![]() Syawal yang datang dengan begitu cepat, berlalu juga begitu pantas. Sama seperti Ramadhan yang pergi meninggalkan garis rindu yang mendalam kepada makna pengabdian serta ketaatan. Syukur kepada Ilahi kerana tahun ini kita masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk sama-sama melaungkan takbir membesarkan Yang Maha Esa, mensyukuri segenap ruang dari nikmat yang tidak terkira. Allah .. Allah .. Beberapa hari nan lepas, saya dihubungi seorang senior saya ketika saya mula berjinak-jinak dalam dunia pendidikan. Datin Siti Hajar, yang saya anggap anggap sebagai seorang kakak, kini menetap di Kedah setelah persaraan beliau. Panggilan yang saya terima itu ternyata memberi khabar dan kejutan. Ujarnya, sementelah dia berada di Kuala Lumpur mengunjungi rumah anak menantu, dia ingin menjenguk saya di Putrajaya. Saya benar teruja. Barangkali, 2005 menjadi tahun terakhir kami bertentangan mata. Dan kini, Syawal 2014, akhirnya Allah memberi peluang untuk kami bertemu lagi. Saya tidak berfikir panjang, lantas terus menjemput beliau ke teratak saya. "Wajib datang!", tegas saya. "InsyaAllah jika sempat. Kak Ti akan berada di Putrajaya untuk kunjungan ke 2 lagi rumah sahabat lama. Rumah Fariza insyaAllah yang ketiga." "Ok, save the best for the last!"oceh saya. Dan saya agak buru-buru pulang ke rumah petang itu. Hanya sekadar mee udang, fikir otak saya dengan cepat. Lalu singgah sebentar di kedai runcit berdekatan rumah untuk mencari keperluan untuk mee udang. Beliau diiringi anak dan menantu di sisi. Saya dapat melihat riak ketenangan dalam wajah beliau. Kala anak-anak sudah membesar dan punya profession sendiri, beliau pula mengisi masa senggang dengan bertamu di pondok-pondok untuk menadah kitab kuning. Banyak yang ingin saya bualkan namun masa terpaksa dihadkan kerana beliau terpaksa bergegas ke KLIA untuk pualng ke Kedah pula.
Terima kasih Kak Ti, kerana sudi memanjangkan silaturahim ini. Kebaikan dan segala nasihatmu akan sentiasa kukenang dalam kantung memori sebagai pendinding diri :)
2 Comments
Fariza Khalid
8/13/2014 11:47:17 pm
Alhamdulillah mate .. kunjungan yang membawa kegembiraan dan mudah2an member keberkatan jua. Sayangnya mu tak sempat nak beraya di rumah aku kan?
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |