Alhamdulillah ini tahun ke-2 saya ditaklifkan untuk menyelaras gerakerja Majlis Pengiktirafan dan Pemakaian Jubah Graduan PhD Fakulti Pendidikan. Tulang belakang utama tentulah staf yang menguruskan hal ehwal siswazah yang sentiasa komited dan tahan uji! Tahun ini kami turut melibatkan ahli jawatankuasa dalam kalangan pelajar siswazah di bawah naungan Persatuan Siswazah. Terima kasih semua di atas kerjasama yang sangat tip-top! Nanti kita belanja eh! :D ![]() Jujurnya, perancangan majlis untuk tahun ini telah mula digerakkan sekitar bulan Julai lagi. Urusan mendapatkan sebutharga, serta keputusan yang perlu diambil berdasarkan hasil post mortem untuk majlis pada tahun lepas tidak lupa dirujuk. Meski dalam kesibukan mengendalikan urusan siswazah (viva, pemilihan pelajar, pendaftaran dan sebagainya) kami bergerak secara simbiosis. Hanya sedikit arahan yang perlu saya berikan - kerana mereka ini tahu apa yang perlu dibuat. Aahah!! Sukanya hatiku! ^___^ Gambar di bawah pula kejadian sehari sebelum majlis robing diadakan. Kami mengadakan raptai dan menunggu bunga-bunga segar yang ditempah siap disusun indah. Dalam masa yang sama, backdrop juga baharu dinaikkan. Bukan mudah walaupun acara esoknya hanya memakan masa beberapa jam! Tiada niat untuk bermegah, sebaliknya sebagai tanda penghargaan paling dalam buat semua yang namanya tercatat di bawah. Jentera yang sememangnya ampuh dan berkemampuan tinggi. Mungkin kerana pengalaman lepas yang banyak membantu, setiap perkara dapat dilaksanakan dengan lancar alhamdulillah .. mereka inilah tulang belakang saya! Tanpa mereka, majlis ini tentu penuh dengan kekurangan. My heartfelt thanks to all! Tahun ini juga, saya tiada anak PhD yang terlahir. Insha-Allah tahun hadapan, tujuh anak PhD akan naik ke pentas. Saya menunggu-nuggu saat itu sebagai hadiah buat saya pada tahun terakhir sebagai Ketua Program PhD, amin!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|