk melihat pemandangan pasir yang memutih .. atau kenangan berlarian ke petak sawah di Paman, sambil menghirup udara petang yang nyaman dengan tolakan angin semilir menyapu rambut bertocang panjang! Juga tidak ketinggalan pengalaman meloncat bas Thong Aik untuk ke pekan Chukai dengan duit bekalan di tangan tidak sampai sepuluh ringgit! Kemudian keberanian berganda pula untuk menjadi penumpang bas Sihat untuk ke pekan Kuantan! Semua itu gara-gara mencari kepuasan dan pengalaman baharu! Pantai, petak sawah dan kenangan masih di situ. Di manakah kan kutemui kenangan yang serupa di kota? |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |