Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti bengkel coaching yang dikendalikan oleh saudara Shanmugam seorang coach berpengalaman yang sudi datang ke fakulti. Meski banyak tugas lain menanti, saya memilih untuk hadir kerana saya tahu ada sesuatu yang bakal saya perolehi lewat pertemuan ini.
'Coaching' merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi kita, namun anehnya begitu sukar untuk mencari perkataan dalam Bahasa Melayu yang mampu menggambarkan maksud sebenar 'coaching'. Jika ada yang mengatakan 'jurulatih', ia masih tidak tepat kerana jika ditelusuri konsep 'coaching' itu sendiri, wujud perbezaan ketara dengan konsep 'kejurulatihan'. Oh, kasihan bahasaku! Secara umumnya, pendekatan 'coaching' memberi tumpuan kepada proses pencapaian matlamat serta objketif di mana seorang 'coach' perlu bertindak untuk menyoal, mendengar serta memberi cabaran kepada coachee ke arah pencapaian matlamat tersebut. Dalam hal ini, 'coaching' berbeza dengan 'consultation' yang lebih bersifat seorang pakar memberikan idea bagaimana mencapai sesuatu objektif mengikut pengalaman dan kepakarannya. Amat penting juga, dalam 'coaching', seorang 'coach' tidak boleh bercakap lebih banyak daripada 'coachee'. Ini bermakna, coachee perlu bertindak aktif dalam menyoal dirinya, bagaimana, kenapa, bila dan apa yang perlu dibuat untuk mencapai objektifnya itu. 'Coach' berintdak sebagai pendengar namun sesekali menyoal kembali tindakan atau perancangan anak buahnya untuk memastikan kelangsungan dalam tindakan. Walaupun ditekankan bahawa 'coach' tidak perlu bercakap lebih banyak, namun hal yang penting dalam proses ini juga adalah komunikasi dua hala yang harus wujud. Saya tertanya-tanya juga apakah perbezaannya dengan konsep 'mentoring'? Mungkin secara ringkas boleh saya simpulkan bahawa, dalam 'mentoring', seseorang mentor lebih banyak berkongsi pengalaman yang pernah dilalui atau mungkin juga 'the best practice' yang boleh dilaksanakan oleh mentee untuk mencapai kesan atau objektif yang sama. Mentor juga bagi saya berkonsepkan 'penasihat' dan 'mentee' menerima dan mendengar nasihat tersebut. Dalam 'mentoring' juga saya melihat konsep 'role model' - sesuatu yang belum tentu ada dalam 'coaching'. Saya juga tertarik dengan strategi yang dikognsi beliau iaitu yang melibatkan 'Will and Skill Matrix'. Pokok pangkalnya di sini, dua faktor utama adalah kesediaan (will) dan kemahiran (skill). Terima kasih kepada En Shanmugam atas perkongsian tersebut. Quite interesting and inspiring too. I started to reflect on my own style of supervision - am I currently coaching my students? So much more to learn - that's my conclusion :) Comments are closed.
|
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |