Cuti. Syukurlah kerana ia memberi ruang untuk saya menziarahi mertua di hospital yang kurang sihat. Kebetulan hendak berada di situ lebih lama, lalu saya bercadang menunaikan solat Zohor di situ sahaja. Ketika melangkah ke 'bilik kecil' sebelum ke bilik solat, saya tanpa sengaja terlihat satu insiden. Dua gadis bertudung labuh berkira-kira sama ada bilik tandas itu berpenghuni atau tidak meskipun pada zahirnya di mata saya jelas tanda 'merah' pada pemegang pintu yang menunjukkan pintu dikunci dari sebelah dalam. Namun entah kenapa, salah seorang daripadanya tiba-tiba menolak pintu tu dengan agak kuat sehingga daunnya tertolak. Lalu sekonyong-konyong ada suara dari dalam "Heyy!!!". Pintu lalu dilantun kuat, mungkin penghuni dalam berasa terganggu! Tidak lama kemudian, keluarlah seorang wanita dengan raut wajahnya agak tegang. Saya hanya meminggir untuk memberi laluan keluar. Aneh. Saya tertunggu-tunggu kata maaf daripada gadis yang menolak pintu tadi namun tiada sepatah kata diucapkan kepada wanita tersebut. Jika andalah yang secara tidak sengaja telah menolak daun pintu itu, apakah mungkin anda terfikir untuk mengucapkan kata maaf? Selesai urusan di situ, saya memasuki bilik solat dan saya perhatikan dua gadis tadi telah bersedia untuk bersolat. Sememangnya ruang solat di bilik itu hanya cukup untuk dua sejadah sahaja lalu saya perlu menunggu di belakang sementara menanti giliran. MashaAllah SubhanaLlah .. bukanlah niat saya untuk membuka aib orang tetapi apa yang saya lihat membuat hati berdebar-debar. Tidak ubah seperti kartun Charlie Chaplin dua-dua gadis tadi bersolat tanpa sebarang toma'ninah! Saya ternganga di belakang. Tidak sampai dua minit solatnya selesai dan mereka terus bangun tanpa menadah doa barang sepatah. Allah ... Allah ... apakah yang mampu saya katakan? Justeru saya ini bukanlah manusia sempurna dalam ibadat namun apa yang terhidang di hadapan mata amat membekas di hati. Semoga kisah ringkas ini memberi makna buat kita dalam muhasabah diri tentang ibadah dan muamalah kita sebagai hamba!
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
December 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |