Duh, tidak terasa masa yang berlalu. Kiranya masih terngiang-ngiang bagaimana saya meluangkan masa bersama Syamimi untuk latihan praktikum serta penyelidikan ilmiahnya.
Seorang pelajar yang tekun sekali dalam setiap aspek tugasan yang diberi. Malah berkaliber serta mempunyai 'roh' sebagai seorang guru yang tidak dapat disangkal lagi. Pertama kali saya melihat beliau mengajar di hadapan kelas, rasa kagum menguasai diri. Kepetahan berbicara, kebijaksanaan mengawal kelas serta kemampuan untuk membidik rasa bosan pelajar ternyata menjadi penawar mujarab sehingga setiap kali Teacher Mimi (panggilan oleh pelajar-pelajarnya) melangkah masuk ke kelas, seakan menjadi satu saat yang ditunggu-tunggu. Syabas sekali lagi Mimi, kerana bukan sahaja berjaya mendaki pentas konvokesyen baru-baru ini, malah kerana berjaya merangkul gred A untuk praktikum mengajar - satu pencapaian yang harus dibanggakan, sesungguhnya. Mimi datang menjenguk saya di pejabat tengahari tadi untuk menghantar hardbound tesis beliau tentang TPACK. Sungguh manis sekali apabila dia sekaligus membawa pasta enak dari dapur hasil air tangannya sendiri untuk saya. Rasanya enak sekali - ternyata gadis ini bukan sahaja bijak sebagai seorang guru, malah sempurna pula di dapur :) Saya lalu mengajaknya mengisi perut kosong dengan beriyani gam sambil berbual panjang tentang kerjaya dan hidup. Semoga bicara tidak formal tadi memberi ilham dan suluh terang buat Mimi dalam mengharungi profesion keguruan. Kalian, Seorang pendidik bukanlah mahu disanjung dipuja. Namun sedikit ingatan ikhlas daripada bekas pelajar adalah satu hadiah yang paling bermakna! Di kala kalian telah berjaya merangkul segulung ijazah, tidak kira ijazah pertama, kedua atau ketiga, kenangilah mereka yang selama ini mendokong proses jatuh bangunmu. Janganlah menjadi menusia yang lupa diri serta tidak mahu mengenang susah payah sebelum kamu berjaya. It doesn't take you thousand dollars to be nice and grateful! Hanya sekeping hati dan sebuah ingatan, itu lebih daripada memadai. Seorang sahabat pensyarah di fakulti pernah menyebut kepada saya - ada dalam kalangan pelajarnya yang telah tamat belajar berubah seratus peratus seolah-olah dirinya tiada nilai dan bakti setitikpun. Sesekali dia menghubungi bekas pelajar-pelajarnya, tiada yang mahu membalas mesej atau panggilan. Ujar saya, usah dikenang usah dipinta kebaikan orang. Hidup ini umpama roda. Namun jeritnya - 'aku terasa!' lalu segera saya menarik tangannya mencari secangkir teh buat ubat penenang jiwa ^_^
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
March 2025
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |