International University Carnival on e-Learning 2016 akhirnya berlalu jua. Tahun ini, saya menghantar satu penyertaan bersama dua pelajar Sarjana - Syaida dan Afiqah tentang Hybrid CoP untuk Penyeliaan Berkesan. Satu lagi penyertaan saya adalah bersama PM Dr Rosseni Din tentang Edutechnovation Day yang berkisar tentang perjalanan kursus Teknologi Pendidikan yang kami sama-sama pimpin pada semester yang lepas. Seperti juga tahun sebelumnya, saya turut bertugas sebagai juri pertandingan IIDEL. Alhamdulillah, persembahan oleh setiap peserta sememangnya menarik dan memberi nafas baharu dalam inovasi P&P. Namun demikian, secara umumnya, masih ada beberapa perkara yang boleh ditambahbaik dalam persembahan kepada juri. Misalnya, penerangan yang terus kepada info utama tanpa meleret-leret seperti menyampaikan sorotan literatur (perkara ini banyak terjadi dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar Sarjana dan Phd). Selain itu, kurang keyakinan dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan menduga yang diutarakan. Kebanyakan peserta yang saya nilai juga tidak dapat membuktikan bagaimana hasil inovasi mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam P&P. Hal ini terjadi kerana mereka banyak terikut-ikut dengan struktur penulisan dalam penyelidikan mungkin - walhal dalam pertandingan inovasi, yang penting adalah para peserta perlu menonjolkan kelebihan inovasi/intervensi mereka yang dapat 'mengubah' masalah atau kekurangan semasa agar menjadi lebih baik. Saya sendiri dinilai oleh dua juri masing-masing daripada UniMAP dan Taylor's University. Alhamdulillah, akhirnya pingat emas menjadi milik kami. Syukurlah di atas segala nikmat dan redhaNya :) Di IUCEL ini juga saya mengambil peluang mencari sahabat-sahabat lama. Seperti sudah diduga saya past bertemu lagi dengan Dr Lee kenalan saya dari UMS, Zac - orang kuat IUCEL dan juga penerima Anugerah e-Pembelajaran (tahniah Zac!) serta Dr Wan dari UPM yang turut menggondol Anugerah e-Pembelajaran bagi kategori bahan Kreatif (tahniah!). Tanpa dirancang saya turut bertemu dengan Dr Dij, sahabat yang pernah saya kenali di Nottingham. Agak panjang kami berbicara tentang pelbagai perkara. Saya turut mengambil kesempatan bertemu dengan Hasnor, sahabat lama yang kini bertugas di Skudai sebagai pendidik. Sungguh manis kenangan itu! Kembali ke fakulti, banyak perkara yang belum langsai menanti. Seminar Siswazah pada hujung minggu pula menuntut saya menghabiskan pembacaan usulan penyelidikan salah seorang pelajar PhD. Beberapa artikel juga menunggu untuk disiapkan. Pendaftaran kelas citra Komputer dalam Pendidikan juga begitu rancak dilakukan oleh para pelajar dari luar fakulti. Duh! Masa yang tidak pernah simpati!
Esok juga, ipar saya bakal kembali dari Baitullahil Haram. Seperti baru beberapa minggu beliau berpergian, rupanya esok sudah mahu kembali. Begitulah. Kitaran masa yang terlalu pantas untuk manusia kerdil yang punya banyak impian untuk diterjemahkan!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |