Maaf, catatan ini sudah terlebih dari basi. Namun kerana ini sahaja ruang yang ada untuk saya mencoret lalu hal ini perlu saya teruskan pengkisahannya.
Ya, kami kehilangannya. Instructional Designer pertama untuk Unit ODL - Sheril akhirnya meninggalkan UKM. Saya tidak mahu menghalang pemergiannya kerana pada hemat saya hijrah yang dilakukan adalah ke arah peningkatan profesionalism yang bermakna. Mudah-mudahan niat untuk menjadi seorang pensyarah yang penuh wibawa dan hikmah akan dapat digapai dengan jayanya! Saya juga mendoakan pada suatu hari kelak saya akan dapat bertemu dengan Dr. Sheril Syazwani! Begitu banyak baktinya buat ODL - satu program yang asing bagi kebanyakan orang khususnya di UKM ini namun kemasukan Sheril ke Pusat Kembangan Pendidikan bukanlah secara kebetulan. Proses temuduga yang berlangsung dari pagi hingga ke petang menuntut jawatankuasa pemilih (pada ketika itu dipengerusikan oleh mantan Pengarah PKP - Prof Norhamidi, dianggotai bersama oleh PM Dr Faidzul, saya, serta wakil dari Bendahari serta Jabatan Pendaftar) membuat pertimbangan yang teliti. Namun pengalaman yang berkait rapat dengan pengendalian LMS untuk program ODL akhirnya memancing kami untuk sebulat suara memilihnya sebagai calon pilihan. Alhamdulillah, beliau menerima tawaran lalu bermulalah perjalanan program ODL yang panjang lagi berliku. Unit ODL bertambah lagi keahliannya setelah Yanti, Pengurus Program melaporkan diri selang tidak lama selepas Sheril. Pada ketika itu kami bertiga bekerja rapat dalam hal-hal berkaitan ODL, disokong pula oleh Dr Faidzul dan Dr Zainol yang tidak jemu memerah otak untuk sama-sama mereka bentuk program ODL UKM yang julung-julung kalinya dibangunkan. Sebagai ID, tugas beliau banyak berkisar tentang penghasilan storyboard untuk bahan pembelajaran sokongan serta memberi penasihatan tentang penulisan modul bertulis kepada pakar kandungan yang terlibat. Ternyata pemergian Sheril yang belum diisi sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keseluruhan perjalanan pembangunan program ODL. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Tarikh sasaran untuk memulakan program ODL pada Januari 2022 tidak tercapai jua kerana faktor-faktor di luar kawalan. Tarikh-tarikh mesyuarat yang ditangguh beberapa kali di peringkat UKM mahupun KPT antara sebab perancangan awal terpaksa dilupakan. Namun seperti yang saya katakan tadi, semua yang terjadi ada hikmahnya. Di saat-saat kami kehilangan seorang ID, tempoh persediaan secara tidak langsung menjadi lebih panjang, lalu ada lah ruang untuk bernafas alhamdulillah. Sheril, Saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Sheril di atas segala kepakaran yang dicurahkan serta komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan. Sheril merupakan seorang pekerja yang tahu skop tugasannya, tidak menunggu disuruh berkali-kali. Sekali arahan diberi, pasti akan siap. Inilah nilai profesionalisme yang harus diikuti oleh semua. Punctuality, accountability serta tidak culas/curi tulang dalam waktu bekerja, menjadikan beliau mempunyai status tersendiri di mata saya. Semoga Sheril gembira dan tenang di tempat kerja yang baharu. Jarak yang jauh bukanlah pemisah. Semoga akan ada ruang untuk kita berjumpa lagi di lain masa Insha Allah.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |