Alhamdulillah NC4IR akhirnya berjaya dilangsungkan dengan jayanya! Syabas buat kesemua ahli jawatankuasa kerja yang begitu komited dengan portfolio masing-masing. Ini kali pertama saya ditugaskan sebagai Floor Manager dan sesungguhnya sebelum acara berlangsung saya agak risau jika tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Maklumlah peranan Floor Manager amat berat kerana perjalanan keseluruhan majlis bergantung kepada lampu hijau kami! Syukur, keseluruhan aktiviti dapat dilangsungkan mengikut jadual yang ditetapkan kecuali untuk agenda forum - atas sebab-sebab teknikal namun berjaya dihabiskan mengikut waktu jua. Seharian memegang walkie talkie ke sana ke mari sememangnya agak memenatkan namun apabila acara tiba ke garis penamat, semacam perasaan menyelinap. Alhamdulillah di atas kelancaran segalanya. Terima kasih Hazrati yang turut sama bertugas sebagai Floor Manager bersama saya dan tidak dilupakan Izwan yang berperanan sebagai JK Protokol yang sama-sama berganding bahu dalam memastikan segalanya berjalan mengikut tentatif. Oh oh .. saya mula sukakan tugas ini! Mungkin sudah agak bosan dengan tugas-tugas multimedia, rekabentuk serta buku program yang seringkali diberikan untuk seminar-seminar sebelum ini! Jika diberi peluang lagi untuk bertugas sebagai Floor Manager mungkin saya tidak akan menolak! Apapun, pengisian di sepanjang program sehari ini amat signifikan serta dibutuhkan semua. Lensa kefahaman tentang 4IR serta implikasinya kepada pembangunan kemahiran sumber manusia serta kepentingannya dalam kelangsungan perkembangan ekonomi serta bidang sosial dan kemanusiaan menjadi semakin meluas dan mendalam. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diberi untuk menceduk maklumat serta menghadamkannya mengikut kapasiti serta bidang tersendiri. Syabas FPEND!
0 Comments
Leave a Reply. |
I write whatever comes to my mind. I do write in English but most of the time I prefer to express my thought in Bahasa; just because I am Anak Malaysia :)
Archives
December 2019
Blogs that I follow:Edutopia
Center for Teaching Educators Technology Jendela Kamila Tinta Seorang Wanita PhD Blog Patter The Thesis Whisperer James Hayton e-Learning Acupunture Mendeley Blog Let's View my Blog Google Drive Blog SuperWebsiteBuilder e-learning learning Brain Rules Peter Pappas Classroom 2.0 Scoop.it Categories
All
|