![]() Persahabatan saya dan dia, Dr. Kay sudah lama terjalin. Seringkali juga saya menulis dalam blog-blog saya yang lain tentang dia. Kami bertemu ketika di darjah empat, namun silaturahmi ini masih kuat terjalin hingga kini, di kala usia makin meniti hari. Kebetulan, ada beberapa perkara yang mendesak pertemuan ini berulang. Lalu kami berpeluang bertemu lagi. Alhamdulillah. Kupasan tentang hidup serta refleksi terhadap susur galur hari, minggu, bulan dan tahun yang telah dilalui dikisahkan bab demi bab. Seperti menyelak lembaran kitab lama yang bersusun-susun jilidnya. Semua itu ilmu pengkisahan yang akhirnya membawa makna ke dalam diri tentang erti hidup yang penuh misteri. Pastinya perkataan ulul albab seringkali diulang dalam kitab suci Al Quran. Apakah kita tidak mahu mengambil makna dari hidup ini? Hanya orang-orang yang mahu berfikir dan meneliti, mengasuh hati mencari kebenaran serta menerima khilaf-khilaf yang lalu sebagai panduan untuk tidak lagi mengulanginya dalam hayat yang ternyata singkat sisanya ini. Dunia sudah terlalu tua. Kita pula gila mengejar dunia. Kontra ini membekas sebagai pedoman jiwa, serta peringatan akan tujuan kita dihidupkan. Oh oh, saya 'eksaited' sekali dengan dua projek silaturahmi kami ini! Allah .. Allah .. permudahkan urusan kami, mudah-mudahan niat suci ini dimakbuli ...!
1 Comment
12/3/2014 05:58:26 am
ya, indahnya sebuah persahabatan yang bersandarkan keluhuran. moga sahaja projek kita dapat direalisasikan demi ummah dan kebaikan. Allah, lindungi kami dengan naungan ehsan dan ihsan!
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2020
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|