Tahun baharu, azam baharu, visi baharu dan semangat yang baharu! Maka 2018 disambut dengan rasa pelbagai, azam berwarna-warni. Selari dengan kedatangan tahun baharu ini juga, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri KPT turut mengambil peluang untuk bersama-sama mengongsikan amanat beliau kepada semua warga kerja KPT agar setiap visi dan misi dapat dicapai seoptimanya. Saya menerima jemputan rasmi daripada JPT untuk menghadiri majlis yang penting lagi signifikan ini sebagai satu penghormatan terhadap diri saya selaku seorang penjawat awam di bawah naungan KPT. Soaring Upwards! Bertempat di PICC, majlis tersebut dihadiri oleh ramai sekali tetamu. Dewan penuh dari bawah hingga ke atas! Selama hampir 2 jam dengan asyiknya mendengar celoteh beliau, yang jelas, bersahaja tetapi pernuh inspirasi. Sesekali mengangkat telefon bimbit untuk merakam momen penting khususnya paparan slide yang dirasakan perlu untuk rujukan semula. Seperti dijangka, isu 4IR merupakan intipati penting dalam amanat Dato's Seri. Saya turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama tiga wanita hebat dari tiga institusi berbeza: PM Dr Azidah (USM), PM Dr Wan Zuhainis (UPM) dan Dr Rosemaliza (UIA). Alhamdulillah, silaturahim yang terjalin beberapa tahun sebelum ini akhirnya melahirkan satu kesepakatan untuk sama-sama menjayakan satu projek merentas institusi. Beberapa minggu nan sudah, kami sempat ber Zoom.us untuk perbincangan lanjut tentang projek bersama ini.
Apabila dikelilingi tokoh-tokoh hebat ini, aura positifnya memang terasa. Benarlah hikmahnya pesan Rasulullah agar kita berdampingan dengan mereka yang baik dan positif kerana tempiasnya pasti ada! Dr Azi, Dr Wan, Dr Rose - terima kasih atas persahabatan ini :)
2 Comments
kamariahkamarudin
1/17/2018 06:50:43 pm
Sahabatku Dr. Fariza,
Reply
FK
1/28/2018 12:31:32 am
Dr Kay sahabatku,
Reply
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |