|
Catatan tertangguh.
Semua pihak yang menyumbang kepada penjanaan universiti telah dijemput berkampung di Port Dickson untuk menyampaikan pembentangan masing-masing berkaitan strategi dan perancangan dalam menghasilkan penjanaan buat universiti watan tercinta. Antara SBU yang terlibat termasuklah UKMShape, UKM Holdings, UKM Pakarunding, UKM Kesihatan, UKM UNIPEQ, serta UKM-GSB. UKMShape atau Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional tidak terkecuali untuk memenuhi agenda. Malah kehadiran UKMShape tentulah merupakan sesuatu yang amat signifikan kerana SBU inilah yang saban tahun menyumbang kepada penjanaan pendapatan tertinggi untuk UKM. Agenda ini merupakan satu amanah yang berat dan perlu direalisasikan sebaiknya. Setiap SBU mempunyai peranan masing-masing serta skop yang tersendiri. Mendengar sendiri pembentangan daripada pihak lain banyak memberi insights kepada kefahaman saya sendiri tentang tanggungjawab dalam penjanaan ini. Saya juga mengutip beberapa mutiara berharga daripada pembentangan tersebut. Malah, setiap kelemahan dalam perincian dan strategi yang dikupas serta diberi komen untuk beberapa SBU lain menjadi satu sempadan yang perlu dielakkan. Lokasi bengkel juga menarik. Malangnya, keindahan tersebut tidak dapat dikongsi bersama keluarga. My other partner pada kala itu sedang sibuk berbengkel Pelan Strategik bersama pengarah-pengarah hospital universiti di Sabah. Begitulah. Masing-masing dengan komitmen sendiri. Semoga Allah permudahkan jua. Ameen.
3 Comments
Rose Smith
5/15/2024 03:45:03 am
Reply
Danielle Stones
11/4/2024 01:05:41 pm
Reply
Michael C
11/14/2025 12:27:52 am
I can attest to the good works of [email protected]. I almost went into depression until a friend of mine linked me to this amazing group. I lost my life savings to what appeared to be a life changing investment. But I am glad GLOBAL FUNDS RECOVERY got all my money back. It wasn't 72 hours after I contacted and paid to get back my money, $379k I lost to a fake trader that promised to double my money in less than a week was recovered and I am happy to have contacted this honest hacker. This is the best way I feel I can appreciate them.
Reply
Leave a Reply. |
Archives
March 2025
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |
