International Conference on Education and Regional Development atau kependekannya ICERD, telah berlangsung di Universitas Pendidikan Bandung pda 31 Oktober nan lepas. Saya pada awalnya tidak berniat untuk turut serta namun memandangkan seramai empat pelajar sarjana di bawah penyeliaan menyatakan hasrat membentangkan kertas kerja, lalu semangat saya turut tercuit. Rombongan kecil kami hanya sejumlah enam orang. Namun kala menunggu pesawat di KLIA, kiranya lebih 40 peserta ICERD lain turut menjadi penumpang. Meriah!
Universitas Pendidikan Bandung berlokasi di Setiabudi namun kami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Pasar Baru Square di Jalan Otto Iskandar lantaran jaraknya yang hanya memakan masa 2 minit untuk ke Pasar Baru. Bukan niat utama untuk berhabisan wang rupiah, namun memikirkan bahawa kawasan sekitar itu lebih nyaman untuk bersiar-siar berbanding Setiabudi yang agak jauh dari ribut kota serta sukar pula mencari tempat makan yang enak. Sementelah, saya simpati dengan hasrat anak-anak buah yang pastinya mengimpikan telekung serta segala macam hasil jualan di Pasar Baru (alasan!) lalu kiranya piihan kali ini memang tidak mengecewakan. Seminar ICERD yang dijadualkan berlangsung selama sehari setengah akhirnya dipendekkan menjadi acara satu hari. Entah apa penyebab sebenar, hanya pihak urusetia yang lebih mengetahui. Lalu hari kedua yang diperuntukkan untuk seminar harus diisi dengan agenda lain. Syukur kerana supir kami - Fazar sangat baik dan penyabar orangnya. Kami dibawa melawat Farm House serta Floating Market - dua tempat menarik yang belum pernah saya jejaki meskipun pernah dahulunya sampai ke Bandung sekitar tahun 2009. Sempat juga singgah sebentar di Jalan Cihampelas untuk mencari barangan kulit dan malamnya kami mengisi perut kosong di Kampung Daun. Kembara kali ini memang menyeronokkan. Mungkin kerana jumlah kami berenam membuat keadaan gamat dan kadangkala gegak gempita! Alhamdulillah, ala kulli hal .. saya kira ini satu aktiviti yang bermakna bukan sekadar untuk mengisi masa terluang namun yang jelas hubungan bersama supervisee saya yang happening sememangnya semakin erat serta membekas di hati. Tahniah semua di atas usaha yang diberikan untuk menghasilkan makalah, serta semangat yang tinggi untuk membentangkan hasl penulisan masing-masing dalam persembahan yang terbaik!!! I am really proud of you - Ila, Nad, Syaida, Fiqah! Good job! Terima kasih kasih juga buat En Yusoff selaku 'pengawas' rombongan yang sporting hehehe .. Ingatan indah ini akan saya kenang selamanya!
1 Comment
ASEAN Comparative Educational Research Network Seminar atau nama ringkasnya ACER-N merupakan seminar yang julung-julung kalinya diadakan setelah Gagasan ACER-N ditubuhkan melibatkan Fakulti Pendidikan UKM dan beberapa buah universiti dari Indonesia. Saya terlibat dalam tugas penyediaan buku program serta brosur dan tidak ketinggalan turut membentangkan satu kertas kerja. Saya turut menjemput para pelajar Sarjana khususnya yang mengambil kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat untuk menghadiri pembentangan selari. Tujuannya, selain daripada mendedahkan mereka kepada perjalanan seminar dan pembentangan, ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang konsep sebenar seminar dan bagaimana proses pengendaliannya. Hal ini bersangkut rapat dengan tugasan akhir mereka iaitu menganjurkan sebuah seminar seperti seminar-seminar yang lain. Syukur kebanyakan mereka dapat menghadiri ACER-N dan harapan saya agar ada sesuatu yang dipelajari daripada persitiwa tersebut. Alhamdulillah, syukur .. kertas kerja yang saya hasilkan bersama dengan sahabat fakulti, Dr. Zanaton dan lain-lain dipilih sebagai Kertas Kerja Terbaik untuk seminar ACER-N ini. Memandangkan penulis pertama (D. Zanaton) tiada semasa majlis penyampaian sijil, maka sayalah wakilnya :D
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |