Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Audit Lokasi Secara Maya untuk Akreditasi Sementara Program ODL sulung kami. Dua program terlibat adalah Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.
Apa yang boleh dikatakan .. sesi sekitar 2 jam penuh dengan debaran dan pengharapan. Saya nampak kesungguhan semua ahli memberikan yang terbaik. Manakan tidak, usaha yang telah dicurahkan selama berbulan-bulan lamanya akhirnya sampai jua ke saat yang dinantikan. Meskipun laporan penuh belum kami terima, namun saya bermunajat kepada-Nya agar proses akreditasi sementara untuk program sulung ODL ini berjalan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr Effendi, KJK Fakulti Pendidikan di kerana menjadi hos yang tersangatlah awesomenya! You are the best Fendi! :) Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga buat YBhg. Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Dekan FPend yang telah membuat pembukaan majlis. Terima kasih semua ahli panel penilai, serta PM Dr. Dalbir Singh, Pn Hidayu dan Cik Hafizah dari PJK yang turut hadir. Terima kasih juga PM Dr Zainol selaku KJK PKP kami :) Sesi ini sesungguhnya tidak akan menjadi kenyataan tanpa sinergi daripada semua. Setinggi-tinggi tahniah buat Dr Hazrati selaku Penyelaras Program Sarjana Teknologi Pendidikan dan Dr Maslawati selaku Penyelaras Program Sarjana TESL. You have done a great job !! And of course, not to be forgotten - my ODL team: Nurziyanti our program manager and Sheril our Instructional Designer for your endless commitment and hardwork! To our CC team: Khairul, Zaidi and Hashim - keep up the great job! All the graphics are beautifully created! Alhamdulillah thummalhamdullillah! Kepala buntu untuk mengulas lebih lanjut. Pulang semalam juga dengan kepala kosong. Saya masuk ke peraduan lebih awal dan tidur juga lena!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |