Entah kenapa undangan itu agak tiba-tiba. Petang hari perjumpaan dengan Datuk VC akan diadakan, pagi ini emel baru sahaja diterima. Memandangkan ada klausa 'PENTING DAN WAJIB' pada kehadiran, lalu saya tidak perlu berfikir panjang untuk meluangkan masa. Cuma beberapa minit terpaksa menyelidik untuk mengenalpasti lokasi Dewan Anwar Mahmud. Maklumlah saya bukan alumni UKM. Meski sudah menghuni kampus ini hampir sembilan tahun, inilah kali pertama saya menjejak letaknya dewan tersebut.
Banyak perkara yang dikongsi dalam agenda sembang petang itu. Memang ianya tidak dilakukan secara formal dan saya melihat bagaimana tingginya hasrat dan inspirasi Datuk VC UKM untuk melihat lonjakan dari sudut profesionalisme para pensyarah; bukan sahaja dari sudut penerbitan semata-mata namun lebih jauh dari itu beliau memberi ingat akan perkara-perkara mutlak yang lain. Hal ini turut ditekankan oleh TNC HEPI tentang Academic Culture of Excellence atau Akademik Berbudaya Cemerlang (ABC). Ungkapan itu membuat saya teringat akan sumpah dan janji saya kala menjawat jawatan ini. Tiga perkara yang saya senaraikan sebagai my silent oath, i.e.: - to become a good teacher - to become a researcher with high impact - to become a service provider Saya tidak pasti apakah janji dalam diam orang lain .. mungkin masing2 punya impian dan janji yang akan dikotakan di sepanjang perkhidmatan di kampus bertuah ini. Peringatan serta nasihat juga turut diberi agar setiap penyelidikan yang dijalankan bisa memberi impak kepada masyarakat, atau mampu menyelesaikan masalah dalam sosio masyarakat negara ini. Ini saya kira menjadi satu cabaran besar untuk ditangani oleh semua pensyarah kerana semua orang boleh menjalankan kajian, namun sejauh mana signifikannya hasil kajian terhadap isu-isu yang dikaji serta implikasinya kepada masyarakat masih boleh dipersoalkan! 3R adalah antara perkara yang saya kira wajib dihayati oleh semua - Referred, Relevant dan Respected. Jikalau ada ketiga-tiga elemen ini dalam diri setiap individu warganya, tentulah nama UKM sebagai a Guardian of Nation bakal menjadi satu realiti. Enam bidang keberhasilan utama universiti harus dihadam oleh semua dan dijadikan tulang belakang operasi sehari-hari; bukan hanya dihafal ketika hendak ditemuduga sahaja.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|