Tahun ini merupakan kali ketiga Knovasi peringkat UKM dijalankan dan saya tidak pernah melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan acara tahunan universiti ini. Karnival pada tahun ini lebih menarik kerana penyertaan turut dibuka kepada para peserta dari luar UKM, berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Lokasinya juga berbeza. Jika sebelum ini K-Novasi dijalankan di DECTAR, pada kali ini kami beramai-ramai menyerbu Dewan Gemilang pula. Alhamdulillah, dalam mengejar hari-hari yang padat saya sempat menyediakan satu poster ringkas tentang bagaimana mengintegrasikan Augmented Reality dalam menyuntik motivasi pelajar menggunakan kerangka ARCS. Terima kasih kepada semua rakan fakulti yang sudi singgah di booth saya dan tidak terkecuali- Azura, kenalan dari FTSM semenjak tahun 2006 lagi, Dr Hasanah dari Citra, Prof Madya Dr Raihanah Mydin - Pengajaran UKM serta para pelajar saya yang pernah terlibat dengan proses pembelajaran menggunakan bahan AR - meskipun tiada kesempatan bertemu mata.
Acara pada tahun ini juga saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang penggunaan Trello yang saya khususkan kepada aspek penyeliaan pelajar pascasiswazah bersama para peserta K-Novasi melalui Bengkel Nano. Tambah istimewa kerana saya berpeluang bertemu lagi dengan PM Dr Wan Zuhainis Saad dari UPM yang sememangnya amat saya hormati dari sudut kreativiti serta jiwa pendidiknya yang menjadi suri teladan buat semua. Thanks Dr Wan for the knowledge shared! :) Alhamdulillah thummalhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar, pingat emas juga dalam genggaman. Tidaklahi iham itu datang kerana kebijikasanaan manusia, sebaliknya kerana rahmat dan kurnia-Nya jua.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
April 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |