Berlangsung pada 19 Ogos yang lepas, acara Persidangan Meja Bulat ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sememangnya dirancang dari awal lagi. Persidangan ini mengumpulkan pakar-pakar dari bidang yang pelbagai termasuklah Keusahawanan, Pendidikan, Perundangan, TVET, serta Industri yang dijemput untuk duduk semeja dan membahaskan isu-isu berkaitan kelestarian Pusat Internet di negara ini. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi diucapkan buat penaja geran penyelidikan kami iaitu Telekom Malaysia Bhd kerana semenjak dari fasa pertama pengumpulan data sehinggalah ke peringkat penghasilan model kelestarian, seringkali memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Sekalung pernghargaan tidak terhingga buat En Anuar Mat Alim, Pengurus Besar TM yang sudi merasmi, membaca doa malah bertindak sebagai tunggak peting dalam perbincangan meja bulat ini. Tidak lupa juga buat pegawai-pegawai TM yang lain serta staf-staf MSD yang turut hadir. Tentu sekali tidak dilupakan para pakar yang sudi meluangkan masa, tenaga serta buah fikiran yang bernas. Output akhir daripada Persidangan Meja Bulat ini merupakan model kelestarian pusat internet yang kami rangka berdasarkan sorotan literatur dan diharmonikan dengan data temubual pada fasa pertama kajian. Penggunaan Interpretive Structural Model (ISM) saya kira amat praktikal di mana perisian ini membantu menganalisis input daripada proses voting yang dijalankan dan hasilnya setiap sub-elemen akhirnya disusun mengikut keutamaan berdasarkan voting yang dibuat. Credit untuk pelajar PhD saya Mazzlida yang membantu menguruskan penggunaan ISM ini. Duh, masa kian pantas berlarian sedangkan masih ada tugas yang berbaki yang perlu dilangsaikan untuk projek Geran Industri ini. Janji kami kepada TM, laporan akhir akan idserahkan dalam bulan Oktober 2019 ini. Mudah-mudahan kami diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk meneruskan urusan yang berbaki ini. Di bawah ini adalah ahli-ahli penyelidik yang sentiasa komited dengan tugasan yang diberi. My heartfelt thanks to - Dr Azlin, Dr Diyana, Dr Sheerad, Dr Hazrati dan Dr Yusoff. Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|